Pernah dalam rekod cecah 50k view untuk 1 artikel. Mungkin belum sebanyak blogger yang lain kan. Tapi, bagi saya best dah ni sebab orang akan duk contact kita entah dari mana-mana sampai kita tak terlayan. Tu yang saya suka blog nih. Hehe
6 Mei lepas, atas jemputan pihak Legacy Perfume, saya dan rakan blogger lain menghadiri majlis perasmian 2 wangian terbaru brand JDT yang dikeluarkan oleh syarikat Legacy Perfume.
Siapakah Legacy Perfume nih? Diasaskan oleh Puan Suhazlinda, Syarikat Citra Anggun Jaya Marketing Sdn Bhd ditubuhkan khas untuk produk wangian. Dan untuk pertama kalinya, syarikat bernama Legacy Perfume mengeluarkan 2 jenis wangian khas sebagai produk rasmi kelab bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT).
Sebelum majlis perasmian.
Kami bertolak seawal 5 a.m dari seremban, naik train ke Kl Sentral bersama Adzril. Pompam pompam gerak dalam 8 am ke Larkin, JB & sampai tepat jam 12.30 tengahari di sana. Fuhh..entah macamana laju kereta tu terbang agaknya ek?
Selepas makan tengahari, Semasa majlis perasmian.
Sampai saja di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin, majlis pelancaran bermula seawal 3 petang dan ada slot sesi soal jawab bersama pihak Legacy Perfume sepanjang majlis berlangsung.
Cuma 1 je, kenapa wartawan tak banyak soalan. Dia macam ” krik,krik, krik”
Ufhhh, lupakan saja drama tu. Berbalik bab perfume. Ada 2 jenis wangian jenis EDP yang telahpun dijual iaitu:
- Born To Rule For Men
- Dangerously Sweet For Women
Puan Suhazlinda, pengasas dan Cik Akma |
Setiap 1 bernilai RM89 dan korang boleh usyar ketat kat web jualan mereka legacyperfume.com . Untuk lebih memudahkan urusan jual beli, korang terus je
Jadi, kalau agak-agak nak tambah income buat duit tepi lebih sikit ke, saya sarankan korang apply untuk jadi stokis dan ejen perfume ni cepat-cepat!
JDT kottt?? Ramai fanatik JDT dan diorang sanggup buat apa saja demi JDT. Termasuklah beli perfume banyak-banyak selagi boleh. Eh??
Owh, saya ada diberi sample perfume untuk wanita. Dan rakan blogger lelaki ada juga mendapat sample kit untuk lelaki. Bau haruman untuk lelaki tu, memang macam bau lelaki lah. Macho man githeww..
Oklah senang cerita cenggini:
Dangerously sweet sangattt for women tu ada bau:
- Mandarin
- Apricot
- Frangipani flower (sampai tersasul nak taip nama ni)
- Honeysuckle (mmm yumyum..macam rasa nak makan pun ada)
- Orchid
- Waterlily
- Sandalwood
- Musk
- Vanilla fragrance family
- Floral
- Woody musk
- Lemon
- Bergamot
- Aromatic Mediterranean Notes
- Guaiac Wood
- Tonka Bean
Eh, dalam hati aku masa tu memang gerrrr…gerammmmm!
Minit ke 90 tu lah seingat saya dapat gol kan jugak. JDT 1- PENANG 0 . Sejurus selepas pemain Penang ni buat wayang sakit kaki atas padang. Rasa macam besar kecik je mata aku ni tengok dari atas stage.
Dah menang rasa puas hati gila-gila. Habis je perlawanan, team blogger dan team legacy perfume pergi makan lah..
Korang boleh rujuk artikel Meatball Restoran Big Daddy’s Family Cafe, JB Kalahkan Meatball Ikea