Jumpa Jugak Corndog, Ayam Korea Sedap Kat Shah Alam

Sejak kebelakangan ni, craving nak makan corndog dengan ayam korea sedap memang lain machiiamm sikit. Hihi.

Jumpa Jugak Corndog, Ayam Korea Sedap Kat Shah Alam 1
Ni corndog ayam korea shah alam

First Dya makan corndog dekat ioi kot? Kat kedai femes tu, Chun kalau tak silap.

Tapi, masa tu macam kurang puas hati sebab cheese dia dah tak berapa nak cair sangat.

Kemudian, kali kedua makan kat Senawang. Gigih google maklumat kedai manalah yang ada jual corndog.

Yang kat Senawang..Peh! Dia punya cheese memang terbaik! Harga kat situ RM7.50. Puas hati makan hotang (kentang + full mozarella cheese).

Maaflah korang, kat Senawang Dya tak sempat nak snap, corndog nya dah habis kena ngapp!

Dan semalam pulak, sambil berjalan kat Aeon Shah Alam, craving lagi nak makan corndog.

Masa tu Dya cari dalam Aeon situ memang takda jual.

Jumpa Jugak Corndog, Ayam Korea Sedap Kat Shah Alam

Duk google akhirnya jumpa jugak kedai makan yang jual corndog.

Jumpa Jugak Corndog, Ayam Korea Sedap Kat Shah Alam 2
set ayam korea pedas saiz small

Tak banyak kedai jual corndog. Kedai yang Dya pergi ni nasib baiklah dia bukak hari ahad tu. Kedai lain tutup.

Jumpa Jugak Corndog, Ayam Korea Sedap Kat Shah Alam 3
boleh tarik cheese corndog sampai ke langit

Lokasi Kedai Jual Corndog Shah Alam

Dya terus ON Google maps ke kedai che nah seksyen 7, Shah Alam.

Laa hai, rupanya dekat deretan depan Nasi lemak Cinta Sayang tu hah. Tempat kitorang dating masa muda dulu. Haha!

Harga Corndog & Ayam Korea Shah Alam

Sampai je kat kedai, Dya terus order corndog seketul (RM10), Ayam korea 1 set SMALL (RM12).

Rating Kesedapan Corndog & Ayam Korea?

Ayam Korea –> Sedap, pedas gila! Rating 5 stars!!

Corndog –> Sedap & puas makan. Cheese banyak! Rating 5 stars

Fries –> Tawar, pedas paprika semata . Rating 3 stars

Serius puas hati dengan porsi set ayam korea tu sebab korang akan dihidangkan dengan 4 ketul ayam bahagian kepak (dibelah dua).

Rasa dia.. Fuhh, pedas beb! Memang pedas, ada manis madu jugak kat ayam tu.

Okla kan, harga RM12 dapat porsi mengenyangkan.

Untuk corndog pulak, Dya suka cheese dia boleh tarik panjang. Sedap makan masa panas-panas.

Kalau dah sejuk tak dapat tarik panjang sangat. Hihi.

Lepasni nak cuba masak sendirik kat rumah! Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *