Masa Dya stay kat hotel ni, untuk makluman kalau kita duduk di bilik start dari tingkat 17 hingga 20, kita dapat extra kelebihan.
Kelebihan untuk lepak kat Club lounge. Tempat makan yang lebih eksklusif dan sesuailah untuk jumpa client bincang projek besar ke kan?
Club Lounge kat Berjaya Times Square Hotel ni ruang agak kecil & eksklusif sedikit berbanding ruang makan biasa.
Ringkasan artikel
Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel
Suasana pun lebih senyap & sesuai untuk kita berjumpa dengan rakan niaga lain. Sesuai juga untuk korang yang lebih sukakan suasana tenang dan eksklusif.
Dya suka gila lepak sini sambil minum teh bunga dalam teko. Sebab mengimbau kenangan masa selalu lepak kat Lucy’s Kitchen Sabah dulu. Menu teh bunga memang favorite Dya dari dulu lagi.
Sebut pasal Club Lounge ni, macam yang Dya da bagitau, hanya penghuni di tingkat 17 hingga 20 sahaja ada akses untuk masuk ke club lounge ni.
Dan Dya berpuas hati jugak dengan bilik kat sini sebab super selesa! Nah belanja sikit view dalam bilik.
Ruang Bilik Berjaya Times Square Hotel Luas dan Selesa:
2 Katil super single & ruang bilik sangat luas |
Best gila boleh guling-guling sensorang. Haha. Sistur murung sebab tidur sorang je kat bilik besar cenggini haritu |
Bilik Mandi & Tandas Diasingkan
Untuk bahagian tandas, biasanya kalau ke hotel 5 star sebelum ni, tandas dan bilik mandi tak diasingkan pun. Tapi lain cerita kat Berjaya Times Square Hotel ni. Bilik mandi & bilik untuk membuang diasingkan. Sistur suka!
Ruang mandi lengkap dengan bathtub & shower |
Ruang solek dan tandas berasingan |
Ruang sangat selesa |
Ada Handphone Yang Bebas Dibawa Ke Mana Saja!
Antara yang paling best kat sini, handy phone! First time Dya tau pasal ni. Dan rasanya ni satu-satunya hotel yang sediakan kemudahan handphone yang boleh dibawa ke mana saja & bebas digunakan.
Malah kalau korang nak buat panggilan ke luar negara pun boleh dan PERCUMA! Wifi & segala panggilan boleh dibuat tanpa sebarang bayaran.
Handphone ni dibawa khas dari Hong Kong |
Handphone ni hanya boleh dicaj menggunakan pengecas khas dan dipasang gps untuk kesan kedudukan handphone |
Korang bebas untuk bawa ke mana saja. Gi lah shopping kat sebelah hotel ni ke, tapi security untuk handphone ni boleh kesan kedudukan korang. Malah nak caj pun guna pengecas khas. Tak boleh cucuk kat charger biasa. Hehe.
Pemandangan kat luar bilik Dya masa ni berlatarkan penjara pudu sebenarnya. Tu pun Dya tau masa husband cakap. Haha! Tak kenal tempat sebab penjara pudu dah diubahsuai untuk pembangunan ape tah.
Pemandangan luar bilik |
Kelebihan Check Out Dalam Masa 24 Jam
Kelebihan Lain Untuk Pakej Club Premier:
- Sarapan pagi di restoran umum (Restoran Big Apple) ataupun kalau nak eksklusif boleh sarap kat Club lounge mula dari 6.30am hingga 10.30am
- Kalau bawa tetamu, bayaran akan dikenakan jika masuk ke Club Lounge (RM58 dewasa, RM29 kanak-kanak)
- Kemudahan WiFi PERCUMA
- 10% diskaun untuk makanan dan minuman
- 1 jam PERCUMA untuk gunakan bilik mesyuarat kat Club Lounge
Kalau korang rasa nak stay pakej club premier ni, email terus ke [email protected] ataupun buat panggilan di talian +603-21178000