Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok

Kalini, berjaya jugak piknik ala-ala camping kat Takah Pengkoi Bekok Segamat. Best gila!

Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 1

Best Gila Piknik Camping Kat Takah Pengkoi Rupanya

Jujur cakap tiap kali suami ajak bercuti atau camping, memang rasa malas gila sebenarnya. Hehe.

Malas sebab banyak benda nak kena fikir. Nak kena bawak peralatan masak, makanan apa nak bawak, pakaian anak & swimming suit segala.

Benda rumit macamtu biasanya yang kaum lelaki tak fikir pun. Diorang akan fikir :

  • Ada khemah
  • Bawak badan

Haa cukup yang tu je diorang fikir.

Tiba je kat tempat piknik baru dia tau lapar ke tak lapar main air terjun tu ha. Haha.

Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 2

Tapi, nak taknak, gagahkan diri jugakla prepare segala macam barang untuk bercamping dan piknik sekali kat Takah Pengkoi.

Rupanya best gila pikinik tepi air terjun ni.

Kitorang siap bawak khemah sekali. Dan ianya sangat membantu bila nak menyusukan budak dan salin baju. Hehe.

Lokasi Air Terjun Kat Kg Kudung

Dalam perjalanan ke air terjun Takah Pengkoi ni, kitorang dua kali terlajak sebenarnya.

Siap sesat masuk kampung lain.

Nak senang, jangan malu atau segan tanya kat penduduk kampung berdekatan.

Diorang akan bagitau jalannya.

Takah Pengkoi ni sebenarnya dekat Kg Kudung. Ada banyak Kg Orang Asli kat sini.

Selebihnya korang tengok kat video youtube bawah ni:

https://youtu.be/OtzdivFcP_Y

Harga Masuk Berkelah/Camping Ke Takah Pengkoi

Kalau sekadar walk-in piknik balik hari, bayaran satu kepala hanyalah RM15 je.

Kalau nak camping dan bermalam, sekepala RM40

Dan kalau taknak camping tapi nak bermalam kat kawasan air terjun ni, harga RM70 sekepala. Penginapan disediakan.

Untuk budak-budak bawah 6 tahun, ianya PERCUMA. Wuhuuu!

Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 3
Khemah mengadap air terjun

Nak Masuk Kena Jumpa Ketua Kg Dulu

Untuk makluman, perjalanan ke air terjun ni takda sign board ye.

Korang kena contact Kak Ros, nanti Kak Ros akan bawak korang ke lokasi air terjun ni.

Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 4
Gambar sat
Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 5
Kat titi tu boleh menuju ke air terjun bahagian atas.
Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 6
Rumah penginapan untuk bermalam

Lebih Best Bawak Khemah Dan Bermalam

First visit ni Dya dan suami tak bermalam pun.

Tunggu family ramai-ramai barula kitorang camping bermalam. Syok lebih sikit!

Aih bestnya weh!

Camping guna khemah sebelah air terjun. Nak tidur pun diteman air terjun.

Dya jamin malam sejuk gila-gila.

Piknik Bawak Makanan Simple Je

Untuk aktiviti berkelah ni, Dya buat:

  • Sandwich
  • Ayam Harumi
  • Keropok untuk digoreng
  • Nasi putih + sup + ayam goreng untuk Aali
  • Sambal Garing Kak Mai (WAJIB!) <– KLIK LINK Untuk BELI
Tempat Camping Piknik Best Takah Pengkoi Bekok 7
Sambal Garing Kak Mai pembuka selera

Menu simple je. Sebab kalau nak buat ayam bakar memang tak cukup tangan.

Tunggu lah ada family lain nanti, baru kita buat ayam bakar. Hehe.

Bawak sambal garing je tapi cukup dah kalau nak makan dengan nasi putih.

Kira macam pembuka selera la gituhh.

TQ husband sebab bawak kami berdua camping dan piknik balik hari.

Rasa puas bila anak puas main air.

Sampaikan dah biru menggigil sejuk pun melalak taknak naik atas. Haha!

Sebelum ni Dya ada bercuti dekat 5 Star Hotel Putrajaya

6 Comments

  1. Hai puan.. apa no tel kak ros ya? Sbb kat atas tu no jadi huruf. Dan campaign sekepala 40 semlm ke atau skali masuk

  2. Bermlm sekepala rm40 tu mahal giler laa…
    Sbb kita guna khemah sendiri. Air pun Allah yg beri… huhu
    Kalau caj 1 keluarga rm40 boleh dengar lg laa.
    Rasanya baik pegi theme park lg berbaloi. X pun pg bekok je. Parking je kena byr…😅😅

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *