Selama kehulu hilir kat area seksyen 7, Shah Alam ni, Dya tak perasan akan kewujudan butik Azammoff sebenarnya. Tak tahu pun kat sini ada butik yang pakar buat baju customade.
Jadi, sebelum singgah masuk ke butik Azammoff yang terletak di seksyen 7, Shah Alam, Dhia sempat membelek IG butik ni. Untuk tahu apa servis yang ditawarkan dan rekaan baju yang ditawarkan.
First impression bila tengok koleksi RTW butik ni? Rekaan baju Azamoff nampak simple tapi ada kelas tersendiri. Dan semestinya Dhia sangat suka persalinan pakaian bercorak ringkas dan paling penting material yang digunakan.
Ringkasan artikel
- Material Butik Azammoff Menggunakan Pelbagai Jenis Kain Kapas & Linen
- Harga Koleksi RTW Mampu Milik
- Tempah Baju Jahitan Kemas Cepat Siap Di Butik Azamoff Seksyen 7 Shah Alam
Ringkasan artikel
MATERIAL BUTIK AZAMMOFF MENGGUNAKAN PELBAGAI JENIS KAIN KAPAS & LINEN
Untuk produk RTW, koleksi daripada butik ni banyak guna material cotton pelbagai. Ada cotton polyster, linen, dll.
Dhia suka material kat butik ni sebab kain dia bila kita sentuh, dah terasa selesa. Tekstur kain tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.
Rekaan butik Azammoff pulak memang kebanyakannya rekaan yang ringkas tapi dalam masa yang sama ada gaya dan praktikal untuk dipakai.
HARGA KOLEKSI RTW MAMPU MILIK
Anggaran harga baju kat sini bermula serendah RM99 sehingga mencecah RM399. Bagi Dhia harga ni agak berpatutan dengan material yang digunakan. Material sedap pakai, nampak cantik terletak & paling penting selesa.
Sebab kadang bila nak ke majlis tertentu, Dhia tak suka pakai baju yang terlampau sarat dengan corak.
Cukup dengan rekaan yang simple & corak yang sedap dipandang.
TEMPAH BAJU JAHITAN KEMAS CEPAT SIAP DI BUTIK AZAMOFF SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Selain koleksi RTW, butik Azammoff juga ada kepakaran menghasilkan koleksi “customade” untuk lelaki, wanita, korporat, dan kanak2.
Masa kat butik, Dya kagum bila ternampak hasil jahitan sut lelaki. Nampak kemas sangat jahitan butik ni.
Sempat juga tanya tempoh waktu untuk siapkan tempahan kat sini, paling cepat 24jam, paling lambat sebulan.
Dan butik Azammoff sangat pentingkan kualiti produk keluaran mereka. Sebab tu kuantiti koleksi RTW pun sangat limited dan eksklusif.
ANGGARAN HARGA UNTUK TEMPAH BAJU?
Bergantung pada bajet pelanggan. Untuk tempah di butik ni, pemilik butik, Encik Azam akan bertanya dahulu anggaran bajet pelanggan.
Jadi, lebih mudah untuk memberi konsultansi material serta jenis rekaan apa yang sesuai dengan bajet tersebut.
JENIS TEMPAHAN BAJU BUTIK AZAMMOFF
Seperti yang Dya dah maklumkan kat atas, semua jenis rekaan diterima untuk tempahan.
Terutamanya sut pakaian lelaki & wanita. Sut yang sesuai dipakai untuk acara rasmi seperti ke majlis korporat, vvip, majlis perkahwinan, dll.Boleh juga tempah set baju sekeluarga untuk kegunaan di hari raya, majlis akikah, majlis pertunangan, majlis persandingan, majlis harijadi, dll.
Paling penting sekali, jahitan butik ni sangat pantas dan kemas dipakai.
CARA TEMPAH BAJU KAT BUTIK AZAMMOFF
Untuk menempah baju, korang boleh terus ke seksyen 7, Shah Alam (belakang Jakel) ataupun hubungi nombor:
Tel: 0355116200
H/P: 0122342517 (encik Azam Osman)
IG: Azamoffofficial
FB: Azamoffboutique