Syiok mandi parit kat bendang weh |
Dhia tak pernah jejak ke Kuala Kangsar, Perak. Yepp. Tak pernah langsung. Bandar di Perak yang pernah Dhia pergi antaranya Ipoh, Tanjung Malim, Lumut. Setiap tempat, berlainan benda boleh buat.
Kalini? Ke Kuala Kangsar pulak. Masa mula jejak kaki, terfikir Kuala Kangsar agak bosan sebab tiada tarikan waktu malam & macam takda aktiviti boleh buat.
Tertanya jugaklah kenapa tak dibangunkan pekan kat Kuala Kangsar ni? Dan ada yang kata, Kesultanan Perak sengaja kekalkan keaslian kawasan sebab inginkan suasana nostalgia & nilai kemelayuan diteruskan.
Dan memang betul lah, Kuala Kangsar kaya dengan sejarah Kesultanan Melayu. Dan kalau tak silap Dhia, waris kesultanan Melaka adalah keturunan kesultanan Perak & Kesultanan Johor. Buku teks salah fakta lah ni ea? Sebab setahu Dhia, kesultanan Melaka tamat selepas Sultan Mahmud mangkat. Rupanya, bukan itu cerita nya weh. Ok, itu cerita lain, nak tau lebih kena datang Kuala Kangsar ler. Hehe.
Sekarang nak bagitau korang, apa sebenarnya yang boleh buat kat Kuala Kangsar?
Ringkasan artikel
13 Tempat di Kuala Kangsar Kaya Dengan Sejarah Tradisi Melayu
1. Pelbagai Rekaan Labu Sayong
Gabumnya labu sayong kat rak tuu! |
Masa kecik dulu, Dhia pernah sekali minum air dari labu Sayong ni. Sebab ayah asal dari Perak, ada la seketul dua labu sayong letak kat rumah. Orang kata kalau simpan air dalam labu sayong, air tu jadi sejuk. Jadi, gigihla kecik-kecik simpan air dalam labu sayong & minum. Hihi.
Rupanya labu sayong asalnya dari Perak. Dan tempat pembuatan labu sayong ni boleh didapati di Kampung Kepala Bendang, Perak atau digelar juga dengan nama Kampung Seni Warisan Labu Sayong.
Kat kampung ni, boleh tau cara pembuatan labu sayong dari peringkat awal sampailah dah jadi labu sayong yang betul-betul cantik ukirannya.
2. Sejarah Kesultanan di Galeri Sultan Azlan Shah
Untuk yang minat nak tau sejarah kesultanan melayu zaman dahulu pulak, korang boleh melawat Galeri Diraja Sultan Azlan Shah.
Masuk saja dalam galeri, benda pertama yang Dhia perhati adalah potret diraja. Huisy, lain macam pandangan Raja Perempuan kat potret tu. Mata seakan hidup & nampak agak creepy sikitlah. Hehe.
Sambil-sambil berjalan sekitar galeri, Dhia cuba untuk merasa aura diraja pada setiap khazanah yang ada.
3. Seni Reka Keris Warisan
Dhia kagum dengan senjata yang namanya keris ni. Lenggok ukiran dia simpan banyak rahsia. Ada keris berbentuk begini, ada keris berbentuk macamtu. Owh, ingat lagi keris Taming Sari? Keris dari kesultanan Melaka. Kalau tak silap kini disimpan rapi oleh kesultanan Perak. Tak tau lah kan.
Cumanya apa yang Dhia boleh cakap, kesultanan Melaka ada pewarisnya. Dan pewarisnya dari keturunan Kesultanan Johor & Kesultanan Perak. Menarik kan? Hehe.
Seni pembuatan keris tak ramai anak muda nak cuba dalami bidang ni. Sedangkan ilmu keris sangat berharga. Kini ilmu ni menjadi warisan di Kg Pdg Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
En Abdul Mazin B Abdul Jamil yang mewarisi ilmu seni pandai besi daripada arwah bapanya. Dan kini diturunkan pula pada anak-anak beliau.
4. Seni reka Tekat
Dah lama rasa tak tengok seni tekat ni. Kali terakhir tengok masa majlis kahwin sedar waktu usia masih tadika. Lama kan? Haha. Waktu tu rasa macam cantik kipas pengantin berkain baldu dengan corak emas atas kipas. Rupanya tu adalah hasil sulaman tekat.
Nampak mewah, tebal & cantik. Haih geram je tengok benda kreatif macamni. |
Dhia jenis orang kreatif. Jadi, seni tekat ni satu benda baru yang Dhia belajar kat kediaman YAM Raja Dato Intan Suraiya Binti Sultan Iskandar. Atau dulu dipanggil sebagai Istana Kalsom.
5. Muzium Diraja Perak
Muzium Diraja Perak dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi sampailah 5 petang. Apa yang ada kat sini adalah Istana Kenangan. Nama lain Istana Kenangan adalah Istana Lembah & Istana Tepas.
Istana ni berusia 91 tahun! Peh. Masih tegak berdiri cantik dengan ukiran anyaman kelarai. Katanya, kalau tengok dari pandangan atas, Istana Kenangan ni berbentuk seperti pedang yang bersarung.
Dan Istana ni satu-satunya bangunan yang tak menggunakan sebarang paku untuk kekal tegak berdiri.
6. Masjid Ihsaniah Iskandariah
Kalau perhati betul-betul, reka bentuk Masjid Ihsaniah Iskandariah tak jauh lari macam Istana Kenangan. Masjid ni dibuat sejak tahun 1936. Kalau ikut usia dah pun 81 tahun weh.
Rekabentuk masjid ni sememangnya merupakan inspirasi daripada Istana Kenangan. Ada kelarai bermotifkan berlian dan kelarai dianyam menggunakan anyaman buluh minyak |
Tapi, pada tahun 1976 masjid ni tak digunakan lagi ya adik-adik. Jangan pulak ko cuba-cuba nak seludup masuk masjid ni. Risau pulak khazanah berharga ni rosak. Usia dahpun 81 tahun. Lama dah usia masjid ni
7. Homestay Labu Kubong Gamit Zaman Kecik
Ya Allah, rindunya kenangan masa kecik dulu. Kalau nak tau, dulu Dhia ni bukannya jenis duk bilik sangat. Asal balik kampung je, terjun parit. Paling best kalau hujan lebat. Air parit memang penuhla. Warna macam air milo pun takda hal lah. Terjun siap-siap dengan batang pisang, berkain batik.
Batang pisang tu buat macam ala-ala sampan, kain batik pulak buat pelampung. Hah budak sekarang tau tak benda best camni?? Ke duk ralit menghadapt gadget? Hehe. Dhia sarankan untuk rasa kembali kenangan zaman kecil, singgah ke Homestay Labu Kubung Kuala Kangsar ni. Best sangat weh.
Main parit kat tepi bendang, duk berlecak dalam bendang tangkap haruan/keli, bersantai makan dengan keluarga angkat masing-masing.
Perasaan dan kepuasan ni tak tau nak cakap. Rasa macam nak jadi kecik balik. Zaman tanpa memikirkan masalah dunia. Haha.
8. Suka-suka Lake Resort
Suka-suka lake Resort. Hemm. Disebabkan Dhia ni dah biasa duk kampung, jadi rasa suasana kampung tu bukan lagi benda pelik. Tapi, untuk orang bandar, memang gerenti korang perlu ke Suka-suka lake resort ni. 100% berkonsepkan suasana kampung. Dan uniknya kedudukan di tepi tasik.
Memang cantik & tempat lebih privasi untuk korang tenangkan diri seketika dari kesibukan kat bandar tu.
9. Durian Pipit Resort
Durian Pipit Resort belum lagi dibuka secara rasmi. Tapi, Dhia dah pun jatuh hati dengan tempat ni. Lebih kurang juga macam konsep Suka-suka Lake Resort yang berdekatan tasik. Cuma bezanya di Durian Pipit Resort ni, chalet agak selesa & resort ni sesuai untuk aktiviti santai dengan keluarga.
Bilik lengkap dengan kipas, ruang untuk solat, tandas & antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini? Teroka tasik kat sini lah. Nak berenang pun boleh, kalau berani redah tasik selamba dek je. (Kalau Dhia memang tak la nak berenang kat tasik. Takut woi. Haha)
Dari Durian Pipit Resort, korang boleh nampak pemandangan bukit yang macam dalam lukisan pemandangan nya. Cantik! Dan boleh jadi sumber inspirasi untuk orang kreatif macam Dhia cari ilham untuk reka fesyen & tulis blog.
10. Victoria Bridge
Victoria Bridge antara jambatan paling tua kat Malaysia, sebab dibina sejak tahun 1897 sebelum perang dunia ke-2. Tapi masih kukuh berdiri & kini ianya dijadikan sebagai laluan utama penunggang motosikal untuk merentas sungai di Enggor, Kuala Kangsar.
Pernah dengar tak cerita orang dulu-dulu? Kalau nak buat jambatan ni kukuh & tahan lama, pengerasnya kepala budak. Betul ke? Hehe.