Pilihan Hotel 5 Star, Tenangkan Diri Selepas PKP

Ingat tak haritu, Dya ada kongsikan percutian ringkas selama 2 hari 1 malam je kat Hotel 5 Star di Putrajaya?

Masa tu dah ada sedikit kelonggaran, boleh rentas negeri.

Apelagi, berdesup ke sana walaupun perjalanan ambil masa dalam lebih kurang 2 jam. Hehe.

Bagi Dya, waktu PKP macam sekarang ni, kebanyakan orang memang akan stress dan murung.

Sebab utama adalah terperap dalam rumah menghadap dinding setiap hari selama hampir dah nak 2 tahun. Kan?

Situasi ni memang Dya alami jugak dan faham sangat-sangat.

Dan kita memang perlu bercuti sekejap untuk redakan stress dan kemurungan tu.

Tenangkan Diri Pilih Hotel 5 Star Berdekatan

Kesihatan mental tu sebenarnya sangat penting waktu negara tengah ada Cobit.

Sebab tu bila ada kelonggaran sikit untuk keluar, Dya akan manfaatkan masa singkat yang ada tu dengan tempah hotel berdekatan dan pilihan utama semestinya jenis 5 Star.

Sebab Pilih Hotel 5 Star?

Persekitaran dia berbeza sangat.

Korang akan rasa tenang dengan dekorasi hotel yang mewah, ada banyak pilihan makanan bufet dan persekitaran selesa dan lebih tenang.

Itu baru persekitaran luar hotel.

Dalam bilik? Semestinya berbeza!

Dya pernah tempah 1 hotel yang mana tilam katilnya empuk gila!

Bila korang hempas badan, terus tenggelam kat tilam. Maksudnya lembut dan selesa tahap 7 star!

Tilam kat situ gebu gila. Letak kepala je memang terus tidur. Haha!

Aktiviti Di Hotel 5 Star:

Aktiviti bergantung jugak pada tempat yang kita pilih tu.

Macam 3 hotel 5 star kat bawah ni. Semua ada dalam list Dya dah!

Kalaulah dapat ke sana, syoknya!

Jadi, korang yang duduk berdekatan, terasa nak bercuti sekejap, boleh cuba ke 3 lokasi hotel 5 star bawah ni.

3 Pilihan Hotal 5 Star Terbaik

  1. The Datai Langkawi

Penduduk Langkawi, manfaatkan la tempat yang berdekatan korang nih.

Best gila Resort ni sebab dikelilingi pokok, dekorasi mewah, tenang dan cantik! Arghh! Rasa nak ke sana sekarang jugak!

Pilihan Hotel 5 Star, Tenangkan Diri Selepas PKP 1
percutian mewah 5 star terbaik malaysia
Pilihan Hotel 5 Star, Tenangkan Diri Selepas PKP 2

2. Hard Rock Hotel Penang

Untuk yang berdekatan Penang dan pencinta lautan, Hotel Hard Rock wajib masuk dalam list jugak.

Pilihan Hotel 5 Star, Tenangkan Diri Selepas PKP 3

Sebab berdekatan dengan pantai dan ada banyak kemudahan lain seperti swimming pool, tempat mainan anak, live band, spa, gym, dll.

3. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Bagi yang duduk di KL, boleh la cuba Staycation KL di Grand Hyatt.

Kedudukan strategik di tengah bandar KL dan berdekatan KLCC juga.

Sambil tu boleh layan pemandangan bandaraya KL sambil berstaycation.

Kuala Lumpur ni ada banyak pilihan hotel bertaraf 5 Star. Tinggal pilih mana satu korang nak.

Pilihan Hotel 5 Star, Tenangkan Diri Selepas PKP 4

Kalau Dya, benda first wajib ada swimming pool dan tempat makan bufet mewah. Hehe.

Penting swimming pool sebab bila bawak anak, untuk habiskan masa dan beli “jiwa” diorang, guna swimming pool lah. Haha!

Seharian memang takkan cukup masa untuk budak-budak.

Sebab syiok main dalam swimming pool semata. Hehe.

Untuk kita yang dewasa ni, hadiah untuk diri kena pilih hotel yang mana dekorasi best, selesa dan tenang.

Nak buat kerja pun santai dan relax je nanti.

Bila Nak Pergi Hotel Best Macamni?

Haa, tunggulah bila dah tamat PKP dan dibenarkan untuk ke kawasan berdekatan korang! Hehe.

Dah hampir dua tahun terperap kat rumah, memang kita kena cari tempat best dan eksklusif untuk perbaiki semula emosi dan mental masing-masing.

Macam Dya sendiri, secara peribadi suka dengan alam. Jadi antara 3 hotel ni, pilihan pertama Dya The Datai Langkawi.

Dya suka dengar bunyi alam, haiwan macam cengkerik, bau pokok, angin dalam hutan.

Best dan bantu tenangkan diri.

Staycation KL dan Hard Rock Penang pun ok jugak.

Kedua-dua hotel yang ni Dya dah biasa pilih sebenarnya.

Jadi, akan datang Dya nak pilih kawasan yang banyak warna hijau. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *