Perlu Atau Tak Beli Simkad Kat US Untuk Mudah Berkomunikasi

Tak payah susah payah beli simkad kat US. Sebab harga satu simkad jenis T Mobile USD60 kat 7eleven.

Kalau kapasiti data banyak gila macam kat Malaysia oklah jugak.

Ni dapat 500mb je weh. Peh. Mana cukup!!! (Dya jenis heavy user internet. Haha)

Perlu Atau Tak Beli Simkad Kat US Untuk Mudah Berkomunikasi

PERLU ATAU TAK BELI SIMKAD KAT US UNTUK MUDAH BERKOMUNIKASI

Tapi yang bestnya kat US ni, bila pergi ke mana-mana mall macam walmart, target, leeseburg premium outlet, nordstrom dan sebagainya, kat sana berlambak wifi FREE.

Jadi, tak perlu risau bab Wifi bila nak shopping.

Cumanya Dya hanya dapat berhubung melalui internet hanya bila shuben kat kawasan hotel ataupun mall saja.

Dya sebenarnya terlupa nak buat research pasal bab telekomunikasi kat US ni. Yelah, dah sibuk research nak shopping je kan.

Sebab Dya ni sejenis bila nak travel akan kaji dari A to Z.

Termasuklah masa ke China & Vietnam dulu.Dya prepare plan B camana kalau kita tersesat? Nak guna maps apa kalau takda internet? Nak berkomunikasi macamana, etc.

Semua ni penting gila-gila bagi Dya. Sebab in case berlaku apa-apa, kita ada exit plan.

Ada 2 benda Dya terlupa nak sediakan untuk shuben sebelum dia fly ke US iaitu exit plan & traveller charger. Serius lupa weh. Bila dia da sampai sana baru teringat & cepat-cepat tanya dia.

Nasib baikla ada kawan dia bawak traveller charger jugak. Haha.

Kesimpulannya tak perlu risau kalau korang tak langgan wifi yang ditawarkan kat Malaysia. Dya ada dengar kena bayar 200+ kot untuk penggunaan wifi unlimited kat luar negara. Tapi tak ingat apa namanya.

Tu yang Dya cakap tak perlu risau tentang wifi sebab kat Amerika ni merata wifi bila kita gi tempat shopping diorang. Tapi, berhubung melalui whatsapp je lah. Fb ke kan.

Cumanya kalau korang nak lebih selamat boleh je korang langgan wifi yang unlimited tuh. Yang bab ni nanti Dya kaji balik sebab lupalah apa namanya. Haha!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *