Kenapa perlu santau menyantau sesama manusia?

Assalamualaikum semua…seperti biasa saya lambat dan tidak kerap mengupdate blog ni..huwaaa…sebabnya malas plus tengah keserabutan..huhuhu…Macam2 berlaku pada 2011 dan untuk 2012 ni semoga semuanya baik2 saja.
Mesti semua tertanya2 kenapa buat topik ni dalam blog saya??
Sebab saya rasa dah tiba masanya saya berkongsi pengalaman saya tentang perkara2 sebegini.Mungkin ada di kalangan kalian yang tidak mempercayai benda2 halus macamni. Tapi berdasarkan apa yang saya dah lihat sejak zaman persekolahan , benda2 halus memang wujud. Cuma janganlah kita terlampau ikut perasaan takut ,wutsoeva terhadap makhluk Allah ni. Sebab Kuasa Allah sangat hebat dan tiada tandingan.

Saya cerita zaman sekolah dulu k..emmm rasa skema la guna pktn ‘saya’…nak tukar moodlah..pasni guna pktn diya jek..hikhik..

masa zaman sekolah dulu kan ,mesti n wajib ada part histeria kat sekolah..betul x?? ni part paling diya sukee sekali..hahah ..tau kenapa? sebab time tu pengawas sekolah..so bila ada budak2 kena histeria pengawas kena panggil jaga bebudak ni..time tu memang hoorayyy la sebb ley ponteng kelas…hahaha..tu yg syiokk tu…tapi yang tak bestnya kan..macam biasa bila sorang kena histeria, budak lain pun akan berjangkit kena..menjerit sana sini..bg yang betul2 kena kesian jugak kat diorang..tapi ada jugak budak yang macam gedik semacam jek konon2 kena histeria..amik kesempatan..huhu..yang ni rasa meluat giler tengok…orang tgh serius diorang memain plak kan…hadoii..-_-

so biasanya ustaz atau ustazah akan ubatkan diorang ni..kengkadang tu jadi camtu sebab tak jaga kebersihan diri..dan ada jugak sebab tekanan perasaan..manala tau tertekan sebab kena tinggal ngan boypren ke, sebab tensen belajar ke..
ada jugak kes , masa tu pengawas ada kursus apa tah ek..lupelah..erk..@_@ …tapi time tu kursus kat kawasan chalet dalam hutan.. so yang lemah semangat ni macam biasa akan ada gangguan seperti biasa..sampaikan benda2 tu ikut lagi budak tu masa kat sekolah jugak..kesian sangat…tak nak cerita panjang2 tentang ni..sampai esok tak habis…diya terus ke part santau pulak…

Okay tahun lepas my mum terkena buatan orang yang tak puas hati & dengki ngan mama.. Ada ke patut die pergi tabur kaca, duri ikan,paku karat yang dah ditumbuk halus kat kawasan kerja mama..ikut mata kasar memang tak nampak…

Mama sakit selama seminggu kalau tak silap..kakinya sakit macam dicucuk2..pastu menangis,meraung kesakitan je..diya sedih sangat time tu. kebetulan diya baru balik dari China….jahat betull orang tu …ada ke patut guna santau2…diya & famly tahu siapa orang tu tapi kitorang berdiam diri ..kebanyakan hal yang berlaku kat kitorang semuanya kerana sikap dengki orang tu, buruk sangka, sakit hati ,dengki, tak tahu jaga mulut jaja cerita sana sini…tapi takpe…yang penting diya tahu diya & famly di pihak yang benar dan diya yakin tuhan akan membalas dengan balasan yang setimpal… sekarang cara terbaik kitorang tak kan memberi sebarang komen dan berdiam diri bila orang tersebut sibuk2 konon nak ambil berat atau cuba berbaik2.. Kami menjauhkan diri dari manusia yang ingin menyakiti kami… diya n famly dah tak kisah… Sakit hati mama, sakit jugak hati Diya… Mungkin mama dah memaafkan tapi urusan dia dan tuhan di akhirat kelak…

Mama berubat dengan beberapa orang dan last sekali berubat baru baik…semua cara perubatan islam dan akak yang mengubatkan ni pun menggunakan ayat2 quran untuk mengubat.Masa sesi rawatan tu diya ada sekali dan sedih memang tak dapat dibendung sangat…Tapi alhamdulillah selepas berubat mama yang dulunya susah nak berjalan, ( bergerak ke sana sini menyeret kaki, berat macam ada yang berpaut pada kaki ) sekarang mama dah boleh berjalan seperti biasa….

Cuma kenapa ye manusia ni suka guna kaedah yang menyimpang dari ajaran Islam? Kalau tak puas hati cakapla terang2, jangan bercakap belakang tanpa tahu cerita sebenar..jangan mudah buruk sangka… Ingat satu je…hidup ni ada karma..what u give is what u get back …boleh jadi makin teruk, boleh jadi makin baik..

Inilah antara pengalaman sepanjang hidup diya..dan dya yakin ramai lagi ada pengalaman sebegini..apapun kita kena sentiasa dekatkn diri dengan tuhan…semua yang terjadi dengan kehendak Nya… Jom kita sama2 bersihkan hati dari sifat2 jahat ye…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *