Hi! 


Sekarang tengah hujan kat kk, hem hem malas betoll nak masak untuk diri sendiri..Eh? Boleh pulak macamtu kann..hihi.
Dulu diya memang addicted dengan udang masak butter. Dan biasanya hanya kat restoran area sabah yang tertentu sahaja ada menu creamy butter prawn/chicken yang sedap tahap pehh! Rasa nak kasi licin kilat piring makanan tu wehh…hahaha!! Agak lama jugakla diya nak dapat rahsia buat udang masak butter yang sedap…sobs..
Dan alhamdulillah kebetulan terpandang menu creamy butter prawn kat wall fb saya..Haaa terus mintak resepi kat die kata kooo… **TQ sayang for the ohsemmmm recipe!
Dan yang paling best tahap gaban ialah?? Nak buat menu ni sangat2 senang dan ringkas!!!! Lepas je tahu tentang resipi ni, memang sampai sekarang dah tak jejak restoran2 kat sabah semata-mata untuk menu ni (dulu hakak cenggitu,yela tak berapa pandai nak masak menu udang masak butter yang perfecto! )..muehehehehe…
OK JOM LA TRY!!

RESIPI UDANG MASAK BUTTER PERFECTO 1
picture from pinterest

CLICK READ MORE FOR RECIPE
BAHAN-BAHAN

  • Udang @ ayam
  • Susu fresh dutch lady ( akak guna botol kecik,korang nak lebih pun boleh)
  • Butter untuk menumis ( agak2 jer ..hakak letak dalam 1 sudu besar sebab tamak..muehehee )
  • Tepung jagung ( sikit je 1 sudu besar @ kurang @ lebih sikit pun ok .Ni untuk kuah jadi pekat.Kalau terlebih , nanti kuah korang macam gam tak mencair kat molot)
  • Bawang besar ( ikut suka korang lah.hahaha)
  • cili padi potong dadu ( satu lori pon boleh kalau nak pedas sakit perut.hahah)
  • Daun kari beberapa helai yang engkorang suka nak letak.
  • Garam & gula secukup rasa


Cara masak
  1. Letak butter skit utk tumis bawang, cili padi n daun kari..
  2. Masukkan susu then dh menggelegak masukkan butter..garam gula scukup rasa..
  3. Masukkan udang..masak udang jgn lama2 nti lembik..Kemudian, masukkan tepung jagung.. Sila pastikan tepung jagung bancuh dlu dgn air dlm cawan ke then baru msk dlm..Letak sikit2 sampai dapat kepekatan yang korang nak..( Jangan banyak sangat nanti jadi kenyal lain cerita pulak.)
  4. Garam & gula secukup rasa
OK DAH TRY LEPASNI TAK PAYAH PERGI RESTORAN MAHAL2 DAH OKEYH? SET!! OKBAI :-p

RESIPI UDANG MASAK BUTTER PERFECTO 2
Picture from pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *