Tahun ni, tukar angin bawak anak cuti jalan-jalan ke homestay murah melaka, tepi pantai Qashrina.
Biasanya bila bercuti, Dya akan bawak Aali ke Kundasang, Sabah. Ada dalam 2-3 kali jugakla ke sana.
Sebelum Dya decide ke homestay tepi pantai Putri Qashrina ni, plan awalnya nak ke rumah sungai Bonda Rozita, tapi kat sana mahal dan kapasiti orang boleh stay ada limit.
Macam kalau ada extra penginap, kena bayar lebihla. Dalam RM100 sorang.
Bila dicampur semua, kos terlalu tinggi, dengan ruang homestay yang terhad biliknya.
Kemudian, Dya survey pulak sugeh milik Dato’ Alifsyukri.
Haa, yang ni nampak macam menarik. Sebab ada satu homestay besar gila, bilik ada banyak, ruang besar dan boleh masuk ramai orang. Harga pun berpatutan.
Tapi, cancel last minit. Next time lah ke situ pulak.
Sebab fokus untuk bercuti kat tempat yang bebudak boleh buat banyak aktiviti.
Ringkasan artikel
Bawak Aali Bercuti Kat Homestay Melaka Tepi Pantai, Murah Tapi Best
Dya buat keputusan bercuti kat Putri Qashrina, Melaka sebab kat situ ada playground dalam kolam renang yang mana ada replika patung dinasor besar jugak.
Penarik terbesar kat chalet tu semestinya Dinasor! Hehe.
Aali ni memang minat sangat Dinasor. Jadi, sesuai sangatla ke homestay situ.
Dan benda yang best kat situ, boleh buat banyak aktiviti untuk budak-budak:
- Mandi kolam renang yang dikelilingi dinasor, kapal besar
- Main layang-layang, tiup belon, istana pasir kat tepi pantai
Dua ni dah cukup menggembirakan budak-budak. Dan paling penting buat budak aktif.
Disebabkan percutian kalini bawa keluarga mertua sekali, Dya pilih bilik yang berdekatan dengan pantai.
Sebab bilik ni murah, dan banyak bilik.
Penginapan Pilihan Untuk Keluarga Ramai:
Bilik Tepi parking kereta
Harga RM200
Kemudahan: 2 bilik katil queen, ruang tamu kecil, tempat masak air, TV, aircond setiap bilik dan ruang tamu
Kelebihan: Betul-betul sebelah parking, dekat dengan pantai
Kalau macam korang ada duit terlebih tu, bolehla book bilik yang betul-betul berhadapan dengan kolam.
Tapi, sebenarnya jarak bilik tepi pantai dengan kolam tu bukannya jauh sangat pun. Jalan sikit je dah sampai.
Dya tempah 3 unit homestay untuk keluarga. Jadi, dapat 6 total bilik. Haa sesuai sangatla kan. Sebab yang dewasa mestila nak privasi.
Terutamanya mereka yang menyusukan anak dan yang dah pun berkahwin.
Jadi, bila bercuti ni, Dya akan sebolehnya pastikan bilik ada banyak, dan budak-budak ada aktiviti.
Sebab bila bilik terhad, privasi agak terbatas. Especially bila kita menyusukan budak.
Tapi, untuk Dya dan suami serta anak, pilih rumah kayu beranda sebab senang nak buat content untuk blog ni . Hihi.
Sekeliling rumah kayu ni ada rumah kayu yang takda beranda & rumah yang jenis dorm tu. Harga lebih murah sedikit.
Tempat karaoke pulak sebelah rumah kayu beranda yang Dya booked haritu.
Bilik Murah, Privasi Terjaga, Anak Happy
Kekurangan bila homestay macamni adalah, takda suasana beramai-ramai dalam satu rumah. Tu je.
Kalau fokus untuk yang macamtu, bajet memang kena extra.
Bagi Dya setiap tempat homestay tu ada pro dan cons.
Bergantung pada kita punya bajet dan keselesaan, serta tujuan samada nak buat budak happy atau orang dewasa happy.
Bila dah ada anak, memang kita fikir untuk happykan anak je. Takda masa untuk fikir diri sendiri. Haha!
Kalau nak sangat untuk diri sendiri, maka bercuti sendiri je. Lebih privasi. Betul tak?
Anak Happy Nampak Dinasor & Mandi Kolam Ada Playground
Sebenarnya, ikutkan ni kali pertama Aali masuk kolam renang.
Masa mula masuk memang dia macam tak berapa berani. Bila dah lama sikit, ewah dia gerak laju main playground kat kolam ni.
Cumanya hati-hati bila mandi dalam kolam. Walaupun cetek, budak-budak boleh lemas kalau kita tak pantau dekat.
Haritu, Aali selamba jalan sendiri.
Dan walaupun Dya tengok dari depan, ayahnya tengok dari belakang, Aali boleh tersungkur sendiri dalam kolam.
Nasib baikla ayahnya berlari cepat angkat budak ni. Berderau darah ni weh.
Memang kena hati-hati. Sebab bila dengan Aali, Dya akan make sure berada dekat dengan dia. Jarak selangkah kat belakang.
Dya tak berani letak kepercayaan kat orang selain diri sendiri dah
Malah kalau kat mall sekalipun, selalu bebel ngan laki sendirik. Jangan sesekali pantau budak dengan jarak jauh dari anak.
Dya akan make sure selangkah saja jaraknya.
Sebab budak-budak ni jenis aktif. Bila dia dah start berlari, korang memang takkan terkejar.
Puas Hati Percutian Kalini
Memang rasa puas hati bercuti kalini. Sebab anak happy dan penat dengan macam-macam aktiviti.
Lainkali nak repeat ke sini lagi. Hehe.
Lokasi Homestay Dekat Dengan Keria Antarabangsa & Coconut Shake Original Klebang, Melaka
Lagi satu yang bestnya, untuk peminat kuih keria & coconut shake famous kat Melaka ni.
Lokasi homestay ke tempat ni, tak jauh pun. Dalam 12 minit dah sampai ke lokasi
Untuk makan tengahari pulak. Kalau nak banyak pilihan, korang boleh cuba pergi restoran Zahrin
Kat sini, banyak menu lauk pauk masak lemak, asam pedas, ulam, kerabu, masak percik, goreng pisang, dll.
Puas hati jugak makan kat sini.
Harga makanan standard sesuai dengan lauk yang dimakan.
Kiranya percutian “short escape” ni sangat-sangat berbaloi bagi kitorang.
Makan kenyang, penginapan selesa, banyak aktiviti untuk budak-budak. Perfect!
Meh baca percutian kat Pulau KK, Sabah. Best jugak!
[…] banyak tempat best kat Melaka ni. Sebelum ni ada bercuti kat Chalet Puteri Qashrina. Best […]