Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel

Sabtu lepas saja lah duk gatai stay hotel 5 star kat Berjaya Times Square ni. Betul-betul sebelah shopping complex Times Square tu hah. Besar gila kot shopping kompleks ni. Pernah pergi 2-3 kali je. Sebab tak larat oi nak jalan. Rasa macam nak patah pinggang. Haha.

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 1

Tu zaman dulu la. Masa memula nak berjinak dunia fesyen tu hah. Sekarang kita tak buat bisnes fesyen sangat dah. Hehe.
Masa duk kat hotel ni rasa macam terkejut jugak sebab ada dua kemudahan yang rasanya hotel ni satu-satunya kat Malaysia yang tawarkan kemudahan camni:
1. Handy phone
2. Check out 24 jam
Tu jap lagi Dya cerita ok?

Masa Dya stay kat hotel ni, untuk makluman kalau kita duduk di bilik start dari tingkat 17 hingga 20, kita dapat extra kelebihan.

Kelebihan untuk lepak kat Club lounge. Tempat makan yang lebih eksklusif dan sesuailah untuk jumpa client bincang projek besar ke kan? 

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 2

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 3

Club Lounge kat Berjaya Times Square Hotel ni ruang agak kecil & eksklusif sedikit berbanding ruang makan biasa.

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel

Suasana pun lebih senyap & sesuai untuk kita berjumpa dengan rakan niaga lain. Sesuai juga untuk korang yang lebih sukakan suasana tenang dan eksklusif.

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 4

Dya suka gila lepak sini sambil minum teh bunga dalam teko. Sebab mengimbau kenangan masa selalu lepak kat Lucy’s Kitchen Sabah dulu. Menu teh bunga memang favorite Dya dari dulu lagi.

Sebut pasal Club Lounge ni, macam yang Dya da bagitau, hanya penghuni di tingkat 17 hingga 20 sahaja ada akses untuk masuk ke club lounge ni.

Dan Dya berpuas hati jugak dengan bilik kat sini sebab super selesa! Nah belanja sikit view dalam bilik.

Ruang Bilik Berjaya Times Square Hotel Luas dan Selesa:

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 5
2 Katil super single & ruang bilik sangat luas
Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 6
Best gila boleh guling-guling sensorang. Haha. Sistur murung sebab tidur sorang je kat bilik besar cenggini haritu

Bilik Mandi & Tandas Diasingkan

Untuk bahagian tandas, biasanya kalau ke hotel 5 star sebelum ni, tandas dan bilik mandi tak diasingkan pun. Tapi lain cerita kat Berjaya Times Square Hotel ni. Bilik mandi & bilik untuk membuang diasingkan. Sistur suka!

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 7
Ruang mandi lengkap dengan bathtub & shower
Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 8
Ruang solek dan tandas berasingan
Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 9
Ruang sangat selesa

Ada Handphone Yang Bebas Dibawa Ke Mana Saja!

Antara yang paling best kat sini, handy phone! First time Dya tau pasal ni. Dan rasanya ni satu-satunya hotel yang sediakan kemudahan handphone yang boleh dibawa ke mana saja & bebas digunakan.

Malah kalau korang nak buat panggilan ke luar negara pun boleh dan PERCUMA! Wifi & segala panggilan boleh dibuat tanpa sebarang bayaran.

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 10
Handphone ni dibawa khas dari Hong Kong
Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 11
Handphone ni hanya boleh dicaj menggunakan pengecas khas dan dipasang gps untuk kesan kedudukan handphone

Korang bebas untuk bawa ke mana saja. Gi lah shopping kat sebelah hotel ni ke, tapi security untuk handphone ni boleh kesan kedudukan korang. Malah nak caj pun guna pengecas khas. Tak boleh cucuk kat charger biasa. Hehe.

Pemandangan kat luar bilik Dya masa ni berlatarkan penjara pudu sebenarnya. Tu pun Dya tau masa husband cakap. Haha! Tak kenal tempat sebab penjara pudu dah diubahsuai untuk pembangunan ape tah.

Best Jugak Lepak 2 Hari 1 Malam Kat Berjaya Times Square Hotel 12
Pemandangan luar bilik 

Kelebihan Check Out Dalam Masa 24 Jam

Ok yang ni pun antara yang Dya suka gila kat Berjaya Times Square Hotel! Kita boleh check-out dalam masa 24 jam. Biasanya kan bila kita check-in masuk hotel, tak kirala pukul berapa, waktu check-out biasanya lebih kurang pukul 1 kan?
Tapi kat sini lain sikit. Kita boleh checkout dalam masa 24 jam. Contoh masuk pukul 3 pm, jadi keluar pun pukul 3 pm. Tapi, korang kena buat confirmation dulu dengan pihak hotel kat club premier desk okay? Kalau tak, waktu check -out biasa 12 tengahari macam biasa lah.
Urusan check in & check out boleh dibuat kat tingkat 14, di Club Lounge tu sendiri. Ada kaunter kat sana.

Kelebihan Lain Untuk Pakej Club Premier:

  • Sarapan pagi di restoran umum (Restoran Big Apple) ataupun kalau nak eksklusif boleh sarap kat Club lounge mula dari 6.30am hingga 10.30am
  • Kalau bawa tetamu, bayaran akan dikenakan jika masuk ke Club Lounge (RM58 dewasa, RM29 kanak-kanak)
  • Kemudahan WiFi PERCUMA
  • 10% diskaun untuk makanan dan minuman
  • 1 jam PERCUMA untuk gunakan bilik mesyuarat kat Club Lounge
Best kalau stay kat bilik tingkat 17 sampai 20 ni. Sebab ada banyak kemudahan disediakan. Serius weh, lepasni kalau agak-agak Dya nak meeting urusan bisnes, Dya akan pilih hotel ni je. Sebab selesa, luas & ada ruang privasi eksklusif untuk berbincang.

Kalau korang rasa nak stay pakej club premier ni, email terus ke [email protected] ataupun buat panggilan di talian +603-21178000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *