Hi korang! Artikel sebelum ni saya buat tutorial mekap mata warna gold brown. So, post yang ni kiranya agak lewat sikit masukkan dalam blog. Hehe. Saya tersangat2 busy dengan bisnes tudung Vivadea. Alah, saya jual inner neck vshape. Semua tudung dah habis. Alhamdulillah. Tinggal design inner vshape olivia jer.
Baca Artikel Tutorial Mekap Mata Gold Brown.
Kadang tu macam terfikir nak jual tudung 4 helai RM100. Guna kain chiffon bubble high quality, buat 60 color. Fuhh, tapi, entah bila production boleh siapkan. Hehe.
Sebab saya nak tukar profesion, saya mungkin akan jadikan bisnes vivadea sebagai part time. Blogging pulak buat full time.
Dalam minda kreatif ni ada banyak plan. Tunggu masa dan peluang sahaja. Hihi.
Mekap Gaya Dhia Video Tutorial Mata Smokey Pink
Okeh jom tengok tutorial mata warna smokey pink. Bahan utama:
- blusher pink yang korang ada
- Eyeshadow coklat
Kita recycle mekap yang kita ada. Tak perlu beli baru. Manipulate your item girls! Dan don’t be too serious in makeup. Sama macam memasak, kita campak2 je mekap kat muka, gerenti jadi. Haha.
Dah siap mekap, dah jadi mekap mata korang komen kat blog ni ok? Owh, saya beli barang mekap takda la mahal sangat. Tak sampai seratus pun weh. Cuma korang kena pandai pilih kualiti lah. Heee ^_^