Piknik BBQ Luar Rumah Waktu Lockdown

Mmmm..bila dah kena lockdown ni, confirm ramai rasa murung,stress tak dapat keluar rumah.

Terutamanya anak-anak kan? Fitrah manusia sentiasa keluar untuk hirup udara sedar, grounding terus ke tanah, bermain dengan alam ciptaan Allah ni.

Piknik Sambil BBQ Tepi Rumah

Tapi, walaupun lockdown, bukan bermaksud anak, kita kena kurung tanpa berjumpa dengan alam.

Macam Dya, beruntung sebab tinggal di kawasan kampung yang penuh kehijauan pokok.

Macam-macam boleh buat di kawasan persendirian ni.

Salah satunya, ni lah. Piknik tepi rumah. Hehe. Gigih mintak bantuan adik ipar simen tepi rumah untuk buat tempat lepak beramai-ramai.

Dah siap dah pun.

Kitorang siap beli kolam panjang 3 meter buat mainan Aali.

Ruang tepi ni boleh buat tempat camping, piknik, BBQ, movie night sambil tengok bulan, bintang, awan.

Kalau korang duduk kawasan perumahan pun boleh je buat macam ni. Beli kolam seketul, setel. Budak akan ralit main pagi sampai petang. Haha!

@asmrdhia

Tak dapat keluar kemana², piknik tepi rumah dengan famly #fypシ゚viral #fypmalaysia🇲🇾 movie night dengan cik ponti..🤣

♬ Acoustic sentimental loop with a sad atmosphere – Susumu Nagatomo

5 Aktiviti Tepi Rumah Untuk Anak

Plan nya, antara 5 aktiviti tepi rumah akan dibuat:

  • Piknik
  • BBQ
  • Camping
  • Mandi kolam
  • Tengok wayang

Tu antara plan tepi rumah. Syiok!

Kalau rumah korang takda pokok, dah boleh dah tu mula tanam pokok-pokok hijau.

Sebab pokok ni bagi nafas segar. Hasilkan oksigen untuk kita hirup setiap hari.

Pokok jugak bantu redakan masalah kemurungan dan stress. Kita saling memerlukan.

Kita keluarkan karbon dioksida, perlukan oksigen.

Pokok hirup karbon dioksida, kita hirup oksigen.

Saling melengkapi. Fitrah semulajadi sejak azali lagi.

Piknik BBQ Luar Rumah Waktu Lockdown 1

So, apalagi. Aali dah pun 3 tahun bulan ni. Celebrate sekali dengan birthday nenda dia. Lahir bulan yang sama.

Menu birthday pun simple je. Kek saya buat kek buah sebab pilihan sihat untuk budak-budak berbanding beli kek biasa.

First time buat kek buah, tak sangka budak-budak suka sangat!

Habis licin buahnya. Haha!

Tapi planning awalnya nak buat kek buah bentuk lain. Tapi yang jadik bentuk lain.Hehe.

Next plan kitorang nak buat tempat aktiviti lasak budak ni. Ala-ala ninja warrior.

Memandangkan Aali sejenis yang lasak & aktiviti outdoor boleh melekakan dia sepanjang hari.

Tu serba sedikit idea untuk habiskan waktu PKP kat rumah dengan anak-anak.

Kita tak boleh kurung anak dalam rumah 24 jam. Sedangkan kita yang dewasa ni pun murung hari-hari mengadap dinding depan belakang. Apalagi budak-budak yang fitrahnya fasa nak bermain 24 jam?

Habis je PKP, cadang nak ber “me time” kat Hotel 5 star jap. I need to relax and enjoy too. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *