Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 1
Bukan kaki sis

Dhia seumur hidup tak pernah lagi buat rawatan bekam. Tapi, terbaca informasi berkenaan rawatan bekam kat area Seri Kembangan dan Meru. Belek punya belek, rasa macam berminat pulak nak cuba rasa kan? Haha!

Semua benda Dhia nak merasa. Tapi berpada-pada lah. Bila Dhia rasa rawatan ni meyakinkan, apa salahnya cuba berbekam kat Dr Hijama nih. 

Mama pernah buat rawatan bekam masa Dhia zaman sekolah dulu tapi jenis rawatan bekam datang rumah ke rumah tu ha. Ehh, tak taula apa rasa. Dhia dah tak ingat. Yang Dhia tau, mama cakap lepas bekam kepala rasa ringan. Sebab mak Dhia ada masalah selalu migrain. 

So, sekarang baru tergerak hati Dhia sendiri nak cuba rasa apa benda la best sangat berbekam kat Dr Hijama ni weh?

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 2
Antara maklumat yang buat Dhia tertarik, rawatan bekam kat Dr Hijama ni sebenarnya ialah klinik perubatan yang diasaskan oleh doktor perubatan. Jadi, Dhia rasa mungkin bila doktor yang handle rawatan bekam, mereka lebih pakar dalam memberi nasihat pada sesiapa yang datang mendapatkan rawatan bekam. Kan?

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 3
Dr azrinaz akan memberi konsultansi sebelum memulakan sesi rawatan bekam

Puluhan Sebab Anda Perlu Rawatan Bekam Dr Hijama 

Dr Hijama ada senaraikan 10 sebab kenapa kena berbekam:
1. Lenguh di pinggul, belikat, pinggang
2. Badan lesu, letih, cepat mengantuk
3. Selalu migrain
4. Sakit sendi terutamanya gout
5. Haid tak teratur/senggugut teruk
6. Rasa sengal kat leher/bahu
7. Tekanan darah tinggi
8. Kulit kusam/berjerawat
9. Kadar kolestrol tinggi
10. Kadar gula terlampau tinggi
Bila belek senarai 10 kat atas tu, so far Dhia tak ada masalah tu. Cumanya Dhia sejak dua menjak ni sakit perut kerap tiap-tiap hari. Pelik sebab sakit perut memulas, then hilang. Tapi, rasanya ni tak payah bekam kot? Masuk tandas je setel la. Haha.
Yang lain, mmm. badan dhia jenis banyak angin. Biasanya Dhia paling suka orang urut dan diorang sendawa. Haha. Rasa macam puas hati. So, kalau berbekam ni boleh kot buang angin dalam badan?
Kat klinik Dr Hijama ada 3 servis yang mereka tawarkan:
  1. Bekam Klinikal Dr Hijama (untuk satu badan)
  2. Bekam Kosmetik Dr Hijama (khas untuk kulit muka)
  3. Rawatan Resdung Bioherbs (untuk yang ada masalah resdung)
So, Dhia pilih NO 1! Wuu, jom tengok apa jadik lepas berbekam kat Dr Hijama.

Disebabkan tak pernah berbekam sebelum ni, Dhia ingat berbekam ni sakit. Rupanya tak langsung! Macam kena cucuk pen tumpul je. Haha. Dan sebelum rawatan bekam dimulakan, Dr akan bagi konsultansi dulu tentang bekam ni. Sebab rupanya, masih ramai tak faham fungsi bekam yang sebenar.
Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 4
Sesi konsultansi oleh Dr Azrinaz

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah

Kata Dr Azrinaz:

Untuk buat rawatan bekam, kena dari yang betul-betul pakar sahaja kendalikan. Sebab kalau salah cucuk, darah bersih yang keluar, bukan darah kotor. Dan untuk makluman darah kotor tu sebenarnya terletak di lapisan paling atas. 

Ada tiga lapisan dan kategori paling atas lapisan kapilari, kedua lapisan vein, ketiga lapisan arteri. Hah bab biologi ni sis tau ramai yang akan blur. Sis pun tak ingat pasal darah2 ni. Tapi, aahh korang dengar je lah doktor ceramahkan korang nanti kayh? Haha

Tapi bahasa mudahnya, darah yang perlu dikeluarkan adalah darah kotor yang terletak kat lapisan kapilari, bukan dari vein atau arteri. Kalau kena kat vein atau arteri, lebih baik korang pergi menderma darah. Sebab darah kat dua lapisan tu adalah darah bersih – kata doctor

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 5
bukan kaki sis. haha

Cuba bayangkan kat luar sana, darah banyak keluar masa bekam. Korang rasa tu darah kotor atau darah bersih yang keluar? Kalau silap cucuk, darah dari arteri pulak yang disedut, naya lah weh. Kalau darah bersih disedut, baik derma darah je.

So, lebih baik berbekam kat tempat yang betul-betul diyakini dan peralatan bekam jenis sterelize (Eh cemana eja entah. ) kasi bersih. Sebab kita ni berhadapan dengan darah macam-macam manusia. Hihi.


Proses Rawatan Bekam Dr Hijama
Proses rawatan bekam klinik Dr Hijama ni special sikit, sebab sebelum bekam, tekanan darah korang akan diperiksa dulu.

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 6
Cek tekanan darah 

Kemudian badan korang akan ditanda dan didedahkan dengan sinar infra red untuk mengembangkan lagi salur darah tu & ada massage cupping untuk melancarkan peredaran darah. 
Rawatan bekam angin pun akan dibuat untuk menumpukan darah di kawasan yang dah ditanda di badan dan kaki. Kemudian barulah bekam darah dimulakan. Satu kali rawatan 15 cup akan digunakan. Macam Dhia, kat badan letak 11 cup, kaki 4 cup. Proses pun tak lama. Dalam 20 minit camtu setel.

Pakej Bekam Dr Hijama:

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 7
Dya buat pakej No 3. Hasil lebih maksima & best! Sekarang tengah promosi harga kat dr hijama!

Dya pilih pakej No. 3 sebab ada infrared heat theraphy & massage cupping. Infrared ni tujuan untuk kembangkan sel-sel darah tu & massage cupping untuk melancarkan peredaran darah. Best! Sebab rasa macam diurut sekejap. Hehe.

Lepas bekam, badan Dhia agak terhuyung hayang sikit. Maybe sebab tekanan darah ke apa tak tau la tu. Haha. Tapi baru Dhia tau rupanya bekam takda la sakit mana pun kalau betul cara bekam.

Dhia buat rawatan bekam Dr Hijama cawangan Seri Kembangan. Ada dua tempat boleh buat. Nah, details tentang Dr Hijama kalau korang teringin nak rasa berbekam:

Landmark: atas mymydin

Rawatan Bekam Dr Hijama Dikendali Oleh Doktor Bertauliah 8

Lokasi Cawangan:
Dr Hijama Seri Kembangan
A-9-1 Blok A Jln PP25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, 43300 Serei Kembangan Selangor
(Landmark: atas mymydin,berhadapan Jusco Equine, berhampiran pasar borong selangor)

Dr Hijama Meru
No 21A Jln Meranti Sutera, 1/KU1 10, Pekan Meru, Klang
(Landmark: atas Penko, berhadapan NSK Meru)

Waktu Operasi (by appointment)
Setiap hari 10am-10pm (kecuali selasa)

Hotline
0136245430

Website: drhijama.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *