Cara Dapatkan Diskaun Lebih Beli Barang Baby Branded Kat US

Bila duk servay baju baby kat Tesco, kedai baby, gm klang, tak kisahla takda brand atau ada brand macam anakku, pureen, etc. Dya perasan kualiti jauh beza gila dengan kualiti baju baby kat US.

Cara Dapatkan Diskaun Lebih Beli Barang Baby Branded Kat US

Serius lain. Sebab material kat US lebih sedap dipakai. Cotton dia lembut & sejuk je. Tetiba rasa menyesal tak beli banyak haritu. Tapi nak nyesal pun tara guna jugak. Sebab masa tak cukup nak beli baju baby kat sana. Haha!

Next time, bila travel keluar negara wajib beli kalau diorang tengah buat sale. Sebab corak berbeza dan kualiti pun tak sama dengan baju kat Malaysia.

Next target, Dya nak travel ke UK sebab kat sana lebih banyak pilihan baju dan barang branded lain. Hihi. Kat US ni tak sebanyak pilihan kat sana sebenarnya.

Jadi, macamana nak dapat diskaun lebih bila travel ke US terutamanya ke premium outlet diorang nih? 

Cara Dapatkan Diskaun Lebih Beli Barang Baby Kat LeeseBurg Premium Outlet

Contohnya korang nak beli barang baby, bukakla kat website dia. Kalau nak beli handbag ke, kasut ke, buka kat website diorang jugak. Sebab kat sana akan buat announcement berapa percent diskaun korang boleh dapat kalau walk-in shopping kat store/outlet diorang.
Jadi, sebab Dya nak beli baju baby, Dya bukak website rasmi oshkosh Kat situ ada 3 jenama berbeza iaitu carters, osh kosh & skip hop.

sale murah kat leeseburg premium outles us
Tunjuk je kupon yang korang screenshot ni. Yang ni dya klik kat oshkosh. Kalau nak beli barang kat carters, klik kat carters & snap voucer dia. Tengok dalam gambar belah atas paling kiri tu ada 3 brand berbeza. Klik kat situ.

Dan jika ada kupon diskaun korang boleh tengok kat website tu. Nanti masa nak bayar tunjukla gambar kupon tu kat kaunter untuk layak dapat diskaun lagi 25%. Hehe.

Ataupun boleh jugak masa dah sampai Premium Outlet tu, korang pergi kaunter mintak vaucer. Tapi lecehla. Baik screenshot je kat website siap-siap. Haha.

President Day Sale USA

Kebetulan masa shuben gi US tu tengah President day Sale. Wuu jimat banyak jugakla. Tapi bila convert ke duit malaysia, alah harga malaysia lebih kurang je. Cumanya baju baby kat malaysia mungkin jenama, kualiti & corak je berbeza.
Macam rompers dya buat kira-kira sehelai jatuh Usd2.6 = RM10, jumpsuit yang set ada 3pc (jumpsuit,seluar,rompers ataupun jacket,  rompers, seluar) sehelai jatuh harga Usd4 =RM16 sehelai.
Lebih kurang je rege Malaysia kan? Cuma ikutkan kat jacket & jumpsuit tu kira murah berbanding kat Malaysia. Biasanya kat Malaysia rege RM25 ke atas selai. Bergantung pada jenama baju lah.

Jadi, Dya share info ni kat korang supaya lepasni mudahla kita nak beli barang atas diskaun lebih. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *