Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP

Alhamdulillah. Walaupun tahun 2020 tahun pkp, aku, Aali dan suami dapat la jugak bercuti sekejap. Kalini kami pilih untuk menginap di hotel 5 Star di Putrajaya.

Sebenarnya suami ada kursus kat hotel ni. Kursus 3 hari dan dia tak boleh kalau tak jumpa anaknya. Rindu sangat katanya. Haha.

Itu yang suami sibuk suruh aku datang menginap kat sana je.

Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 1

Bayangkanla, aku memang taknak pergi pun sebenarnya sebab memikirkan perjalanan jauh dan penggunaan kenderaan berulang alik menambahkan penat si suami.

Jarak rumah dengan Putrajaya dalam 2 jam lebih. Aku memikirkan macamana nak handle Aali dan bawak kereta jauh sangat sekiranya aku yang bawa kereta, suami pulak ke sana naik motor seperti biasa.

Rumit sebenarnya.

Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 2

Tapi pagi tu, si dia dah siap-siap tempah hotel untuk 2 malam dan call aku untuk terus ke Marriot Putrajaya naik kereta.

Aku fikir panjang jugak. Siap suruh cancel booking last minit..Haha.

Tapi, akhirnya aku setuju dan gerak ke sana waktu tengahari.

Aali dah siap mandi, makan dan aku pun da isi perut. Barulah aku gerak ke sana.

Sepanjang perjalanan, untuk hilangkan ngantuk bawak kereta, aku menyanyi je lah. Sambil ajak si Aali berjoget-joget dalam kereta. Haha.

Tapi, dalam masa yang sama aku pasang channel cartoon supaya Aali tak mengamuk dalam kereta.

Sebab aku nak memandu dengan tenang dan selamat. Itu caranya untuk leka kan Aali sekejap.

Kemudahan Taman Permainan & Kolam Renang

Sebelum buat keputusan tempah hotel Marriot ni, aku ada jugak cari hotel lain yang sediakan fasiliti mesra kanak-kanak.

Tapi, aku rasa Marriot Putrajaya sangat best untuk leka kan kanak-kanak.

Antara fasiliti yang ada untuk anak:

  • Kolam renang (ada slide simple)
  • Kiddies world (tempat permainan kanak-kanak)
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 3
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 4
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 5
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 6
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 7

Dua fasiliti tu nampak simple tapi Aali happy gila bila jumpa dua tempat ni. Haha!

Dan yang bestnya bila musim covid ni, tempat tu tak ramai orang.

Jadi, Aali bebas main ke sana sini sepuasnya.

IOI Mall Putrajaya Sebelah Hotel

Untuk hiburan dewasa pula, bagi aku ke shopping mall je lah.

IoI Putrajaya kat sebelah hotel je. Nak ke sana, naik shuttle bas yang disediakan pihak hotel. FREE.

Pergi dan balik ada shuttle bas. Senang.

Tak payah susah payah naik kereta sendiri. Jimat pun ye jugak. Haha.

Haa, kat bawah ni aku duk taram makan sushi.

Teringin pulak nak meratah sebab geram tengok banyak jenis sushi kat IOI ni.

Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 8
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 9
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 10

Breakfast Kat Hotel Je

Untuk sarapan pagi kat hotel Marriot ni. Pilihan feveret aku telur mentah masak & dumpling. Tu je.

Masakan lain kurang menepati citarasa.

Tapi, suasana sekeliling memang best gila!

Best sebab rasa tenang, relax dan rasa best je nak lepak santai sambil discuss hal-hal bisnes dengan suami kat sini.

Dah lama tak berapa nak berjalan keluar sangat sejak pindah rumah ni.

Owh!

Kat hotel ni, sebenarnya ada banyak restoran. Cumanya aku tak ke sana lah.

Sebab dah makan sakan lauk kat IOI Putrajaya. Haha!

Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 11
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 12

Boleh Kuruskan Badan Kat Gym & Kolam Renang

Kat hotel ni ada sediakan gym jugak. Bersebelahan dengan kolam renang.

So, agak-agak bosan tu. pergilah keluarkan peluh kejap.

Kalau macam aku ni, cukup kolam renang budak. Memang penat gila melayankan karenah excited Aali mandi kolam.

Sibuk dengan ayat,

“swim!…swim!”

Bila ajak balik, melalak satu hotel boleh dengar.

Bilik Luas, Selesa

Hotel ni so far best jugak. Bilik memang kemas. Ada:

  • sofa bed
  • katil king
  • bathub
  • ruangan mandi
  • seterika baju
  • bathrob
  • mesin kopi
  • tv
  • aircond
  • balkoni

Bathub memang tempat feveret Aali.

Tempat dia slide & swim. Aduhhh…

Kena hati-hati bila budak tengah lasak. Sebab bilik mandi licin.

Memang kena pantau tak lepas.

Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 13
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 14
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 15
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 16
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 17
Lega Rasa Bila Bercuti Bertiga Kat Hotel 5 Star Lepas PKP 18

Short Escape Relax & Best!

Short escape macamni walaupun sekejap tapi rasa puas dan nikmat sangat.

Yelah, selama ni suami duk sibuk kerja je. Jumpa kitorang pun jarang sebab jarak tempat kerja jauh dari rumah. Bila jumpa pun 4 jam je ikutkan..

So far, aku puas hati dengan bilik kat Marriot Putrajaya.

Aali pulak sibuk nak swim dalam bathub pagi petang siang malam. Sambil bawak bajak dia tu. Hahah.

Percutian singkat ni sebenarnya penting untuk minda kita.

Supaya kita boleh refresh balik semua kekusutan dalam kehidupan ni.

Enjoy the moment.

Latest Comments

Leave a Reply