Sebenarnya Dya ni jarang sangat pakai heels. Siap boleh ingat last pakai heels masa zaman kolej dulu. Fuhh, tinggi dia memang kemainn lah kan. Ada dalam 6 inci kot? Haha!
Tapi, lepas terple’ot masa tengah laju berjalan. Serik terus. Sebab tulang dah beralih. Pulak tu, masa kena tak pergi berurut langsung.
Lepas setahun dua baru perasan tulang kaki terple’ot tu dah terkeluar sikit. Ngeri kan? Lol.
Tahun ni barulah terdetik nak pakai heels balik. Tapi bukan tumit halus weh. Bahaya & tak sesuai dengan kaki Dya ni.
Jadi, dah alang-alang jalan kat dataran pahlawan, Melaka haritu, Dya singgah kat kedai feveret Dya. Sebelah McD & Apple store.
Warna hitam terlalu serius. So, Warna dusty pink yang dipilih. Nampak cam sweet sikit. Haha
Sebab kat sini jual kasut cantik gila woii. Masa first datang kat kedai ni dulu, terkenan kat sneakers. Harga seratus lebih. Minat tapi tangguh-tangguh tak beli.
Lepastu balik rumah, sampai ke sudah menyesal sebab tak beli. Bleghh.
Kasut Tumit Ni Memang Dah Lama Aku Teringin nak Beli
Kali kedua datang kedai ni. Ya Auloh. Banyak sangat kasut cantik kat sini! Rege atas seratus. Tapi sebab dah terminat kat kasut ala-ala macam Louboutin versi harga bajet, Dya terus beli tanpa banyak cakap.
Dya beli sebab:
1. Tumit dia jenis tapak besar (jadi, takdalah terple’ot bila jalan)
2. Muncung kasut cantik!
Cuma ada satu benda yang buat Dya rasa “weh, kenapa aku tak beli dua barang? Sebab beli satu, 2nd item dapat 60% discount!”
Tu pun Dya terfikir masa atas motor, dalam perjalanan balik.
Mind set Dya masa beli:
Dya: “aku nak beli kasut ni jugak, tak kira!”
Cashier: “taknak beli barang lain? Bra ke? Sebab dapat less 60%”
Dya: “geleng kepala tak mau sebab fikir, cashier ni saje la tu nak suruh aku tambah duit lagi.”
Padahal saranan cashier tu bagus. Dya je lambat tangkap. Weh beli lah bra rege RM30, pastu kasut tu daripada rege 149.90 boleh kurang sampai 60% = RM59.96
Total kena bayar? RM59.96 + RM30 = Baru RM89.96 weh! Dya atas motor termenung mengenal erti penyesalan. Kahkah!
Lebih sanggup bayar 149.90 untuk seketul kasut. Berbanding terima offer yang jimat dua kali ganda tuh. Hmm.
Hitam seksi katanya.
Tapi, bila fikir-fikir balik, sebenarnya mind set aku masa tu adalah mind set orang kaya. Gituhh.
Sebab mind set ni serius beza gila. Bukan mindset cheapskate. Orang kaya kalau beli barang diorang takkan fikir cukup ke tak duit. Berapa banyak aku boleh jimat? Takk beb.
Orang kaya mind set beli je, kalau dah nak. Benda lain belakang kira.
Bukan nak cakap Dya ni kaya ke apa. Dya pun tau ukur baju kat badan sendiri. Lol.
Cuma nak bagitau macamana orang have-have ni berfikir. Kalau kita ingin jadi kaya, mind set kita kena ubah dulu.
Circle of friends pun kena tepat. Supaya energi keberlimpahan & kemewahan tu akan lebih berkembang pesat.
Dya explain tentang energi/aura sebenarnya. Haha. Harap korang fahamlah.
Sebab ilmu aura/energi ni bukan satu hari punya cerita. Kalau tak faham, just ignore okayh? Hehe.