Naik Bas Causeway Link Dari KL Terus ke Legoland
Mudah ada travel buss pass causeway link

Dah bertahun teringin ke Legoland. Tapi takda kawan nak pergi sama-sama & Dhia tak tahu macamana nak ke Legoland. Nak drive pulak malas. Jauh la kalau nak drive dari KL ke Legoland. Makan masa 4 jam.

Naik Bas Causeway Link Dari KL Terus ke Legoland

Lately, memang Dhia kurang gemar bawak kereta sebab badan akan rasa penat. Dhia lebih prefer untuk naik public transport sebab boleh tidur & boleh buat kerja jugak dalam train/bas.

So, kalau nak ke Legoland naik bas ni mudah je. Naik bas Causeway Link dari hotel swiss garden, Bukit Bintang terus ke Legoland & Hello Kitty Town kat Johor Bharu.

Apa yang menariknya, bas Causeway Link ada kad khas yang boleh kita guna untuk jelajah sampai 31 tempat sekitar Johor Bharu termasuk Singapore.

Berapa Jam perjalanan dari KL ke Legoland, JB?

Dari Bukit Bintang, KL ke Legoland JB ambil masa selama 4 jam sahaja sebenarnya. Ok camni, Bas Causeway Link akan ambik korang dari hotel Swiss Garden, Bukit Bintang.

Dan masa perjalanan ada banyak waktu berbeza. Bermula seawal 8.30 pagi sampailah ke 11 malam. Jadi, korang boleh rancang masa perjalanan dengan tepat lah. Boleh rujuk kat gambar bawah ni hah ataupun terus rujuk kat laman Jadual Perjalanan Bas Causeway Link:

jadual waktu perjalanan bas causeway link ke Legoland JB
Ni jadual perjalanan bas causeway link dari KL –> JB

Kos Tiket Bas Causeway Link KL –> Legoland, JB?

harga tiket bas causeway link kl ke legoland jb
Travel Bus Pass Causeway Link
Macam yang korang nampak kat gambar atas, dalam tu ada kad khas dipanggil travel bus pass. So, kegunaan kad ni korang boleh naik bas ke mana-mana sahaja di sekitar Johor & singapore dengan hanya tap sahaja kad dekat mesin sebelah pemandu bas. Dan kad ni boleh digunakan sampai 2 hingga 3 hari, unlimited use!
Harga travel bus pass ni mengikut jenis:

Harga promosi pengenalan:
  • RM55 RM 46 untuk penggunaan “unlimited” selama 2 hari
  • RM80 RM66 untuk penggunaan “unlimited” selama 3 hari
Tapi harga kat tu hanya untuk pass masa nak travel kat kawasan dalam JB & Singapore je tau. Untuk perjalanan naik bas dari Bukit Bintang, KL ke Legoland, JB. Kos tiket sehala RM57 sahaja. Tapi, jangan risau. Sebab Causeway Link ada buat harga pakej untuk korang.
Kalau ikut harga sebenar untuk travel selama 2 hari kat JB = RM57 tiket pergi + RM57 balik + RM55 kad travel bus pass = TOTAL akan jadi RM169 kan? Tapi harga pakej Causeway Link bantu korang jimat puluhan ringgit.
  • RM114 beserta tiket balik + RM15 untuk travel bus pass (penggunaan “unlimited” 2 hari) JIMAT RM40
  • RM114 beserta tiket balik + RM20 untuk travel bus pass (penggunaan “unlimited” 3 hari) JIMAT RM60


Macamana kalau pergi Legoland sendiri naik kereta je?

Macam yang Dhia da bagitau kat atas tadi, beza pergi sendiri dengan public transport ni terletak pada masa dan tenaga sahaja. Kalau naik kereta, penat la weh nak “drive” jauh sampai 4-5 jam. Kalau naik bas, korang boleh tidur, lepak & buat kerja dalam perjalanan. 
Naik Bas Causeway Link Dari KL Terus ke Legoland 1
Macam Dhia ni jenis sibuk memanjang. Selalu travel ke sana sini. Jadi masa untuk buat artikel agak terhad. So, dengan naik public transport ni membantu jimatkan masa & tenaga Dhia. Kerja siap, nak tidur pun mudah, dan lebih rasa santai untuk ke sana-sini.

Dapat apa kalau beli Travel Bus Pass?

Haih, macam-macam boleh dapat wak, meh sis senaraikan :
  • Dapat jalan sakan kat JB & Singapore (UNLIMITED RIDES)
  • Kos perjalanan ke sana sini sangat jimat
  • Layak untuk claim diskaun untuk tiket theme park, hotel, makanan & minuman
  • Pass sah untuk diguna dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian
  • Tak perlu bawa duit banyak untuk bayar kos perjalanan. Tap je pass kat mesin & jalan
Senang cerita, kalau korang nak jimat duit, masa & tenaga. Baik terus naik bas Causeway Link ni je. Senang. Kepala tak kusut, muka ada senyum lebar. Terutamanya bila bawa keluarga pergi Legoland. Syurga untuk budak-budak sebenarnya. Haha!

Makpak siap sedia lah dengan poket masing-masing ya.

Tapi, kat mana nak tempah tiket Bas Causeway Link?

Alah, benda senang je. Sekarang zaman petik jari terus siap. So, korang nak tempat tiket, sama je macam nak tempah tiket kapal terbang. Tempah terus kat Tempah Tiket Bas Causeway Link Secara Online.
Kat link tu ada semua info yang korang perlukan. Jadi, rancang perjalanan, rancang bajet sekeluarga ok?
Tak tahu order online? Takpun, dah alang-alang tak sempat order tiket online, korang boleh je beli tiket bas Causeway Link & travel buss pass kat lokasi di bawah:
Johor Bharu: 
  • Nusa Bestari (Giant Ground Floor)
  • Nusa Perintis
  • JB Sentral (Ground Floor)
  • KSL Counter (Main Entrance)
  • GP Sentral (UG 2/3)
  • GP Sentral (Ground Floor)
  • Mall of Medini
  • Larkin Counter
Singapore: IMM Building Jurong East (Level 2-62)
  • CIQ 1st Link

Keselesaan Bas Causeway Link?

Ni nak bagitau, bas ni Causeway Link selesa gila! Tak payah dah nak bawak bantal untuk letak kat kepala tu hah. Sebab bas Causeway Link ni beza sikit reka bentuk tempat duduk dia. Macam ada kepak kat bahagian kepala tempat duduk. 
Jadi, bila nak tidur sambil duduk tegak tu selesa lah. Tak sakit kepala & tak tersengguk- sengguk tidur ternganga lagi. (siapa buat camni selalu? haha!)
Bas yang Dhia maksudkan ialah bas yang bawa korang dari KL ke JB. Jenis perjalanan jauh. Contoh bas boleh tengok bawah:

Jadi, apa pendapat tentang Bas Causeway Link?

Dah decide ke belum nak ke Legoland naik apa? Dhia secara jujur memang akan pilih public transport berbanding bawak kereta sampai 4-5 jam semata nak ke JB. Penat dik oi. 
Kita nak “have fun” & nikmati hidup. Berikan masa yang berkualiti dan terbaik untuk diri masing-masing. Harga belakang cerita. Duit sentiasa mengalir masuk. Yang penting, rasa happy bersama keluarga & yang tersayang tu penting. 
Dan kena menabung lah dari sekarang. Budak-budak kalau dah berguling atas lantai Legoland, makpak mesti paham dah kan kenapa?  Haha!
Nanti Dhia akan kongsikan gambar best yang ada kat Legoland tu hah (sambil gelak jahat, ;-P)


Untuk rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *