dian pelangi |
Saya bukan budak fesyen, semua saya belajar sendiri dan kaji sendiri, jadi mungkin cara saya berbeza dengan anda. Hehe
Saya pernah try buat:
1- Dress di mana bahagian kain 2 meter bidang 45′, cara potong kain selari, ada lipatan berganda di depan dan belakang = Bentuk kain tak nampak kembang anggaran kembang dalam 15 darjah sahaja, tapi bila pusing kembang la jugak, cuma pattern macamni sesuai untuk nampak macam stail baju jubah lurus. Hasilnya macam gambar bawah ni.
dhia vivadea |
2- Kain 2 meter 1/2, bidang 45, potong kain selari dan gabungkan 4 keping untuk jadi 1 kain = hasilnya kain jadi kembang macam baju pink saya pakai di bawah ni.
dhia vivadea |
3- Kain 2 Meter, potong kain selari, Ada lipatan/pleat dan jahitan di dalam lipatan. Pattern ni guna kain cotton dan tidak kembang. Tengok gambar bawah.
dhia vivadea |
4- Kain 4 meter, potong serong, bidang 45. Yang ni saya gabung 4 kain dan ada jahitan di bahagian dalam. Pattern yang ni pulak lebih kurang teknik macam pattern ke-3 cuma cara potong kain dan panjang kain yang berbeza. Owh, sebenarnya 2 meter setengah dah cukup untuk buat kain kembang cuma tak banyak lekuk-lekuk je lah. Hehe.
Ok, kalini, memang rasa sangat-sangat best. Sebab bila jalan tu. Peh, Flowy die tak payah cakaplah. Korang rasa nak tengok kain korang sambil jalan tak tengok depan. Apalagi kalau pusing. Terus rasa macam Cinderella jadian. Bila angkat sikit, dah boleh jadi Dian Pelangi pulak lepastu. Haha! (macam gambar paling atas tu ha)
Tengok video bawah ni.