Persaingan 6 Kumpulan Di Festival Teater Malaysia 2016 Kedah

Persaingan 6 Kumpulan Di Festival Teater Malaysia 2016 Kedah 1

Untuk peminat Teater kat luar sana. Nak bagitau ni, 20 hingga 26 November 2016 akan berlangsung Festival Teater Malaysia kat Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kedah.

Persaingan 6 Kumpulan Di Festival Teater Malaysia 2016 Kedah 2

Persaingan 6 Kumpulan Di Festival Teater Malaysia 2016 Kedah 3

6 Kumpulan Akan Bersaing Dalam Festival Teater Malaysia 2016 Di Kedah

Seramai 6 kumpulan dahpun terpilih untuk pertandingan Teater tu nanti. Dan 6 kumpulan tersebut dipilih daripada senarai pemenang Festival Teater Negeri 2015. Antara 6 kumpulan yang tersenarai ialah:

  1. Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri (Perlis)
  2. Gabungan Seni Warisan Anak Pinang (Pulau Pinang)
  3. Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor
  4. Stage Production, Universiti Malaysia
  5. Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan
  6. persatuan Seni Persembahan Sifar Kuching Sarawak
Persaingan 6 Kumpulan Di Festival Teater Malaysia 2016 Kedah 4

Tujuan festival teater ni dibuat untuk meriahkan lagi industri teater kat Malaysia & bagi peluang kat persatuan teater pamer bakat & kepakaran mereka dalam bidang teater.

Bukan senang tau nak berlakon teater ni. Ada satu teater Dya tengok rehearsal, kena buat berulang2 & ada pelakon teater cakap. Diorang bukan sekadar hafal dialog/skrip untuk watak sendiri. Tapi,  watak orang lain pun diorang kena hafal. Sebabnya mudah untuk ganti watak apa2 in case ada problem ataupun nak sesuaikan dengan keadaan masa persembahan.

Festival Teater Malaysia ni antara inisiatif dari JKKN (jabatan kebudayaan dan kesenian negara untuk memartabatkan industri teater kat Malaysia. 

So, korang yang minat teater pergi serbu ramai-ramai kat Kedah sana okayh? Sebab lakonan diorang best gila! Rasa macam tak puas hati bila haritu tengok teaser je masa sidang media. Tak puas hati sebab cerita yang mereka sampaikan hanya 1/3 jer masa tu. Hihi. Nak tengok full korang boleh tengok info kat bawah:

Tarikh: 20-26 Nov 2016
Lokasi: Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah
Masa: 9am – 10.30pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *