Shawl Untuk keyakinan Diri

Salam..Hi semua..dah lama saya tak update blog ni ..Sorry sangat2.. Saya busy menyiapkan stok shawl terbaru  Vivadea.. Banyak sangat design dalam kepala ni tapi pendamkan dulu , publish one by one okay?? hiihih ^_^
Terlalu banyak sangat corak dan pilihan sampai saya jadi rambang mata..aiyark!! @_@
Hari ni saya nak kongsi la pendapat saya tentang Shawl, Ramai para wanita kat luar sana yang gilakan shawl TERMASUKLAH SAYA..hehhehe..Tapi ada juga yang tidak setuju dengan fesyen Shawl zaman sekarang. 
Mungkin ada sesetengah trend shawl tu tak sesuai digayakan bila terlalu pendek atau terlalu nipis .Tapi bagi saya, Pemakai itu sendiri kena bijak menggayakan untuk menutup bahagian2 yang perlu. Bukan salah fesyen shawl tu. Pemakai kena pandai memilih kain, panjang,dan kalau pendek pun kenalah pandai cover bahagian yg tertentu dgn menggunakan baju yang sesuai -contohnya ataupun kalau nipis pakailah inner kepala kat dalam.
Saya pernah juga terbaca seseorang komen tentang kepelbagaian corak shawl yang menarik dan cantik hanyalah menambah dosa sebab menarik perhatian lelaki untuk melihat..

Hello ??? Come on lah sayang2 semua..Kita kan perempuan, tak semestinya bila pakai shawl cantik2 tu dapat menarik perhatian lelaki. Kita pakai shawl yang cantik untuk keyakinan diri OKAY..

Saya ni tak pandai sangat bab agama. Tapi saya ikhlas memberi pendapat tentang pentingnya kaum wanita menjaga penampilan diri. Tujuannya bukan untuk menggoda orang ke, riak ke apa..Tujuan utama adalah untuk kepuasan hati, Karisma dan keyakinan diri. Jadi , bila kita yakin, barulah kita senang nak buat kerja, senang nak berkomunikasi dengan kawan2, senang nak buat presentation ( hahah..teringat masa zaman kolej dulu, tergagap2 je ), bla bla bla..
Korang nak ke diri tu selekeh jek? Nak ke Ketinggalan zaman dengan corak2 yang kusam je? Bila jumpa orang, bila buat presentation malu2, tunduk jek kalau boleh tak nak cakap langsung..Nak ke macamtu??Bila kita nak ubah pandangan masyarakat bukan islam tentang Wanita Islam?? Islam itu Indah. Jadi kita kena lah jadikan diri kita Indah, ubah persepsi masyarakat bukan Islam bahawa Islam itu Indah dan Sempurna. Semua nya berkaitan tentang penampilan. Tingkah laku yang terbaik datangnya dari Keyakinan yang tinggi…Penampilan mempengaruhi tingkah laku seharian kita.
Selain tu, bagi yang dah bersuami bila tengok isteri yang cantik mestilah bertambah2 sayang..Heheh, ekceli bukan cantik di luar..Tapi cantik dari tingkah laku. Seperti yang saya katakan tadi Bila kita berpenampilan menarik, kita akan menjadi seorang yang berkarisma dan berkeyakinan. Itulah kuncinya.
Saya memohon maaf sekiranya tersalah bicara. Apapun saya ikhlas memberi pendapat untuk kebaikan semua. ^_^

SAYA SUKA PAKAI SHAWL  BERKUALITI  dan CANTIKK !! ^_^

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *