Artikel tahun lepas Dya ada share dengan korang makanan apa yang Dya bagi Mel makan untuk gebukan bulu dia kan? Boleh baca kat artikel Makanan Terbaik Untuk Kucing Bulu Panjang.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 1
Kalau korang baca artikel tu, Dya beralih dari beri makanan biasa –> Royal Canin –> Pro pac savanna –> blackwood.
Reason bertukar makanan sebab:
1. RC masa tu tak sesuai untuk mel. Mel berak cair
2. Pro pac mahal nak mam (sebab saya beli yang dalam paket asli pek pro pac savanna)
3. Blackwood murah sikit & bagus sebab najis Mel cantik, bulu pun kembang

Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus

Untuk makluman, blackwood saya tak beli yang jenis paket asli blackwood. Saya beli yang jenis repack. Means dari pek asli, petshop bahagikan jadi kuantiti sekilo untuk semua brand.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 2
Beli yang jenis repack pastu masukkan dalam balang
Dan apa yang Dya perasan, harga repack lebih murah berganda! Haha. Harga blackwood adult sekilo = RM14.90 je. Kalau pek asal 2.7kg = RM75+ . Agaknya mahal plastiknya kot? Haha/
Jadi, baik beli repack punya sebab murah sikit. Kualiti pun sama cuma dia jenis repack ke bekas lain jer.
So, Dya teruskan bagi Mel makan Blackwood sampailah Disember 2017. Masuk tahun baru, stok makanan habis. Pergi kedai pulak, jenama blackwood habis licin. Nampak bebenor jenama ni memang bagus untuk kucing (memang pon).
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 3
Merenung masa depan dia
Bila stok blackwood habis, dah takda idea nak bagi makan apa. Pastu duk cari-cari, ternampak equilibrio dengan royal canin terbaru (tak ingat nama dia).
Dya decide beli dua jenama tu. Cam biasalah, harga repack memang berbaloi. Cuma brand ni mahal sikit je dari blackwood.
Equilibrio adult (fish) = RM9.90/500gm
Royal Canin = RM19.90/kg
Campurkan kedua makanan ni, pastu bagi Mel makan. Tau tak, Mel suka gila makanan baru ni sebab agaknya da bosan kot makan blackwood je hari-hari. Haha!
Makanan baru ni hari-hari memang habis licin weh. Takda sisa. Memang sedap sangatla tu.
Dan kalau korang ikut perkembangan Mel yang hidap sporo ni, tiap bulan memang Dya bagi dia makan ubat. Cuma baru-baru ni Dya buat teknik baru untuk bagi luka sporo cepat baik

Dya bagi ubat manusia yang 10 x ganda lagi kuat berbanding ubat sebelum ni. Cumanya Dya bagi dia makan seminggu je. Luka mengecil. Then Dya stopkan kejap bagi ubat sebab badan dia nampak susut sikit bila makan ubat sporanox manusia.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 4
Tak nampak sangat badan dia. Angle ni tengah mengeliat

Tapi still dalam kategori gemok gedempol lah. Cuma tak sedebab dulu.

Lepas stop bagi makan ubat, Mel punya makanan masa tu masih lagi blackwood. Badan dia tak bertambah berat pun. Jadi kebetulan bila blackwood habis stok, Dya ganti dengan makanan baru, dalam seminggu tu badan dia jadi gebu balik. 

Makan Equilibrio & Royal Canin Cepat Gebukan Bulu Kucing

Makanan pulak hari-hari habis. Najis Mel pun cantik. Lebih cantik berbanding masa makan blackwood. Masa makan blackwood, najis Mel sikit-sikit & keras gelap.
Lepas makan yang baru ni, najis dia lebih cantik lah.
Banyak makanan Dya dah tukar. Dan Dya tukar kepada yang sesuai dan paling penting ikut bajet lah. Means murah dan berbaloi. Haha. Sekali beli makanan tahan dalam 3-4 minggu. Kos baru RM20+ je.
Kos lain bila bela kucing ni biasanya bulanan kena spend untuk ubat RM100+, lampin RM55, palet kayu pine wood RM35 (tahan sebulan lebih), makanan RM40. Haa tu je lah. 
Sebelum ni kos tinggi sikit dalam hampir RM400 sebab beli ubat & barang lain untuk Mel. Bulan lepas dah mula kurang sikit kos sebab Dya bagi ubat sporanox untuk 10 hari sahaja. Lepastu stop sebulan. Then next week baru sambung bagi lagi.

13 Comments

  1. Equilibrio n royal canin yang dya ckp tktau jenis ape tu skrang dya dh tau ke jenis royal canin yang mane?

  2. Assalamualaikum, boleh tak saya nak request untuk kak Dya buat satu group TELEGRAM atau WHATSAPP atau apa apa jee untuk bantu saya dan yang lain lain juga. Lebih mudah untuk guide kami dan dapat lah bantu kucing kxuing lain. Saya tak sanggup nak tgok kucing saya mcm tuh.

  3. Royal canin ni tak bagus untuk kucing sbb jenama tersebut ada corn+soy elakkn beli royal canin saya da lama setia dgn jenama ni and akan berulang alik pergi ke klinik found out bila neuture doktor kata ada nanah …..makanan yng diberi x elok bukan seekor je yng lagi satu pn mcmtu so berbahaya …saya tukar makanan yg grain free plus ada olive oil and xde cirit xde ulang alik pergi ke klinik lagi ….mmng royal canin mengemukkn tapi elakkn cari yng jnama lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *