Ilmu baking Gluten Free Sourdough

Lepas Dhia lahirkan anak pertama, Dhia mula fokus pada ilmu baking terutamanya untuk pilihan yang lebih sihat iaitu Gluten Free Sourdough, GFSD.

Dhia dah hidekan video-video ASMR yang Dhia upload kat Channel Youtube ASMRDHIA. Ini termasuk mukbang makanan-makanan yang memudaratkan kesihatan.

Apa yang Dhia nampak bila Dhia aktif dalam bidang Gluten Free ni, rupanya ramai orang yang mengalami leaky gut, GERD, anxiety dan lain lain alergy sebenarnya tercari-cari alternatif makanan yang sihat dan selamat untuk mereka.

Dhia faham, nak elak makanan yang mengandungi gluten ni sama susahnya macam nak elak gula putih dalam makanan. Siapa yang tak teringin makan roti, biskut, kuih-kuih tradisional Melayu, kuih raya semua tu kan? Semua tu kebanyakannya dibuat menggunakan bahan yang mengandungi Gluten.

Yang paling menyedihkan, ada segelintir peniaga kat luar tu jual kuih yang menggunakan bahan yang mengandungi Gluten walaupun untuk kuih yang pada resepi asalnya tidak menggunakan Gluten (tepung gandum).

Contohnya kuih keria, apam beras, kasui, putu piring dan lain lain. Padahal kuih ni sepatutnya bebas gandum. Mungkin alasan untuk jimat bahan dan tingkatkan keuntungan.

Bagi mereka yang memerhatikan setiap makanan yang masuk ke badan, mereka mungkin tak perasan yang mereka telah memasukkan gluten ke dalam badan mereka. Kesannya badan akan mengalami radang.

Jadi Dhia wujudkan group RESEPI GLUTEN FREE ASMRDHIA dan Gluten-Free Sourdough GFSD ASMRDHIA untuk bantu sebarkan dan berkongsi ilmu berkaitan Gluten Free dan Gluten-Free Sourdough.

Alhamdulillah, Dhia bersyukur sangat sebab ahli-ahli dalam group ramai yang sama-sama dengan Dhia berkongsi resepi gluten Free dan gluten free sourdough.

Suasana camni yang Dhia harapkan. Bila makin ramai yang aware pasal kesihatan, dan pilihan makanan yang sihat maka mudahlah kita nanti mendapatkan makanan yang sihat kat luar nanti. InsyaAllah.

Owh ye, selain faceboom group, Dhia ada compilekan semua catatan, tip dan trik, cara buat Starter Sourdough dalam blog Gluten Free Sourdough GFSD. Khas untuk ilmu berkaitan Gluten Free dan Gluten Free Sourdough GFSD.

Selain tu, Dhia jugak kongsikan ilmu berkaitan makanan dan kesihatan dalam Telegram Change Your Cooking Game. Dhia nak tapau semua platform kalau boleh sebenarnya. Doakan ye.

Dhia mohon semua pembaca dan kenalan dapat support Dhia untuk teruskan berkongsi ilmu berkaitan Gluten Free Sourdough, dan Dhia memang guide ahli group yang nak bermula buat resepi yang melibatkan Gluten Free.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *