Pembaharuan Pendaftaran FOSIM untuk kedai makan

Selain setiap tahun kena renew SSM, LHDN. Daftar premis dan daftar FOSIM pun kena dibuat.

Caranya pergi ke laman web FOSIM

Kemudian login dan tekan kat pembaharuan.

Pembaharuan Pendaftaran FOSIM untuk kedai makan 1

Nanti akan keluar borang automatik macam kat bawah:

Pembaharuan Pendaftaran FOSIM untuk kedai makan 2
no lesen pbt

Tekan renew/baharu. Nanti dah boleh print/cetak slip pendaftaran.

Pendaftaran dengan FOSIM ni perlu dipamer kat kedai. Selain sijil daftar niaga dengan SSM, MPM, resit daftar FOSIM pun perlu dipaparkan jugak

Bila ada kedai makan berpremis ataupun tiada premis (penjaja), korang wajib untuk dapatkan lesen premis perniagaan di majlis perbandaran. Dan ada bayaran akan dikenakan.

Lesen untuk premis dan lesen untuk tepi jalan adalah 2 lesen berbeza. Jadi macam Dya, kena apply dua.

Sebab kitorang ada premis dan ada warung tepi jalan depan kedai makan.

Kemudian, untuk pendaftaran dengan FOSIM ni pulak perlu dibuat setiap 3 tahun sekali.

Tahun ni dya terlupa sebenarnya dah kena renew. Dya renew lewat kat laman web FOSIM. huhu.

Untuk Lesen PBT tu korang kena apply di MPM.

Leave a Reply