Yeke murah dari Malaysia? Terutamanya barangan berjenama seperti osh kosh bgosh. Sebenarnya Dya tak reti pasal brand sangat. Yang Dya tau nak yang murah, corak cantik, comel & tahan lama.
Branded ke tak branded belakang cerita. Hehe.
Ikutkan rasa macam masih awal lagi nak shopping barang baby sebenarnya ni. Tapi disebabkan shuben fly ke US bulan ni, sambil menyelam kita minum airlah! Haha.
AMARAN: Artikel ni panjang gila. Sebab ianya hasil kajian selama 2 bulan untuk panduan shopping kat US. Korang rujuk & buatlah ringkasan sendiri ya.
2 Bulan Buat Research Nak Shopping Kat Mana
Tau tak Dya habiskan masa 2 bulan buat research nak shopping barang kat US ni? Pheww. Bukan kerja senang okay? Tapi, bila buat research, sedikit sebanyak membantu shuben beli barang dengan pantas & tepat.
Biasanya orang perempuan je jenis perfectionist. Kalau shuben dia takkan buat research kaw-kaw macam saya. Yelah, lelaki kan? Diorang sejenis simple. Ambil barang & bayar. Tapi, kita ni pulak sebelum beli nak kena pilih corak, saiz, harga yang terbaik untuk kita. Kan?
|
Jalan kaki seminit je dari hotel |
Disebabkan sikap perfectionist ni lah, Dya rasa jimat banyak gila masa shuben masa beli barang baby kat US.
Siap Dya boleh tau nak pergi ke kedai mana, jarak kedai, tempat yang jual murah. Seolah macam Dya dah pernah ke sana.
Dya gelakkan shuben masa dia & kawan2 dah sampai di Chantilly, USA. Gelak sebab kenapa cerdik sangat pergi walmart jalan kaki??? Padahal awal-awal Dya da bagitau kat shuben nak ke walmart jarak naik kenderaan 7 minit, jalan kaki 30 minit.
Tapi disebabkan ikut cakap kawan yang pernah ke sana, dia ikutkan je berjalan sampai rasanya lebih 30 minit! Peh, jetlag pun belum habis, dah kena exercise kejap. Sudahnya penat namateyy. Haha!
Wajib Buat Research Awal Sebab Internet Terbatas
Bayangkan Dya yang tak pernah jejak kaki ke US tapi tau selok belok kat sekitar US berpandukan pada maps sahaja. Dengan syarat buat research kat Malaysia lah weh. Kalau nak harap terhegeh2 bukak map kat US, memang ke lautlah jawabnya. Sebab kat US tu kemudahan untuk komunikasi internet bila melancong terbatas.
Barang Baby Kat US 2 Kali Ganda Murah Daripada Malaysia
Yepp, barang baby kat US memang 2 atau 3 x ganda lagi murah selepas Dya buat perbandingan antara harga pasaran Malaysia & US. Tapi, ada juga barang yang harga lebih kurang macam kat Malaysia. Jadinya, kalau nak beli barang kat US, belila time diorang tengah sale. Baru untung. Hehe.
Antara barang baby murah & branded seperti car seat, stroller, medela freestyle pump, baju baby, nuna leaf, etc. Ni antara barangan yang penting untuk dibeli bagi Dya lah.
Disebabkan kapasiti luggage kapal Emirates ni terbatas, Dya kena bijak kaji saiz & berat barang yang nak dibawak balik nanti. Jadi takkan terlebih berat mahupun terlebih shopping kat sana. Emirates ni berkira betul bab saiz & berat beg.
Korang Bacalah Info Yang Wajib Tahu Tentang Emirates Airlines. Wajib baca tau. Kalau tak, nanti takut terlebih sana sini korang kena bayar extra USD 175 macam shuben Dya. Haha. (Sorry shuben, sayang tersalah pandang bab saiz limit masa kaji rules baggage allowance emirates airline haritu.
Kat Mana Buat Kajian Untuk Shopping Barang Murah Kat US?
Dya mulakan dengan bukak website walmart, target & babies R’us untuk buat research barangan kategori baby & toddler. Kat situ lah pencarian bermula sebelum Dya buat perbandingan harga dengan kedai lain yang ada kat US.
|
Pemandangan dalam babies r’us |
Bila dah jumpa barangnya. Contohla Dya pergi ke bahagian car seat, ada banyak jenama. Dya perhati design yang cantik, murah & praktikal kemudian highlightkan beberapa jenama antaranya Britax, Graco, Safety first, Maxi Cosi.
Dari situ pilihla design & harga yang kita berkenan kemudian buat research pulak tengok review pembeli tentang barangan tu & bukak youtube untuk tengok fungsi barang.
|
pemandangan di bahagian baby, kedai Target |
|
Bahagian car seat, target |
1. Kecikkan Pencarian Berdasarkan Review Pengguna/Pembeli
Cara ni dya praktikkan untuk barangan lain jugak. Ringkasannya list yang dah higlight:
- Car seat ( Britax, graco, safety first)
- Buaian bayi (nuna leaf, mamaroo)
- Pam susu (medela freestyle, medela swing)
- Stroller (quinny zapp, graco, britax, maxi cosi)
- Set botol susu (tommee tippe, comotomo, yoomi, mimijumi)
Untuk semua yang tersenarai ni, Dya buat research melalui blog review, produk review di website, youtube review. Pengalaman dan saranan mereka guna yang mana satu bagus, etc. Setiap orang lain pengalaman. Jadi Dya akan pilih berdasarkan review majoriti.
2. Buat Perbandingan Harga
Selepas buat kajian, kita kecikkan lagi pencarian dengan buat perbandingan harga
(Rujuk harga US kat Walmart atau Target atau Babies R’Us atau website rasmi produk ikut jenama) :
Car seat:
- Graco extend2fit convertible (yang ni lagi murah dari no 2 & nampak lebih praktikal serta kukuh berbanding no 3
- Graco 4 ever all in 1
- Safety first
1. Graco extend2fit (Usd169 kat US, RM1300 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM637)
2. Graco 4 ever all in 1 (Usd290 kat US, RM3300 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd ( JIMAT RM2163)
3.
Safety 1st (Usd127, takda jual kat Malaysia kot?) – tak pilih yang ni sebab rekaan macam tak semantap graco
Pilihan: Dya pilih yang tak tersenarai dalam list, Graco Extend2Fit Platinum. Haha! Ni last minit beli sebab produk ni lain sikit.
|
Graco extend2fit platinum edition (ada 3 jenis berbeza) |
Sebab pilih yang ni:
1. Dia dah siap ada belt yang kita boleh adjust terus dari car seat tu. Tak payah dah nak tarik seat belt kereta masukkan bawah car seat.
2. Harga dia sama macam graco extend2fit jenis biasa.
Boleh tengok cara pasang Graco Extend2fit Premium Edition kat video bawah:
Tapi kedua barang ni ada pro and cons. Dan saiz kotak graco ni besar woii. Serius terlupa pasal size limit, lepas mintak shuben belikan, baru teringat saiz limit luggage untuk emirates airline tak boleh lebih 150cm (panjang+lebar+tinggi) sehingga 300cm.
Kalau lebih 150cm, kurang 300cm kotang hanya akan dicaj sekali untuk 1 beg luggage. Kalau ada check in 2 beg lugagge dan dua2 terlebih saiz, korang akan dicaj 2 kali rasanya.
Jika lebih 300cm pulak, barang korang takkan masuk luggage, diorang akan hantar guna kargo. Tu caj harga lain pulak weh. Haha!
Kotak graco ni terlebih 8 inci kalau tak silap. Dalam 169cm camtu. Jawapannya kena bayar fees usd175 la weh! Hemm, overbudget dah jadiknya. Tapi, nak buat camana. Dah terbeli, takkan kita nak tinggal pulak kat US. Hehe.
Apapun masih lagi dalam kategori murah. Sebab car seat brand graco kat Malaysia bernilai RM2K ke atas. Untuk design platinum premium ni mungkin RM3k ke atas kat Malaysia.
—————————————————————————————-
Buaian bayi:
1. Nuna leaf curv (Dya pilih yang ni sebab tahan lasak & boleh guna sampai anak umur 2 tahun ke atas kalau tak silap)
2. Mamaroo
1. Nuna leaf curv (Usd230 kat US, RM1600 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM698)
2.
Mamaroo 4.0 (Usd250 kat US, RM2199 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM1219)
Pilihan: Nuna leaf 3 anchor. Sebabnya kat US ni rupanya kena pre order dulu. Baru boleh pickup kat kedai macam Baby blossom & nordstrom. (Penat je gi dua tempat ni, pastu kena pre order barang. Frust gileh! )
Disebabkan takda stok, Dya cakap kat shuben beli kat Malaysia je lah. Mahal sikit dalam RM300 je untuk jenis biasa, mahal RM700 untuk jenis curv. So amik jela yang murah sudey.
|
baby blossom (tak yah gi sini. tak best. Haha!) |
2 Sebab pilih Nuna berbanding mamaroo:
1. Simple, ringan & tahan lasak. Berat 5.26kg je. Boleh pakai lama sampai budak dah besar. Kalau mamaroo boleh pakai sampai bawah setahun je. Maybe sampai budak 6 bulan kot?
2. Lebih selamat.
Ingat kalau nak lagi jimat pakai je lah buai besi macam orang dulu-dulu guna tu. Jenis yang ada box sangkut kat atas, then buai automatik gerak.
Tapi bila fikir safety, box tu berat dan kemungkinan boleh tetiba jatuh masa tengah buai baby.
Kalau mamaroo pulak, kalau budak berat duk atas tu boleh patah. Dia tahan sampai baby beberapa bulan je. Baby kan cepat membesar.
|
mamaroo kat babies r us |
Ada lagi satu jenis buai Fisher Price My little Lamb platinum. Berkenan benda ni sebab comel.
|
Fisher price my little lamb cradle & swing |
Tapi boleh pakai sampai 6 bulan je, aksesori berlagu kat atas kepala baby tu pulak boleh tahan berat, dan hayunan pun macam menakutkan je. Hampir nak beli yang ni. Tapi cancel lah. Banyak pulak kontra nya.
So pilihla Nuna. Lebih selamat, jimat letrik, tahan lasak, tahan lama. Haha!
|
Nuna leaf curv kat norsdtrom & baby blossom. Takda stok & kena pre order je! Haih |
—————————————————————————————-
Pam Susu (Ada lagi jenama lain disarankan tapi ni yang Dya rasa terbaik)
1. Medela Freestyle (Dya pilih ni sebab ramai review kata ok & kelebihan sebab boleh pam dua susu sekaligus)
2. Medela Swing
1. Medela freestyle (Usd293 – Usd450 kat US, RM2k+ kat Malaysia without offer) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM1.5k+)
2.
Medela swing single pump (Usd153 kat US, RM600 kat Malaysia) – takda beza banyak
|
Medela freestyle |
Pilihan: Medela freestyle sebab ramai review cakap bagus. Bunyi senyap, senang nak angkut, boleh double pump
Tapi masa beli medela fs ni, sebenarnya dah last minit sangat. Hampir nak beli medela swing single sebab medela freestyle takda stok kat babies r us.
Nak nangis dah masa ni sebab memula pergi kedai target untuk servay harga. Peh usd400+ weh! Overbudget dah tu.
Pastu last minit gi babies r’us, rege murah sikit tapi takda stok. Ko rasa?
Time pergi ni sebenarnya bukan waktu sale. Jadi, harga melambung melebihi bajet Dya.
Disebabkan kat babies r us takda stok, Dya mintak shuben pergi beli kat target je walaupun mahal. At least tak mahal macam kat Malaysia.
Dan benda bestnya masa beli kat target, supervisor sana baik hati bagi diskaun. Dan harga yang diberi tu memang ada dalam bajet. (alhamdulillah, rezeki baby)
|
storage bag medela. Beli sebab saja je nak test. Haha. Rege murah gila |
Harga dua tempat ni sentiasa berubah-ubah. Tak menentu. Ikut bila diorang ada buat SALE. Walmart pulak? Hemm tak payahla servay kat walmart. Sebab choice kat situ tak banyak macam kat target & babies r’us.
—————————————————————————————-
Set Botol Susu
1. Tommee tippee Closer to nature (siap strerilizer & warmer)
2. Comotomo (Dya pilih antara ini ataupun Yoomi)
3. Mimijumi
4. Yoomi (Dya pilih Yoomi sebab comotomo susah nak jumpa kat US)
1. Tomme Tippee Closer to Nature Newborn set (Usd98 kat US, RM800 – 1000 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM400 – RM600)
2. Comotomo ( beza harga tak banyak dengan US)
3. Mimijumi ( beza harga tak banyak dengan US)
4. Yoomi formula complete (Usd110 kat US, kat Malaysia takda set ni kot, ada set lain je) – beza harga puluhan
Pilihan: Comotomo ataupun yoomi.
Tapi kat US tarak jual comotomo. Kat online website diorang ada tersenarai. Tapi, bila gi kedainya takda lah pulak. Habis stok agaknya.
Lagipun rege lebih kurang je macam kat Malaysia. Tak banyak beza. Baik beli kat Malaysia je senang.
Sebab tak pilih tommee tippe complete set?
– Tak perlukan sterilizer dan warmer. Alah, orang dulu takdanya pakai dua benda ni nak bagi susu kat anak kan? Ada caranya untuk panaskan susu & cuci botol semua. Hehe.
|
Tommee tippe newborn set kat target |
Sebab yoomi & comotomo dalam list pilihan?
– ada yang bagi review puting dua brand ni lembut. Yoomi ni yang uniknya dia ada warmer yang kita tak payah guna letrik. Warmer dia kecik cenonet je. Senang bawak travel. Korang gi lah tengok kat website yoomi sana okay?
—————————————————————————————-
Stroller
1. Quinny Zapp Flex (ikutkan nak beli sebab ni stroller paling kecik bila dilipat. Tapi kapasiti luggage tak muat doh. So beli jela royal kiddy kat Malaysia
2. Graco Fast action fold click connect travel system (tak pilih ni sebab design tak berapa menarik & tak perlukan infant car seat)
3. Britax B Agile 3 (tak pilih ni sebab saiz dia besar daripada quinny)
4. Royal Kiddy (pilih yang ni sebab saiz kecik & rege dia dalam 1.4k lepas offer kat malaysia nih)
1. Quinny zapp flex (Usd350 kat US, RM2000 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT RM600+)
2. Graco (Usd208 kat US, +/- RM2000 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT +/-RM1200)
3. Britax (Usd189 kat US, +/- RM1500 kat Malaysia) – beza harga selepas convert usd (JIMAT +/-RM760)
4. Royal Kiddy (Takda kat US, UK je ada rasanya, RM1.4k harga malaysia & lebih kurang harga quinny zapp flex kat US)
Okay benda ni paling penting untuk Dya. Tapi, Dya kecikkan lagi pembelian sebab kapasiti luggage terhad. So, Dya tak jadi beli stroller kat US. Hanya beli pam susu, botol susu, car seat & nuna)
Dya tak jadi pilih quinny zapp flex sebab?
– leceh nak lipat, berat sikit dari royal kiddy lightweight stroller.
Dya pilih royal kiddy transporter stroller sebab?
– harga murah, ringan 6kg je, bila lipat kecik gila, sekali tarik terus lipat, pakai time budak dah besar. Time baby tak payahla. Dukung je baby. Cam orang dulu-dulu. Ok je kan.
—————————————————————————————-
Baju Baby Kat US Murah Jugak Ke?
Masuk bab baju baby pulak sebenarnya bergantung jugak. Macam kat US ni brand yang selalu Dya nampak osh kosh bgosh & carters je. Haha! Jenama lain ada jugak tengok tapi rege & design kurang memikat hati. Cantik lagi baju jual kat online. Haha. So kita fokus pada 2 jenama ni je.
|
baju baby carters kat target. Saja servay rege. Mahal sikit dari outlet |
1. Osh Kosh BGosh
– orang kata ni jenama mahal tapi Dya tak berkenan sebab corak baju kurang menarik. Harga pun mahal sikit daripada carters
2. Carters
– yang ni korang kena pandai rancang untuk pilih yang berbaloi & beli masa SALE!
|
baju jenama carters kat leeseburg premium outlet |
Macam Dya, caranya cari baju rompers, jumpsuit, dan set baju yang ada 3-5 helai untuk satu harga. Macam rompers je 5 helai USD13 after sale. Dya rujuk harga kat walmart, target & babies r’us. Tapi beli kat leeseburg premium outlet sebab kat sana lagi murah.
Lagi-lagi time sale weh. Sale kat situ 50%. Kalau korang bijak & alert ada tambahan 25% diskaun atas sale 70% tu. So total dalam 75%.
|
Tak banyak pun borong. hehe |
Ada cara nak dapat diskaun lebih kat US ni. Korang baca kat Tips Dapat Diskaun Extra Kat Premium Outlet US
Lokasi Beli Barang Baby Kat US
Bergantungla korang stay kat mana kat US tu. Macam shuben dia stay kat comfort suites dulles airport. Jadi, Dya cari kedai terdekat guna google maps & pastikan kedai tu masih beroperasi lagi.
Disebabkan shuben duduk kat chantilly, VA, US. Maka ni antara kedai terdekat bila kat US:
1. Leesburg Corner Premium Outlets, Fort Evans Road Northeast, Leesburg, VA, USA
– Jarak dari hotel 22min, kos uber USD65
– Kat sini beli baju carters, beg coach, kasut sketchers & nike (Perhatian untuk skethers harga lebih kurang Malaysia je. Jimat pun dalam RM100 camtu je. Corak je la mungkin berbeza daripada Malaysia)
2. Target, 14391 Chantilly Crossing Ln, Chantilly, VA 20151, USA
– Jarak dari hotel 5 min, kos uber saiz XL, USD8
– Kat sini servay harga breastpump, stroller. Dya beli pam je. Hehe.
3. Baby Blossom – Fairfax, 9512 Main Street, Fairfax, VA 22031, USA
– Jarak dari hotel 17min, kos uber saiz XL, USD
– Kat sini servay ready stok nuna leaf curv atau quinny zapp flex. Tak beli sebab pre order sahaja. Bleghh.
– Tips: tak payah gi sini sebab semua barang dia pre order jer. Jangan buang masa korang
4. Babies”R”Us, 13954 Metrotech Dr, Chantilly, VA 20151, USA
– Jarak dari hotel 1 min je. Jalan kaki dah sampai. Betul-betul sebelah hotel
– Kat sini boleh beli breastpump, stroller, car seat, bottle, baju (terpulang nak beli apa lepas dah servay harga kat target tu. Hehe. Sebab harga dua tempat ni berbeza & berubah-ubah)
5. Lokasi alternatif sekiranya barang takda kat tempat dalam list
– Nordstrom Tysons Corner Center, 8075 Tysons Corner Center, McLean, VA 22102, USA (untuk beli nuna leaf/quinny zapp flex)
Tips: Barang kat nordstrom mahal namateyy. Tak payah gi sini sebab stok nuna belum tentu ada sebab pre order jugak
– Babies”R”Us, 21300 Signal Hill Plaza, Sterling, VA 20164, USA
– Target, 13047 Fair Lakes Shopping Center, Fairfax, VA 22033, USA
Ok kesimpulannya kesuluruhan barang yang Dya beli kat US ni mungkin kat Malaysia nilai total hampir RM6K. Tapi Dya dapat jimat hampir separuh daripada tu.
Kalau korang nak ke US untuk shopping mungkin boleh cuba buat kajian macam Dya buat. Bergantung pada tempat penginapan korang. Pilih kedai yang berdekatan penginapan untuk jimat kos & masa.