Setiap Hari Bersyukur Dengan Rezeki Bisnes Shopee

Uisy, lama rasa tak tulis kat blog ni. Sementara ada masa ni, Dya nak share perkembangan semasa Dya untuk tahun 2021.

Rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah bukakan pintu rezeki untuk Dya dari hujung tahun lepas.

Ni semua sebab TikTok lah ni! Haha!

Tapi sebelum tiktok, Dya dah start bisnes baru Sambal Garing jual kat Shopee.

Daripada seorang yang blur nak menjual kat Shopee. Sekarang alhamdulillah Dya dah faham macamana nak buat duit melalui Shopee.

Malah dah tau macamana nak bagi peluang kat orang lain jadi dropshipper barang kita guna sistem Shopee.

Ok, cerita pasal Tiktok. Kan viral sekejap influencer dari luar negara yang hari-hari duk promote makanan keto dia.

Selalu sangat video dia masuk FYP. Tapi benda yang buat viral adalah dia selalu makan Everything Bagel Seasoning.

Dari situ terdetik nak cari resepi Everything Bagel dan jual

Sebab kat Malaysia takda jual seasoning healthy yang ni.

Apalagi, grab lah peluang yang ada. Hehe.

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Allah menggerakkan hati customer untuk beli Everything Bagel Malaysia dari Shopee Dhia.

Pesaing semestinya ada. Tapi, Dya sentiasa yakin dengan rezeki yang Allah dah tentukan.

Masa awal cuba jual EB ni, Dya mula beli sikit je bahan. Dalam 200gm macamtu.

Lepastu barang jalan laju gila. Tak sampai berapa hari dah habis.

Dya gandakan kuantiti bahan. Habis jugak.

Dya triple kuantiti bahan. Sampailah sekarang ni Dya akan beli berkilo2 kuantiti bahan mentah produk. Alhamdulillah.

Kemudian, dari pos sehari satu parcel, sekarang alhamdulillah banyak dan tak pernah miss sehari pergi pos barang. (Kita pos setiap hari)

Bila bisnes macam dah ada bajet lebih sikit, Dya buat marketing extra.

Dya hirer Youtuber. And boom! Sales meningkat 2x ganda.

Tapi marketing tak boleh buat sekali je. Kena sentiasa buat dan buat.

So now, Dya dalam proses mencari influencer berkualiti untuk bantu promosikan produk Dya supaya lebih ramai nampak dan kenal.

Selain marketing, semestinya Dya perlu buat content jugak.

Especially content di TikTok.

Tapi Dya buat yang termampu buat masa ni. Biasalah, bila dah ada anak ni agak tak mudah nak siapkan kerja. Hehe.

Ada bajet lebih, Dya invest sikit beli prop untuk content video nanti.

Selain tu, Dya dah start sub Job pada orang lain. Jadi, jimat masa dan tenaga.

Database?? Uisy, database ni sangat penting. Dya dalam proses kumpul database melalui channel telegram dan Shopee.

InshaALLAH kalau dipermudahkan, Dya akan start hirer staff untuk handle office.

Semuanya start satu persatu.

Leave a Reply