Sejujurnya, dalam hati saya berkata, ” mampu ke aku nak homeschool Aali? Mampu ke aku nak kawal emosi dan tenaga ni? “
Ikut logik rasa macam mustahil. Sebab saya ada bisnes untuk diuruskan dan saya sangat penat menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Bukan mengeluh. Cuma rasa mustahil, tapi semangat tu masih ada untuk terus kuat
Ringkasan artikel
Ada banyak Sebab Homeschool
Ya, memang ada banyak sebab buat keputusan homeschool Aali.
Bukannya kami tak hantar dia ke tadika.
Tapi berlaku masalah yang menyebabkan kami stop hantar.
Bukan murah bayarannya dan kos dikeluarkan hangus gitu je
Hantar Tadika China Usia 5 Tahun
Usia Aali 4 tahun, pernah nak hantar dia ke tadika China berdekatan. Tapi, berdasarkan pattern sikap Aali yang sangat-sangat aktif, saya batalkan hasrat tu.
Bila Aali dah 5 tahun, baru saya hantar Aali ke tadika.
Ingatkan berjalan lancar. Jadi, saya ada ‘masa’ lah untuk diri sendiri kan?
Rupanya panas tak sampai ke petang.
Awal-awal Aali memang excited ke sekolah. Tapi selepas beberapa hari, dia memberontak tak nak hadir ke sekolah.
Bila ditanya, ini jawapannya ” sekolah lambatla, bosan, kawan rampas mainan Aali, kawan cakar Aali “
Kami terus hantar saja ke sekolah tersebut walaupun terpaksa menghadap tantrum dia setiap hari.
Tapi, impaknya sangat menyebalkan. Perangai dibuli di sekolah dibawa ke rumah. Sikap kawan ditiru dan diaplikasikan pada kami.
Dicakar dan lain-lain.
Aali sangat mudah terpengaruh. Di sekolah dia tidak melawan, menyimpan perasaan bila dibuli.
Tapi, di rumah dia akan lepaskan emosi dia pada kami dengan meniru perbuatan pembuli di sekolah.
Bukannya saya tak tanya pada cikgu supaya perhati situasi ni.
Tapi, cikgu sendiri pun tak mampu nak kawal semua budak kan?
Berhenti Sekolah Selepas 2 Bulan
Jadi, selepas 2 bulan saya dan suami berbincang dan kami sepakat untuk stop hantar dia ke sekolah tersebut, memandangkan perangai Aali makin menjadi-jadi tak terkawal.
Ngam2 stop sehari sebelum saya bersalin anak kedua
Bukan sikit-sikit duit hangus. RM1.6K hangus saja-saja.
Itulah yuran kebodohan kami mungkin. Jadi, tutup mata saja lah.
Tapi, hasilnya tiada perangai teruk dari sekolah dibawa ke rumah lagi.
Mula Cari Private Tutor
Ingat bila dah stop hantar sekolah, saya akan berdiam tanpa buat apa?
No, no, no. Saya gigih mencari private tutor yang boleh datang ke rumah untuk ajar Aali
Akhirnya jumpa juga. Kos lebih tinggi sebenarnya. Tapi saya tau saya dan suami tak mampu nak ajar Aali sepenuhnya di rumah.
Sebab Aali tak fokus bila kami mengajar. Payah bonda nya jadi naga, baru nak belajar
3 Subjek Untuk Permulaan
Untuk private tutor, 3 subjek yang kami pilih iaitu matematik, BI dan Fardhu Ain
Selebihnya seperti aktiviti seni, sains, bm kami ajar di rumah. Dan kami ajar membaca, mengira juga.
Matematik (Kumon) – RM170/sebulan
BI Private – RM35/jam , sebulan 4 kali = RM140
Fardhu Ain Private – RM35/jam, sebulan 4 kali = RM140
Total sebulan RM450
Perkembangan Selepas Private Tutor Class
Sebelum homeschooling, Aali memang dah mahir dengan nombor dan tahu perkataan beserta bunyi
Kemahiran Menulis, Membaca & Mengira
Selepas class tutor ni, Aali dah boleh menulis nama sendiri, nama ayah bonda, nama tuah dan boleh membaca sedikit
Sebenarnya dia boleh membaca lancar cuma dia sengaja tak mahu mengeja dengan alasan “tak tau & malas”
Untuk matematik, Aali dah kenal nombor sehingga ribu. Cuma di kelas Kumon dalam 5 bulan ni, aktiviti harian melibatkan tulis nombor 1-100 secara berkala
Tapi dirumah, kami dah ajar mengira tambah dan tolak
Aali jenis cepat tangkap dan belajar. Sebab tu, di sekolah lama, dia komplen sekolah lambat.
Sebab cikgu ajar benda yang dia dah faham lama. Jadi, Aali rasa lambat dan bosan.
Aali memang fast learner.
Mudah Hafal & Ingat
Antara perkembangan untuk subjek fardhu Ain pula, Aali dah boleh baca :
-Doa nabi Musa (cikgu ajar sebelum aktiviti membaca)
-Doa tidur (bonda ajar sebelum tidur)
-AlFatihah (cikgu, bonda & ayah ajar)
Kami agak terkejut juga Aali boleh baca Al Fatihah sebab ikutkan ada 7 ayat. Dan tak sangka pula Aali boleh hafal.
Sekarang saya sedang ajar dia baca surah Al Ikhlas pula. Dan OTW ajar surah serta doa2 lain. Tak perlu tergesa2 sumbat ajar semua benda dalam satu masa.
Private tutor pula mengajar bab solat, adab dan surah juga.
Bab solat, sekali ajar, Aali dah ingat step.
Ya, mungkin di tadika lebih banyak doa yang diajar di sana. Tapi, kami cuba yang terbaik untuk Aali memandangkan dia tantrum taknak ke sekolah.
Aktiviti Kemahiran Seni Di Rumah
Kat rumah, ayahnya ajar bab seni juga. Antara aktiviti yang boleh buat Aali fokus dan ralit menghadap adalah aktiviti mewarna guna water color
Sebelum ni di office saya akan print banyak gambar-gambar comel untuk Aali mewarna menggunakan crayon viral tiktok tu
Tujuan untuk kuatkan lagi tangan Aali & melatih dia fokus.
Daripada mewarna comot, satu warna saja satu gambar, warna terkeluar dari gambar sampailah akhirnya dia mula mewarna guna pelbagai warna berbeza, lebih kemas dan tak comot macam mula dulu.
Tapi Aali jenis cepat bosan. So, ayahnya cari cara lain untuk dia dengan beli barang water color
Aktiviti kat rumah dengan ayah, mewarna guna water color. Hasilnya menarik bagi saya.
Water Color lebih meralitkan fokus Aali.
Fokus 3M Usia 5 Tahun
Menulis, membaca, mengira fokus utama kami untuk Aali usia 5 tahun
Tapi, saya akan buat extra subjek seperti Mandarin nanti.
Aktiviti Renang Usia 4 Tahun
Di usia 4 tahun kami dah mula hantar Aali ke kelas renang. Tapi, pattern Aali memang tak suka diajar. Dia suka bermain sepanjang masa.
Sampai satu masa tu, selepas beberapa bulan kami stopkan kelas renang Aali
Kemudian belajar renang ni bila setiap kali travel dan menginap. Aali akan belajar berenang di kolam renang hotel dan di pantai
Dia suka bermain. Jadi, ni cara untuk ajar dia berenang. Dengan bermain sambil belajar.
Teknik terbaru Aali, mengapungkan diri di air. Teknik ni dia belajar sendiri. Yang mana bagi saya teknik apung diri sangat penting
Aktiviti Memanah Di Rumah
Untuk aktiviti memanah, jarang-jarang kami buat. Sebab badan terlalu letih
Adakala memang Aali nak memanah.
InshaAallah usia 6 tahun baru kami hantar kelas memanah memandangkan kami sendiri tak larat nak buat
Subjek tambahan lain mungkin aktiviti berkuda, badminton, bola sepak
Sibuk Urus Baby
Saya sangat sibuk dan letih menguruskan bisnes, baby dan lain-lain.
Jadi, banyak benda saya tak sempat nak fikir untuk Aali.
InshaAllah, saya akan mula buat aktiviti untuk subjek Mandarin, membaca & menulis BM untuk Aali
Baca Juga: Cara Saya Naikkan HB