First Time Buat CT Scan Kat Hospital!

Sebenarnya tak pernah lagi seumur hidup buat ct scan kat hospital. Ni lah first time nak buat. Hehe.

Alhamdulillah, sejak kecil Dya ni sejenis jarang ke klinik atau hospital. Jarang demam pun ya.

Tapi, kalau korang follow artikel Dya yang lepas, Dya ada cerita tentang tukar pemakanan kan?

First Time Buat CT Scan Kat Hospital! 1

Sebenarnya, rasa sakit kat bahagian perut kanan sejak lepas bersalin, waktu berpantang tahun 2018. Masa tu takda ON apapun supplemen.

Cuma Dya kurang minum air sebab ikut cakap orang. Adeh.

Dan start buat full checkup kat lab bulan Ogos 2021. Result buah pinggang kurang memuaskan.

Punca? Tak diketahui. Gigih la lepastu ke hospital gomen untuk cek pinggang.

Dah buat ultrasound cek buah pinggang semua ok. Takda sebarang batu karang, tersumbat atau apa.

Kencing manis, darah tinggi, jantung semua takda masalah.

Sebab tu Dya pelik sangat-sangat sekarang. Punca tak diketahui.

Ke sebab kolestrol & asid urik yang tinggi peyebabnya? Result ni memang tinggi dah lama, sejak sebelum mengandung lagi. Hehe.

Kemudian beralih pula hal sakit kat bahagian depan kanan pinggang ni.

Doc gomen cakap mustahil sakit buah pinggang kat depan..Sebab buah pinggang kat belakang. Masa tu Dya dah blur.

Ke peranakan Dya bermasalah sebenarnya?

Sebab masa first time sakit tu, panggil tukang urut terdekat untuk urut. Alhamdulillah ok. Tapi, peranakan jadi tinggi pulak. Urut pun agak kuat dan sengkak tinggi.

Dya ni memilih tukang urut. Tapi waktu tu takda tukang urut yang sesuai berdekatan. Dah terdesak sakit, Dya mintak je tukang urut biasa urut.

Kesannya peranakan macam problem sikitla sampai sekarang.

Cuma Dya buat dunno selama 3 tahun.

Tahun ketiga tu macam ketara sangat sakitnya. Tak boleh baring mengiring sebelah kanan.

Start situ, terus gi lab untuk cek dan baru tau ada masalah buah pinggang dan sakit tu takda kaitan dengan buah pinggang.

Dari result tu jugaklah, baru Dya start minum air yang secukupnya, jaga makan dan ON vitamins

3 bulan kemudian, result darah makin ok sikit. Takda dah asyik nak terkencing, dan kurang rasa sakit, boleh baring mengiring kanan.

Tapi Dya rasa macam tak puas hati dengan sakit kat tepi kanan ni.

Jadi, awal tahun pergi pakar sakit puan untuk cek rahim. Doc cakap semua ok. Rahim cantik takda masalah.

Sambil-sambil tu, ada jugak Dya tanya pasal PCOS. Kalau yang belum tahu, dulu sebelum dapat Aali, Dya ada PCOS.

Tahun 2021 period kembali ok. Awal tahun 2022 cek, alhamdulillah dah takda PCOS! Happy!

Ok, berbalik pada sakit belah kanan tu. Doc tekan rasa sakit, lepas tak sakit. Dan doc cakap kena jumpa doc bahagian lain untuk cek. Antaranya apendiks.

First Time Buat CT Scan Kat Hospital!

Keesokannya Dya ke KPJ terus, jumpa doc pakar apendiks.

Masa doc tekan memang sakit.

Hari yang sama jugak decide buat ct scan untuk pastikan apendiks atau tidak

Proses CT Scan

Sebelum cek CT Scan, nurse akan cek tekanan darah tinggi, cek suhu kemudian tanya soalan sejarah kesihatan, ada allergi ke tak, sakit ckd ke tak.

Kemudian, nurse bawa ke 1 katil khas untuk kita stay sekejap sebelum ke wad.

Prosedur hospital sekarang lain dah. Tak boleh terus masuk wad selagi belum keluar result swab test

First Time SWAB TEST!

Bila dah kat katil tu, relax kejap. Nurse akan datang untuk ambik darah cek HIV & Antibodi hep b & a. Kemudian pasang branula kat tangan tu ha.

Ni kali kedua Dya kena cuk branula. First masa nak bersalin dulu. Haha!

Bezanya kat KPJ punya halus sikit dari Gomen. Jadi takdala sakit sangat macam kat gomen.

Nurse akan masukkan sekali air garam thru branula tu.

Tak lama lepastu, datang lagi sorang nurse buat swab test weh!

Ok, sepanjang 2 tahun pkp ni Dya belum pernah swab test seumur hidup.

Gigih tengok tips mdno cara swab test tak sakit. Dan tips tu menjadik!

Mula tu agak risau sakit sebab ramai rasa sakit bila swab test. Rupanya kalau teknik betul, korang takkan sakit langsung!

Cara Swab Test Tak Sakit?

Korang tak perlu mendongak kepala..Cukup angkat kepala sikittt je. Nanti masa nurse masukkan batang swab tu, akan terasa benda tu masuk terus ke tekak belakang.. Bukan ke atas hidung.

Sebab target diorang nak ambil sampel belakang tekak tu.

Kalau nak lagi clear korang gi tengok tips kat tiktok dodosentoso

Dalam 2-3 saat je setel. Fuhh! Lega sebab tak sakit langsung! TQ mdno!

Masuk Mesin CT Scan

Dalam beberapa ketika, kena masuk bilik ct scan. Sebelum scan, kena minum 1 cawan air. Rasa dia, bau dia. Ya Allah. Kembang betul tekak!

Bau macam air cengkih campur colgate.

Dya minum seteguk. Peh pahit!

Saranan Dya korang minum sekali teguk je secawan tu. Haha!

Kemudian, kat bahagian punggung pun nurse akan masukkan air yang serupa.

Dah setel yang tu, angkat tangan atas kepala dan follow arahan nurse masa mesin tu bergerak.

Sebelum start scan, nurse akan masukkan juga ubat allergy, dengan ubat ape tah. Siapa ada allergy diorang akan letak ubat tu.

Kemudian ada tambah cecair apa pun tak taula.

Cecair tu akan start masuk masa mesin scan sedang proses.

Ada waktu tu, terasa macam bau hangit pun ada.

Dalam mulut ni tiba-tiba air liur banyak. Gigih Dya telan air liur tu. Sebab dalam masa yang sama nak termuntah.

Selesai je scan, kat luar bilik doc akan suruh kita kencing. Nak sample air kencing pulak.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan kena tunggu 3-4 jam result swab test keluar.

Result okay baru boleh masuk wad. Kalau result swab test tak ok, ada wad khas akan diberi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dalam masa yang sama result ct scan pun dah keluar. Semua ok. Cuma mungkin usus bengkak. MUNGKIN.

Alhamdulillah lepas buat, takda apendiks pun! Happy tapi dalam masa yang sama rasa pelik, tertanya-tanya apa masalah sebenarnya.

Entahla. Dya masih lagi blur. Samada usus bengkak? atau peranakan prob? atau disebabkan prob kidney?

Doktor beri jawapan yang tidak pasti. Berkata kemungkinan usus bengkak. Tapi tak pasti sebab tak nampak clear sangat what happen inside.

Jadi, On Antibiotik serta masukkan air garam lah bila dah masuk wad tu.

Kena Buat Scope Dalam Perut Atas Bawah

Saranan seterusnya buat scope tengok dalam perut. Scope atas bawah!

Ingatkan nak buat minggu ni jugak. Tapi, Dya ada urusan minggu ni. Jadi, prosedur scope tu next time lah.

Minggu ni Dya nak cuba berurut semula dengan IBU NISA. Tukang urut Dya masa nak dapatkan Aali dulu.

Korang boleh baca kat artikel Aku Pregnant Selepas 6 Tahun

Moga-moga kalau problem sebenar dari peranakan, boleh selesai mengurut dengan IBU nanti.

Dya pulak sejenis suka buat kerja berat. Perempuan tak boleh sebenarnya angkat barang berat.

Tapi, kebanyakan perempuan buat kerja berat setiap hari. Peranakan boleh turun.

Menahan sakit, sakit hilang, lupa. Tapi kesannya lepas tu agak teruk.

Tapi benda yang masih jadi tanda tanya sampai sekarang, kenapa perut kanan ni problem? Sebab jarang minum air ke? Peranakan terselit ke? Peranakan jatuh ke? Atau sebab habit Dya yang kerap minum kopi mcD? (Dya hantu kopi kat mcd tu. Hehhe)

Update Selepas Berurut Dengan Ibu Nisa

Lepas berurut dengan Ibu Nisa 3 hari. Dya terkejut, sakit kat perut belah kanan tu berkurang.

Kalau sebelum ni, tiap kali tekan akan rasa sakit. Sakit dia seolah bila tekan tu ko sampai ke dinding. Haa gitu.

Ibu Nisa masa urut tu dia cakap, peranakan Dya rendah sangat dan melebar (mungkin maksud ibu peranakan aku kembang kot?)

So, Ibu urut slow perut. Tiga hari berturut urut. Esoknya tu aku terkejut kejap takda sakit dah.

Cuma kadang-kadang akan rasa sakit semula bila Dya buat kerja berat sikit. Adui.

Macam semalam, Dya start berkebun sikit-sikit macam biasa.

Tarik rumput dalam kolam, tanam halia bara (cangkul sambil duduk guna cangkul kecik), kemas-kemas kebun, tarik rumput liar.

Tak lama lepastu rasa macam sakit kat perut.

Hmm..Macamana nak berkebun lepasni? Haha! Sebab perut Dya ni sensitif rasanya. Tak boleh terlalu buat kerja yang berat dan renyah.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *