Ada apa dengan OPRAH WINFREY SHOW?

Ada apa dengan OPRAH WINFREY SHOW? 1

Korang pernah tak tengok oprah winfrey Show?? FYI, rancangan beliau best sangat..Saya dah lama tau tentang rancangan ni tapi belum tergerak nak tengok sampaila satu hari tu…..
Ada satu show mengisahkan 2 buah keluarga yang dibebani hutang yang tersangat banyak…Satu keluarga berhutang keliling pinggang, dengan jumlah keluarga yang agak ramai, gaji yang tak mampu untuk menanggung semua bebanan diorang..Manakala sebuah keluarga lagi ibu tunggal dengan seorang anaknya yang hanya tunggu masa rumah mereka disita dalam masa 2 minggu…Sedih tau bila tengok keadaa diorang yang kalau ikutkan sangat terdesak memerlukan duit..Makanan harian dicatu, perbelanjaan sangat terhad…Sampai ada satu masa diorang takde makanan untuk dimakan…
Jadi apa yang specialnya bila diorang di temuramah dalam show ni?? 
Tanpa dijangka kehadiran Will.I.am di show tu membawa kejutan untuk kedua keluarga tau… Semua hutang mereka FULL PAID by Will.I.Am…. Peh, time tu saya tengok memang menangisla….at last diorang lega dengan semua masalah tu..Dalam masa yang sama rasa kagum dengan Will.I.aM  sebab die tak kisah menggunakan duit  dia sendiri lebih kurang 1 juta USD rasanya untuk bantu yang memerlukan..Walaupun dia tak kenal langsung siapa orang yang tersebut…..
Then Will.I.am menceritakan asal usul keluarganya yang susah sebelum dia menjadi artis..Jadi bila da senang dia nak tolong orang pulak..baik sangat kan3???Cuba kalau diri kita sendiri?? Duet juta2 usd..setakat tolong sikit2 mungkin bolehla bagi sesetengah orang …Tapi kalau dah 1 juta USD??? Mesti korang atau mungkin saya pun berat nak bagi kan??? Saya harap bila sampai masa saya berjaya nanti saya boleh bantu yang memerlukan walaupun bantuan saya tak sebanyak Will.I.Am ..sekurang2 nya boleh meringankan beban orang & yang paling PENTING jauhi sikap takbur, tinggi diri k..sebab itu sikap yang xbest sangat tau…..
Banyak lagi show oprah yang membantu orang..So, kenalah tengok rancangan beliau yang tersangat best tuu …okay? ^_^

One comment

  1. saya pun nak kaya sbb nak bantu org. Ya Allah murahkanlah rezeki kami agar kami dapat mengunakannya utk berjuang dlm agama. Selain tu, aku nak buka sekolah hafiz. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *