Tengok Kelip Kelip kat Bongawan Sabah

Tempat percutian yang saya dengan kawan-kawan pergi kalini memang best. Kami tengok kelip kelip kat Bongawan, Sabah.

Sebenarnya ada beberapa tempat dan kompeni yang uruskan aktiviti tengok kelip kelip ni.

Pakej percutian Sabah yang bawak kitaorang tengok kelip kelip kat Bongawan ni gunakan khidmat Anjung Peranginan, Seri Serbang Bongawan.

Harga Pakej Tengok Kelip Kelip

Saya ada jugak tanya-tanya kat staf Anjung Peranginan ni, berapa harga pakej untuk tengok kelip-kelip?

Surprisingly murah.

RM35 je sekepala.

Pakej ni termasuk makan ye. Buffet. Pakej iftar pun tak semurah tu tau.

Aktiviti Tengok Kelip Kelip

Aktiviti pakej kelip kelip ni dimulakan dengan tengok monyet dan buaya sekitar sungai Bongawan, lepastu rehat kejap untuk makan dan kemudian sambung layan sunset dan layan kelip-kelip.

Tapi tadi kitaorang cuma dapat layan kelip-kelip je sebab kitaorang sampai kat Anjung Peranginan tu agak lambat dari Tenom.

Kat Tenom tu je kami lawat 3 tempat.

Ok berbalik kat cerita Kelip Kelip Bongawan.

Kelip-kelip, monyet dan buaya?

Oklah kami tak dapat tengok monyet dan sunset (matahari terbenam), tapi….

Kami dapat tengok Kelip-kelip!

Dan.. Anak buaya. (yang ni seram sikit). 😅

Kelip-kelip tu muncul kat celah-celah pokok bakau. Banyak gile dan cantik!

Ada teknik nak panggil kunang-kunang ni sebenarnya.

Kalau tak dipanggil, kelip-kelip ni memang akan ‘menyorok’ kat sebalik pokok-pokok tu je lah.

Tangkap Gambar Kelip Kelip

Memang teruja jugak la tengok kelip-kelip ni, lagi-lagi bila kelip-kelip ni secara beramai-ramai mula aktifkan cahaya kat badan mereka.

Tapi sayangnya semua tu tak boleh nak dirakam guna phone atau kamera.

Bukan sebab dilarang, tapi sebab anda takkan berjaya pun.

Saya anggarkan, seekor kelip kelip punya cahaya tu kurang dari 1 lux.

Kalau anda ada kamera yang boleh capture gambar dengan keupayaan cahaya kurang dari 1 lux mungkin boleh lah.

Hasil gambar Kelip kelip guna Smartphone

Ini hasil gambar kelip kelip yang saya dan kawan saya snap guna smartphone masing-masing.

Tengok Kelip Kelip kat Bongawan Sabah 1
Nampak tak kelip kelip tu?
Tengok Kelip Kelip kat Bongawan Sabah 2
Mesti boleh nampak

Nampak? Gelap je kan? Hahaha!

Kalau nampak pun cahaya sekor kelip kelip tu, orang akan cakap “alaa photoshop ni”

Nampak pengajarannya?

Pengajarannya anda tak perlu susah-susah bawak phone atau kamera canggih masa aktiviti tengok kelip kelip ni.

Just enjoy moment.

Naik bot dalam gelap, tenang dan nikmatilah pemandangan dan kerlipan lampu si kelip kelip.

Memori otak kita yang akan rekod semua pengalaman dan visual kelip kelip tu dengan jelas.

Dan hanya diri kita sendiri yang boleh replay memori tu.

Homestay Chalet di Anjung Peranginan

Selain dari pakej tengok kelip kelip, kat Anjung Peranginan ni ada chalet/homestay tau.

Ada 4 unit je buat masa ni.

Harga untuk 1 malam cuma RM50 je. Tak termasuk breakfast dan pakej aktiviti la.

Bagi anda yang nak menginap kat homestay dengan suasana yang tenang, boleh consider pilih homestay / chalet ni.

Manalah tau dah penat dengan aktiviti tengok kelip kelip, boleh terus stay je kat sini.

Makanan yang pihak Anjung Peranginan ni pun boleh tahan sedap. Memang worth it.

Kalau anda berminat dengan tempat dan aktiviti kelip kelip ni, boleh la request masukkan dalam itinerary pakej percutian ke Sabah anda.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *