Hari keempat di Sabah, kami masih di Kota Kinabalu dan aktiviti harini nak ke Sepanggar Island, pulau yang keluasan dua kali ganda daripada pulau manukan dan ada banyak prop cantik boleh guna untuk bergambar.
Kalau korang sampai di artikel ni, jangan lupa baca Hari pertama dan ke2 ke tempat best kat Kundasang juga ok?
Kita akan gerak ke pulau dari jeti Jesselton Point.
Kat jeti ni ada banyak kaunter tiket untuk ke pulau yang kita nak pergi.
Macam kami ni, guna khidmat pakej, makanya team pakej lah yang uruskan semuanya. Senang.
Untuk aktiviti ke pulau, boleh bawak baby Aali memandangkan jarak pulau sepanggar dengan jeti Jesselton point tak jauh. Yay!
Alhamdulillah masa dalam bot Aali tak banyak meragam. Adala jugak merengek sikit.
Tapi benda paling penting kalau nak bawak baby naik bot, pastikan ada lifejacket.
Biasanya dalam bot kadang mungkin kekurangan lifejacket untuk baby.
Saranan Dya, beli siap-siap life jacket untuk baby.
Nanti nak ke pulau pun mudah dan senang. Keselamatan adalah perkara paling utama sekali.
Ringkasan artikel
Boleh Bergambar Cantik Kat Sepanggar Island Kota Kinabalu Sabah
Sepanjang 5 tahun menetap kat Sabah dulu, Dya tak pernah jejak kaki kat Pulau Sepanggar ni. Haha!
Jadi, bila dah sampai kat sini, fuhh! Dia punya prop untuk bergambar tu macam-macam uii.
Ada pelampong bentuk flamingo, kereta, untuk budak-budak pun ada.
Selain tu, ada prop buaian dalam air berdekatan tepi pantai, bawah jambatan dan buaian bawah pokok jugak.
Prop jaring kat jambatan pun ada.
Haa, pilihla nak bergaya sakan guna prop mana satu. Hehe.
Memang berbaloi singgah kat Sepanggar Island ni.
Aktiviti Best Di Pulau Sepanggar Sabah
Untuk aktiviti kat Sepanggar Island ni, antaranya seperti snorkelling, kayak, scuba diving, dll.
Makanan bufet pun ada jugak disediakan kalau korang ambil pakej sekali makan.
Pisang goreng dia sedap!
Tapi, Dya tak buat aktiviti apa-apa pun kat sini.
Yang sakan snorkelling main dengan ikan kat Pulau Sepanggar ni, kawan-kawan yang single but not available je. Haha.
Dya tak join sebab ada budak kecik yang tengah aktif ke sana sini. Tak larat nak mengejar. Hihi.
Lebih suka lepak santai bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi tiup tudung, sambil-sambil tengok laut biru. Fuhh, nyaman rasa.
Hari keempat di Kota Kinabalu, memang seharian kami di pulau je.
Bila masing-masing dah puas mandi pantai, makan kat pulau, selfie guna prop yang ada, dalam pukul 2 petang tu dah gerak siap-siap balik ke jeti Jesselton Point semula.
Perjalanan balik pun dalam lebih kurang 15 minit perjalanan naik bot laju.
Masa perjalanan balik tu agak fun jugak sebab pemandu bot bawak bot belok kiri sikit, belok kanan sikit.
Terasa meriah je masa tu. Aali pulak macamana?
Dya pegang erat Aali sepanjang dalam bot.
Yela, ni kira first time Aali naik bot laju pada usia setahun. Kecik lagi.
Kita ni je yang cuak kena berjaga-jaga.
Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuaca pun helok je kejadiannya.
Selesai seharian di Pulau Sepanggar, sampai saja di jeti Jesselton Point, kami singgah pula di dobi untuk basuh baju dulu.
Banyak baju kotor dah dalam beg tu. Dah alang-alang nak menghabiskan masa sebelum naik kapal terbang ke Tawau, kami sempat mendobi di Cyber City.
Tempat Makan Sedap Di Kota Kinabalu
Sementara nak menunggu baju siap dibasuh, singgah di rumah makan coto makassar asli cybercity, kepayan, Kota Kinabalu.
Awalnya, masing-masing nak ngeteh je memandangkan dah makan tengahari di laut tadi.
Tapi, alih-alih semua order makanan jugak sebab masakan kat kedai tu sedap gila!
Menu Rumah Makan Coto Makassar Cybercity Sabah
- coto makassar asli
- coto makassar ayam
- coto makassar daging
- coto makassar campur
- soto kaki ayam
- coto makassar double special ayam/daging
- nasi ayam makassar
- nasi kuning ikan tenggiri
- nasi kuning ikan tuna
- nasi kuning ikan putih
- nasi kuning ayam goreng
Macam Dya, order soto ayam je untuk Aali.
Yang lain order coto makassar special, coto makassar kaki ayam , nasi kuning.
Semuanya sedap!
Korang boleh baca kat tempat makan best sabah. Highly recommended tahap 5 bintang Dya bagi. Hehe.
Selesai makan, selesai basuh baju, kami terus gerak ke airport.
Dekat je airport dengan Cybercity ni.
Malam Hari Keempat Di Tawau
Jarak Kota Kinabalu ke Tawau memakan masa lebih kurang 40 minit sahaja.
Tak terasa pun masa dalam flight. Tau-tau je dah sampai.
Kami pilih untuk naik kapal terbang ke Tawau sebab lebih jimat masa dan tenaga.
Kalau korang terfikir untuk naik kereta je dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Saranan Dya, lupakan.
Sebab azab jugak duduk dalam kereta 8 jam baru sampai ke Tawau.
Dya dah pernah merasa dulu. Fuhh, kematu punggung jangan cerita lah. Dengan jalan rosak lagi, berbukit-bukit.
Memang penat sangat kalau memandu kereta terus ke Tawau.
Jadi, kalini naik kapal terbang je lah. Easy peasy.
Makan Tempat Best Di Tawau
Sampai saja di airport Tawau, kami pilih untuk sewa kereta pulak.
Senang nak gerak ke sana sini.
Tawau ni syurga makanan Sabahan dan untuk pencinta makanan, korang wajib ke Tawau.
Hari keempat di Tawau, kami singgah makan di kedai Noona.
Korang boleh cuba menu sabahan iaitu Yam Yam.
Pilih pelbagai jenis bebola, kemudian akan digoreng.
Seterusnya, boleh makan bebola tu dengan sambal yang disediakan bersama mihun goreng.
Check In Hotel Heritage Tawau
Selesai makan, kami gerak terus ke hotel pilihan.
Malam pertama di tawau, kami terus check in di Heritage Hotel.
Puas hati bermalam di hotel ni sebab luas, selesa dan berdekatan dengan tempat makan.
3 Aktiviti Best Di Tawau
- Food hunting makanan sabahan
- Ikan kering, Amplang murah berbanding di KK
- Banyak pulau cantik di Semporna
Dya hanya buat 2 aktiviti sahaja kat Tawau iaitu food hunting & borong ikan kering serta amplang.
Pulau Dya tak join sebab tak sesuai untuk bawa baby ke Pulau sekitar Semporna.
Sebab jarak jeti ke pulau sangat jauh. Makan masa sejam dua jugakla.
Boleh baca seterusnya Pengalaman Hari Ke-5 dan Ke-6 Di Tawau
[…] Sambung cerita kat Hari Ke-4 di Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu Cantik MashaAllah […]
assalamualaikum, izin mintak gambar utk assigment
boleh ..tapi nanti kreditkan blog ya.. ^_^
[…] baca percutian kat Pulau KK, Sabah. Best […]