Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 1
Pasai pa orang duk kecoh baju Che Ta aih? Saya dah perhatikan seminggu jugak la. Dok berlegar di wall fb tentang baju Rozita Che Wan x Tesco 2016. Mula, saya cam buat layan tak layan la kan. Alah, raya lambat lagi. Malas aih nak fikir pasal baju raya.

Dalam hati fikir, aku tengok cantik je korang pakai. Kenapa kecoh sangat?

Dan tetiba terjebak baca komen-komen wanita yang duk hentam baju Che Ta ni. Antaranya guna lace RM6 – 10 ringgit boleh dapatlah, kain murahlah, baju indah khabar dari rupa, etc.
Bila terpandang je komen-komen kata pasal kain nih, mata aku terus segar aih. Bab kain ni saya memang pantang sikit. Sebab saya tahu jenis2 kain yang memang best dan berkualiti untuk dijadikan baju atau tudung.
Macam artikel sebelum ni saya ada ulas tentang Beza Material Chiffon Crepe Dan Chiffon Satin.
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 2

Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco

Hah, apa lagi. Memang terus siap-siap zass ke Tesco cari baju Che Ta ni hah. Sampai kat Tesco, saya duk lama jugak la kat bahagian baju Che Ta. Duk belek kain. 

Pegang-pegang kain, saya awal2 terdetik. Eh, ni kain crepe. Kain crepe memang best giler weh. Pastu duk belek lace, hemm lace mana yang korang duk cakap murah tu? Ada 1 lah memang nampak lace murah. Baju warna purple. Ooops.. Hihi

So, saya test pakai lah beberapa design. Kalau tak test, duk tengok tergantung atas railing baju memangla rasa tak lawa. Cuba sarung kat badan, baru nampak dan tau cantik ke tak design tuh.
Maaflah, saya test beberapa design secara percuma je dalam fitting room, sensorang. Sebab saya nak tengok mana satu design yang cantik bila dipakai. Hihi.
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 3
Baju ni malas nak test, sebab tak minat warna and design. Hehe.
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 4
Mula test baju merah. Ok, review ni tak berbayar dan saya review apa yg saya rasa memang betul2 cantik selesa.
Nah tengok design baju merah. Jangan pulak gi samakan body che Ta dengan saya pulak. Jauh lari aih. Haha!
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 5
Bahagian depan
Sarung je baju merah, ambik saiz xs pulak tu. Entah kenapa lah aku terdetik nak test saiz XS. Padahal sebelum ni saiz M. Tak sangka pulak saiz XS muat kat badan aku nih. Haha. (Maksudnya cutting baju Che T jenis besar ye adik-adik )
Try sarung pakai wehh. Sebijik ada rasa macam stewardess AirAsia okay. Entahla, maybe sebab warna baju ni kot. Haha.
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 6
Bahagian tepi
Material design baju merah dan kuning neon dari Che Ta bukan material Crepe tau. Saya tak tau nak gelarkan nama material ni. Tapi kain ni biasanya memang designer je guna untuk baju diorang. 
1st saya rasa material yang sama baju raya Rizalman kot. Tak ingatlah. Lebih kurang macam kain yang Che Ta guna. Bezanya Che Ta guna kain yang sedikit ringan berbanding koleksi Rizalman.
Dan kain Che Ta ni serius best gila. Sebab effortless. Tak perlu iron, terletak cantik dan fit cantik kat badan. One day, saya akan fabric hunting, cari kain macamni jugak. Wuhuu..
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 7
Warna ni striking gila weii, memang tak lah aku beli. Sebab warna neon. Silau mata aku. Haha.
Ok Next, baju purple ni. Ehm, design dah cantik. Tapi penggunaan lace keras mungkin tak sesuai. Sebab bila pakai, tak nampak smooth atas badan. Lace jenis keras tak ngam bila mix dengan kain crepe. Dalam gambar memang nampak cantik. Tapi luar gambar, nampak pelik.
Jujur cakap saya tak minat baju purple ni sebab lace keras. Baju lain semua jenis lace lembut. Hihi
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 8

Owh, semua design guna kain crepe (kecuali design merah dan neon). Saya rasa moss crepe kot. Kain ni memang banyak guna untuk baju dan antara material terbaik. 
Crepe ada banyak jenis dan grade. Saya kadang pening dengan macam2 nama crepe dari supplier. Cuma 1 je saya tau, saya rasa kain pun dah cukup. Saya tahu nak pilih yang memuaskan hati saya. Hihi.

Tips: pilih crepe yang serap peluh melebihi dari percent polyster. So peluh berjurai pun korang masih leklek lagi.

Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 9
Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 10
Lace ni nampak soft and kemas

Ok, nak cakap bab lace pulak. Mana korang tau lace cenggini boleh dapat RM10 semeter? Fuhh.. Paling-paling lace keras macam baju purple tu, biasanya saya beli range harga RM25 ke atas semeter kat Jakel.

Lainlah kalau korang pemborong, so maybe boleh kot dapat harga RM10 sebab beli banyak-banyak. Tu pun beli kat luar Malaysia. Tapi banyak-banyak nak watpe aih?

Anda bukan membeli produk/design baju che Ta, tapi anda membeli masa anda sebenarnya. 

Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 11

Berbaloi ke Beli Baju Raya Kain Crepe Che Ta Kat Tesco 12
Lace lembut
Sebenarnya ada 1 lagi design takda dalam ni, lace belang-belang full lining baju. Pehh, yang ni saya rasa paling tak cantik dalam banyak2 design. Hihi. 
Tapi, terpulanglah pada taste masing-masing. Korang suka yang mana? Saya beli baju merah sebab terasa macam stewardess. Alah, nak berangan kejap pun salah ke? Hehe.
Harga RM299 berbaloi dengan material dan design yang ditawarkan. Untuk design2 yang saya minat je lah. Hehe. 
Ehem, korang maybe nak baca review saya tentang Tudung Bawal Ruffle Tak Gelembung Kalau Pakai Inner Kat Dalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *