Fuh! Masa tengah bercuti kat Terengganu, Dya sebenarnya tengah busy plan untuk kembangkan syarikat. Kebetulan dalam waktu sama tu, entah macamana Allah gerakkan hati untuk Dya nampak tawaran join daftar jadi stokis Rasmi Innai Nunha Neelofa wakk.
Bila fikir-fikir balik kan, rasa macam tak sangka betul Dya berani gila join untuk jadi Reseller Innai Lofa ni.
Yelah, kosnya bukan alang-alang jugak wak. Adala dalam sebulan gaji Dya.
Ringkasan artikel
Proses Dipilih Jadi Stokis
Masa join tu, Dya isi borang last minit kat channel rasmi nunha. Last Minit okay?! Haha.
Dalam setengah jam lepastu, tawaran tu ditutup sebab pihak Nunha nak tapis dan interview siapa yang nak jadi Reseller Nunha ni.
Masa tu rasa ” Fuhh! Memang last minit sempat isi. Allah dah aturkan cantik je untuk Dya”.
Berdebar Tunggu Interview Pihak Neelofa
Iya awak, Dya berdebar jugak sesambil menunggu call dari pihak Nunha.
Yelah, mana tak berdebar kalau dah diorang cakap nak tapis dan interview kan??
Tapi, rupanya untuk jadi stokis, pihak Nunha terus bagi emel tawaran kepada yang terpilih sebagai stokis & kena RSVP untuk lock slot masing-masing.
Sebelum dapat emel tu, Dya tak letak pengharapan pada manusia. Tapi, Dya letak pengharapan sepenuhnya pada Allah.
Jika ada rezekinya, maka jadi lah. Betul tak? Hehe.
Berjaya Lock 1 Slot Innai
Alhamdulillah, Dya berjaya RSVP dan lock 1 slot masa majlis perjumpaan reseller nanti.
Itupun Dya masih was2 dalam hati, diorang dah terima ke belum rsvp dari Dya sebab takda apa2 maklum balas
Tapi, hari kejadian tu, redah je lah dengan penuh yakinnya. Haha!
Hari Reseller Berjumpa Neelofa
Ehem, majlis ni tema serba hitam. Nasib baiklah, memang Dya ni banyak baju hitam kat rumah.
Tak payah beli baju dah. Hihi.
Sampai je kat sana, rasa macam..Wowww! Ramainya yang nak jadi stokis/partner dan leader Innai Nunha wakk
Saya siap bayangkan 1 hari nanti ada team seramai tu
Dya siap kira2, stokis ada dalam lebih 800 orang dalam dewan siss.. Ramai gila!
Partner dalam 100+, Leader maybe dalam belasan orang
Tapi tengok diorang memang semangat.
Sempat jugak kenal dalam 10 orang kat situ
Tanya kenapa decide join Innai semua. Macam-macam harapan dan impian mereka yang saya perhati.
Berdebar Lagi Masa Nak Lock Stok Innai
Debaran siss belum habis ye wakk..
Dah nak habis majlis tu, masih lagi berdebar sebab kena lock stok.
Walaupun hakikatnya saya tau pihak HQ dah sediakan stok mencukupi untuk batch 1st kepada reseller.
Tapi, aura/frekuensi gelombang panik dalam dewan tu berjangkit kat Dya jugak. Haha!
Gelabah kita nak transfer 5.6k masa tu. Fuhh!
Selesai Lock Stock Batch 1 Innai
Alhamdulillah, selesai lock stok innai Neelofa akhirnya.
Niat saya sebelum Allah gerakkan hati join Innai Nunha ni adalah saya nak bagi manfaat kepada ramai orang.
Dan tak lama lepas tu Allah tunjukkan jalan kat Dya.
Nak tau tak, sebenarnya kebelakangan ni Dya perasan something
Allah cepat memakbulkan kebanyakan doa Dya .
Ya Allah rasa bersyukur sangat. Kadang tu malu pun ada sebab selalu lalai ingat Allah. Tapi Allah selalu ada berhampiran kita. Sobs
Kehidupan Dya sekarang pun lebih kepada pengharapan pada Allah. Mengharapkan redha dan berkah dariNya dengan usaha memberi manfaat kepada seramai yang mungkin.
Itu salah satu impian Dya
Dan Allah makbulkan dengan cara gerakkan hati join Innai Nunha ni.
Nak cerita panjang takut korang bosan pulak.
Tapi kesimpulannya, apa yang suami Lofa sampaikan masa event tu synchronize dengan apa yang kami rasa, fikir serta rancangkan juga selama ni.
Hidup bukan lama mana. Beri manfaat kepada ramai orang. Saling membantu. Join Nunha ni dah macam family yang mana akan gerak secara bersama.
Tu antara isi yang disampaikan dan sama seperti yang Dya fikirkan.
Macam mana saya nak jadi stokis inai nunha ya
boleh hubungi hq innai nunha