Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya

Terima kasih kepada pihak Perbadanan Putrajaya & Santai Travel Magazine sebab bagi can kat sis join Travelogue Escape Putrajaya 2017. Best gila!

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 1

Penginapan kami ditaja oleh pihak Hotel Dorsett Putrajaya. Hotel ni memang selesa & nampak cantik dekorasi kat dalam. Boleh rujuk artikel Pilihan Hotel Penginapan Jika ke Putrajaya.
Untuk pengetahuan semua, kat Putrajaya ada lebih kurang dalam 12 taman yang perlu korang jelajah. Fuhh. Becak ketiak nak habiskan semua taman dalam sehari weh. Besar gila kot. Ada baiknya rancang perjalanan sebaik mungkin.

Rupanya Lebih 10 Aktiviti Best Boleh Buat Kat Putrajaya

12 Senarai Taman Putrajaya:

  1. Taman Botani
  2. Taman Wetland
  3. Taman Saujana Hijau
  4. Taman Rimba Desa
  5. Taman Rimba Alam
  6. Taman Warisan Pertanian
  7. Taman Putra Perdana
  8. Taman Pancarona
  9. Taman Selatan
  10. Taman Puncak Puteri (masih belum dibuka)
  11. Taman Lindungan (masih belum dibuka)
Nak cerita satu persatu rasanya penat nak membaca sampai habis kan? Jadi, senang cerita Dhia senaraikan terus apa je sebenarnya korang boleh buat kat Putrajaya nih:

1. Sky Rides Putrajaya

Ok, kat dalam kawasan Skyrides Festival Park macam -macam boleh buat. Korang boleh nak merasa:

1. Naik Skyrides Helium balloon setinggi 120 Meter (nampak seluruh bandar Putrajaya. Paling cantik waktu malam)

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 2
Celah tali pun boleh
Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 3
Best naik belon ni. Relax & nampak pemandangan bandar putrajaya dari ketinggian 120 meter
2. Main SkyWarrior Rainforest Challenge (Peh, mencabar gila main game ni weh. Confirm korang jatuh dalam air. Kalau jenis minat tengok rancangan TV Ninja Warrior tu, hah. Bolehla try main kat Putrajaya nih. Best gila!)

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 4
Serius best gila game ni. Sama macam ninja warrior punya. Badan kena sado/stamina kuat
3. Karok kat Skystage (ehem, kalau saya dah pegang mikrofon, pempaham jelah. Stage tu saya punya sorang je. Lol. 

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 5
Feeling habis atas stage. Lantakla keluar suara pelik sekalipun, sis cuba nyanyi. Haha
4. Skycruise Tasik Putrajaya (Enjoy pemandangan kat tasik Putrajaya. Fuh, boleh jugak korang tempah untuk buat event yang fefeeling romantik atas tasik. Macam celebrate wedding, anniversary, etc)

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 6
Jom naik kapal cruise putrajaya!

Kapal cruise Tasik Putrajaya ni akan pusing kat tasik dalam lebih kurang 45 minit hingga ke 2 jam. Pakej yang mereka sediakan macam makan tengahari, sambutan harijadi, hi-tea, makan malam, etc) Kapal ni saja boleh muat dalam 76 orang.

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 7
Pemandangan waktu malam naik kapal cruise putrajaya
Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 8
jambatan seri wawasan. Ada banyak jambatan kat putrajaya (jambatan putra, jambatan seri gemilang, jambatan seri perdana, jambatan seri saujana)
Hah, ni baru cerita pasal SkyRides Festival Park je. Belum masuk lagi taman-taman lain kat Putrajaya.

Dah sibuk buat macam-macam, benda paling korang cari mesti tempat makan. Kan? So, kalau rasa nak makan sedap & ada banyak pilihan masakan, boleh cuba ke Presint 9, Putrajaya. Ada banyak jenis makanan boleh pilih. Kembong perut wey.

Makanan Malaysia Presint 9 Putrajaya

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 9
Mee udang. Sedapnya kuah dia
Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 10
Pilih nak makan yang mana dulu

Lebih 10 Aktiviti Best Ada Kat Putrajaya 11
Kacang pool johor!
Kat food court ni korang boleh balun nak makan apa saja korang nak. Dah habis makan tu, bolehla sambung jelajah tempat lain pulak. Dhia akan cerita dalam artikel seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *