Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC

Saya pernah buat satu artikel berkenaan sambung belajar di GIAT MARA yang ramai lepasan SPM pandang rendah. Sedangkan potensi untuk mempunyai pekerjaan sangat tinggi berbanding lepasan universiti.

Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 1

Itu jika anda ingin melibatkan diri dalam fashion lah. Untuk yang ingin melibatkan diri dalam kerjaya kejuruteraan & teknologi terutamanya lelaki, sebenarnya wujud satu pusat latihan di Shah Alam yang dinamakan sebagai SHRDC (Selangor  Human Resource Development Centre)

SHRDC ini ditubuhkan pada 14 Februari 1992 dan melalui kerjasama antara kerajaan Malaysia (equipment grant), Kerajaan negeri Selangor (infrastructure) dan Industri (expertise).

Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC

Antara program yang ditawarkan di SHRDC untuk lepasan SPM seperti:

1. Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi ( Industrial Automation Engineering)

– Tempoh latihan selama 18 bulan (latihan & OJT)
– Pensijilan MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision
– Pensijilan SKM Tahap 3 (Single TIER)

2. Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar (Solar Technology)

– Tempoh latihan selama 6 bulan ( latihan & OJT)
– Pensijilan SEDA, Malaysia

Kemahiran teknologi solar mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Pemasangan sistem solar juga paling minimum kos RM20,000. Jadi, ini merupakan peluang terbaik untuk anda mempunyai kemahiran teknologi solar.

3. Kejuruteraan Teknologi Pembuatan (Manufacturing Technology)

– Tempoh latihan selama 6 bulan ( latihan & OJT)
– Pensijilan Certificate II in Engineering Box Hill Institute Melbourne, Australia

Syarat kemasukan mudah saja:

  • Rakyat Malaysia
  • Lepasan SPM ( Tak kisah apapun kelulusan anda)
  • Berumur bawah 24 tahun
  • Tak bekerja semasa berlangsungnya program

Bagaimana proses untuk anda membuat permohonan di SHRDC?

Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 2

Anggaran tangga gaji selepas habis program minima bermula dari RM1200 – 2000

Paling mengejutkan, anda tak perlu bayar satu sen yuran pengajian dengan syarat ada komitmen menghabiskan latihan industri. Malah dapat lagi elaun tambahan RM300 sebulan dari SHRDC & elaun tambahan dari syarikat minima RM300 semasa tempoh latihan sangkutan (OJT). Selepas belajar pulak syarikat akan terus serap anda masuk kerja. 

Video di bawah: penerangan mengenai industri teknologi solar.

Program yang ditawarkan untuk lepasan SKM Tahap 3 & Diploma:

1. Malaysia Meister In Mechatronic

– Tempoh latihan selama 24 bulan (bekerja & latihan)
– Pensijilan berkembar

  • Malaysia Meister In mechatronic & Malaysian Skill Advance Diploma (DLKM)
  • Pensijilan MC-090-5:2013- Industrial Automation Engineering Management
Syarat kemasukan untuk lepasan SKM & Diploma:
  • Rakyat Malaysia
  • Terbuka untuk lelaki & perempuan
  • Memiliki sijil SKM Tahap 3 atau diploma dalam bidang Industrial Automation, Mechatronic, Elektronic, Elektikal dan yang setaraf dengannya.
  • Berumur bawah 30 tahun
  • Lulus sesi interview dengan pihak syarikat tajaan
  • Tiada tunggakan pinjaman PTPK & PTPTN

Kelebihan tambahan yang akan dapat, anda tak perlu bayar yuran RM31,000 sebab ianya ditanggung sepenuhnya kerajaan Malaysia di bawah geran latihan PTPK, elaun/gaji semasa latihan akan diberi sebanyak RM1000 -1500 daripada PTPK & Syarikat.

Proses pemohonan untuk lepasan SKM & Diploma :
Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 3

Video di bawah penerangan mengenai industri mechatronic:

Untuk makluman, ada sesi walk-in interview akan dibuat pada 1 September 2016 ni. Peluang terbuka untuk lepasan SPM. Untuk lepasan Diploma dan SKM Tahap 3 boleh juga mencuba.

Klik Sini untuk Daftar Program Bersama SHRDC Untuk Lepasan SPM

Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 4

 Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus hubungi :
Selangor Human Resource Development Centre 1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55133560  
Fax: 03-55133490
Website: www.shrdc.org.my

Gambar sekitar SHRDC:
Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 5
Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 6
Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 7
Cukup Sekadar Keputusan SPM, Jaminan Kerja Menunggu Di SHRDC 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *