Macamana Aku Kendali Mereka Yang Negatif & Tak Matang

Tetiba aku rasa macam dapat tempias cam retis pulak bila ada haters. Haha! Kalau 4 tahun lepas, aku confirm akan balas balik apa yang haters buat kat aku. I mean, berperang kat FB lah. Sesi luah perasaan gituhh.
Tapi tu duluuuu….
Lepas aku selam balik diri aku sebenar, aku belajar ilmu aura & cinta kasih. Aku dah mula kenal dan faham sistem alam semesta ni. Banyak ilham/idea yang tuhan turunkan dalam fikiran aku.
Dan tak terkecuali macamana nak kendali mereka yang sentiasa berprasangka buruk dengan aku & keluarga, bercakap buruk, memaki, mengumpat, perli malah memfitnah.
Sampai ada satu tahap tu, ikutkan status haters ni, kalau orang biasa tengok memang rasa nak bawak parang tembus masuk rumah haters. Tapi aku cool lagi. Lek je.

Macamana Aku Kendali Mereka Yang Negatif & Tak Matang

Sebab aku takda dah perasaan marah dengan kesemua reaksi buruk masyarakat pada aku. Aku balas balik dengan senyuman. Aku bereaksi seperti biasa macam takda apa pun yang berlaku.
Walaupun ikutkan kata-kata haters ni memang panasss sebenarnya. Tapi aku redha & sabar.
Macamana Aku Kendali Mereka Yang Negatif & Tak Matang 1
Aku sebolehnya cuba menyebarkan cinta kasih pada semua orang. Sekiranya orang cari masalah, maka problem tu adalah dalam hati & diri mereka sendiri. Bukan aku. Dan aku tak peduli lagi dengan masalah orang lain.
Kerana efek kesemua sikap negatif seperti yang aku sebutkan kat atas akan memakan tuannya sendiri. Cepat atau lambat akan ditentukan time by time.
Dan aku sentiasa doa supaya semuanya baik-baik saja. Aku cuba sedaya aku untuk neutralkan energi negatif kebanyakan orang dengan berdoa. Selebihnya, aku serahkan pada yang atas untuk setelkan mereka. Hehe.

Aku doakan yang baik-baik je. Kerana benci lawannya adalah cinta.

Hidup ni hanya sekali & tujuan kita hidup adalah untuk mengenal siapa diri kita, siapa tuhan & membantu seramai orang yang boleh. Kita kena menggembirakan ramai manusia di muka bumi ni.
Barulah segala yang kita buat besar maknanya. Dan akan membahagiakan rohani kita dalam diam.
Itu fokus utama aku. Dan untuk haters, semoga kalian akan diberikan hidayah & terbuka mata hati untuk menerima kebenaran serta memperbaiki diri sendiri sebelum meninggalkan jasad ni.
Aku tidak bersembunyi/hipokrit guna nama agama/kata2 agama untuk menasihati orang. Aku gunakan ilham yang tuhan beri pada aku. Kesedaran aku sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *