Aku Start Jaga Pemakanan Ogos 2021

Assalamualaikum korang!

Dah lama gila rasa tak menulis kat blog ni. Bukan kat blog ni je, kat blog lain dan media sosial lain pun takda update sangat.

Sejak suami accident haritu, takda mood sangat nak buat kerja-kerja online ni. Banyak termenung pun ya, selain sibuk uruskan anak ngan suami dari pagi sampai ke malam.

Waktu anak tidur pulak, Dya dah penat pulak. Macamtu la rutin setiap hari. Haha.

Selain uruskan suami dan anak, urus bisns online shopee, Dya duk layan tanam pokok tepi rumah ni ha.

Ada banyak antaranya:

  • Ulam raja
  • Kangkung
  • Kesom
  • Keladi Biasa
  • Keladi Hitam
  • Kemangi
  • Pegaga
  • Lidah buaya
  • Cekur
  • Halia bara
  • Daun bawang
  • Limau purut
  • Limau nipis
  • Selom
  • Pucuk ubi bunga
  • Bayam brazil
  • Sireh cina
  • Kelapa pandan
  • Serai
  • Sacha inchi
  • Daun kari
  • Pucuk manis
  • Pandan
  • Pisang Monyet

Bila nak masak tu senang. Petik je tepi rumah. Haha!

Semua segar-segar. Best sangat duk kampung ni. Dah puas dah duk bandar dulu. Stress dan murung sebab hari-hari ngadap dinding.

Bila duduk kampung, kita dekat dengan alam semulajadi. Banyak pokok keliling. Kan? Hehe.

InshaAllah kitorang sedang usahakan untuk miliki tanah sendiri lepasni. Mula dulu dengan 2 ke 3 ekar kawasan dekat-dekat.

Nanti dah ada kelapangan, tambah tanah lagi kat negeri Perak ke. Kat sana best!

Doakan kitorang dipermudahkan urusan untuk miliki tanah idaman.

Ok berbalik pada tajuk utama, tentang pemakanan.

Sebenarnya Dya mula jaga pemakanan sikit-sikit sejak bersalin Aali tu. Sejak Aali ada ekzema, Dya cari info tentang pemakanan yang sesuai untuk dia.

Lama kelamaan Dya pun jaga jugak pemakanan sendiri. Terutamanya bulan Ogos tahun ni.

Dya mula dengan buat intermitten fasting + keto diet

Takdala strict sangat ikut. Sebab benda camni tak boleh mendadak. Nanti kita cepat putus asa. Dya buat ikut rasa hati. Tapi terkawal lah.

Memandangkan sejak Aali kecik, Dya memang dah stop gula putih, nasi putih, tepung putih. Makanya, senang sangat lah bila Dya buat IF dan keto. Sebab Dya, suami dan Aali tak da ketagihan pada bahan-bahan tu dah.

3 tahun selepas bersalin, Dya baru tergerak hati nak buat full medical check up di lab. Untuk tahu kondisi dalaman.

Sebab lepas bersalin ada beberapa masalah yang Dya hadapi:

  • Rabun teruk
  • Sakit memulas di pinggang kanan (jarang-jarang kena tapi ada)
  • Sakit setiap kali kaki nak menapak atas lantai
  • Penat sangat walaupun buat benda simple contohnya lipat kain, basuh pinggan
  • Kerap kencing

Teringat masa berpantang dulu. Sakit pinggang memulas sangat-sangat. Dya ingatkan sebab peranakan turun ke apa. Jadi, panggil orang datang berurut. Alhamdulillah setel.

Lepas 3 tahun buat checkup, baru tahu rupanya buah pinggang bermasalah. Terkejut sebab masa dulu Dya takda amalkan apa-apa supplemen selain suplemen yang diberi klinik dan disarankan nurse. Dan Dya sangat kurang minum air.

Masa pregnant Dya ada problem hb low. Nurse suruh makan iberet high dose.

Jadi, Dya tak tau apa punca masalah buah pinggang tu sebab takda kencing manis, darah tinggi pun. Cuma high kolestrol dan asid uric tinggi.

Mungkin disebabkan pemakanan atau iberet tu? Wallahualam.

Jadi, disebabkan result yang tak memuaskan, Dya start buat intermitten fasting dan banyakkan minum air putih. Ikutkan Dya agak berat jugak tahun ni. 71 mencecah 72 kg okay! Haha!

Intermitten fasting ni kita puasa makan beberapa jam. Macam Dya, buat IF 16 jam, kadang 14 jam. Waktu last makan 6 pm, Kemudian esoknya makan semula 10 am.

Kemudian bahan masakan dan makanan dya tukar jenis lulus KETO. Tak semua Keto food pun. Dya makan jugak makanan yang gluten free dan lauk-lauk kampung yang biasa kita makan tu ha. Hehe. Kalau buat strict, mungkin lagi cepat berat turun.

Selain tu, Dya ada juga makan vitamin untuk membantu turunkan kolestrol jahat. Selain tu, vitamin tu bantu besarkan lagi saiz darah Dya. Sebab Dya ada problem salur darah macam sempit/mengecil

So far, 3 bulan hilang 7 kg! Hooray!

Lepas turun berat ni, ada perubahan pada badan. Dya tak da lagi masalah:

  • Kaki sakit bila nak menapak
  • Tak cepat mengah bila naik tangga
  • Oksigen dalam darah lebih ok berbanding sebelum
  • Kurang kencing yang terlampau kerap
  • Pinggang dah tak sakit (kadang-kadang je)

Bagi Dya, IF dan keto ni bukan diet yang perlu dibuat masa perlu je. Tapi kita memang kena buat dan tukar pemakanan jenis macamni.

Sebab bagus untuk kesihatan. Bahan yang digunakan untuk masak pun sedap jugak

InshaAllah, bila buah pinggang kembali normal, Dya akan makan gluten free food jugaklah. Sebab GF ni pun bagus juga. Untuk jaga usus kita.

Gluten Free, Keto Friendly.

Haa, dua jenis pemakanan ni bagus untuk badan kita. Jangan anggap ianya diet. Tapi ia lebih kepada pemakanan sihat dan sedap!

Korang pun perlu tukar pemakanan sihat. InshaAllah semuanya ok nanti.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *