Beli Sistem POS Kedai Makan Murah Tak Sampai RM300

Mak Dya ada kedai makan kat pagoh. Tapi, biasalah, tak bersistem sangat. Sistem POS pun takda. Semua transaksi tunai semata. Tiada urusan bank.

Tapi, Dya sebagai anak cuba untuk takeover sikit demi sedikit.

Ikut hati rasa nak tukar semua sistem kedai. Tapi, pempaham je lah, orang tua biasanya kurang berani untuk cuba sesuatu yang baru. Huhu.

Jadi, aku buat sikit..sikit…

Bukan senang nak ambik alih dari orang tua sendiri..hahah!

https://twitter.com/dhiavivadea/status/1247089479514374144

Tukar Nama Syarikat Kedai Makan

Mula-mula aku tukar syarikat. Daripada enterprise, tukar ke PLT.

Sebab?

Enterprise tak dikira sebagai syarikat. Dan ianya tak boleh diwarisi.

Dalam masa yang sama, takkan kita tiba-tiba nak tukar Sdn Bhd kan? Sebab kedai makan ni pun belum cukup kuat jualannya. Masih tunggang langgang.

Jadi tahun 2016, alternatif terbaik adalah dengan gunapakai syarikat PLT.

Yang menariknya syarikat PLT ni kita tak perlu rumit sangat. Tiada audit.

Yelah, lagipun sales kedai makan mama ni berapa lah sangat. Tapi takpe, kita kasi setel satu persatu dulu.

Transaksi Akaun Kedai Guna Sistem Online Niagawan

Setel tukar kepada syarikat PLT, urusan akaun aku guna sistem Niagawan.

Sebenarnya Dya ada cuba lantik akauntan freelance untuk uruskan akaun kedai mama

Sebab bila kita tukar kepada syarikat PLT, kita kena hantar laporan kewangan syarikat setiap tahun dan buat bayaran RM200

Tapi, akauntan tersebut bermasalah. Jadi, dari situ Dya cari alternatif untuk buat akaun sendiri.

Walaupun tak berapa lengkap, tapi, aku cuba.

Daftar Cukai LHDN Syarikat dan Peribadi

Kemudian, tahun 2018 mula daftarkan cukai untuk syarikat serta peribadi.

Aku bukan pakar pun bab cukai. Memang confirm ada yg salah dalam report tu.

Nak hire akauntan, kedai tu tak mampu nak bayar lagi. Jadi, aku buat semua sendiri.

In future baru akan susun semula dengan akauntan.

Sebab sekarang Dya tengah sibuk dengan kerja sendiri.

Untuk kedai mama, Dya hanya tolong yang termampu.

Untuk LHDN, ada 3 jenis kena hantar tiap tahun iaitu:

  • Borang B (Peniaga)
  • Borang E (Majikan)
  • Borang PT (Syarikat PLT)

Kemudian, kat SSM kena hantar laporan kewangan setiap tahun dan bayar RM200

Pembaharuan Kedai Tahun 2019

Tahun 2019, aku buat pembaharuan lagi untuk kedai mama.

First, tambah produk runcit untuk tarikan kedai:

  • Aiskrim gemok
  • Air Tin
  • Cendol

Tiga produk ni, tujuan untuk penarik. Bukan menarik untung duit semata

Sales agak laju jugak. Alhamdulillah.

Dan dari duit sales tu, guna untuk tempah:

  • Apron khas
  • Sarung tangan

Tujuan untuk SOP kebersihan kedai. Ada banyak lagi kena buat berkaitan SOP kebersihan ni.

Antaranya kena tukar tempat display lauk, sistem order dan bayaran, susunan kedai dan renovation kedai.

Tapi, Dya buat semuanya sikit demi sedikit dahulu.

Sebab Dya tak pegang duit sales kedai. Jadi, benda ni agak sukar. Sebab..bukan senang weh nak sukahati ambil dan kawal duit sales dari mama ni. Haha!

Sistem POS Kedai Makan Tak Sampai RM300 Pun

Disebabkan sales 3 produk kat atas tu tak mencukupi, Dya guna duit modal sendiri untuk buat pembaharuan sistem.

Tahun 2020, Mulanya ingat nak pakai sistem POS lengkap. Tapi, bila fikir2, untuk sementara ni guna yang termurah dahulu.

Kat gambar bawah ni guna mesin printer kecil jenis thermal. Maksudnya tak perlu pikir dah pasal dakwat printer.

Automatik print atas kertas sebab guna kepanasan. Eh tak pandai nak explain.

Senang cerita, tak perlu topup dakwat. Hanya topup paper roll tu je.

sistem pos kedai makan murah
Mesin Print resit murah
sistem pos kedai makan murah
mesin cash register

Untuk mesin cash register ni, boleh connect dengan PC. Jadi, korang boleh guna stail macam kat kedai yang mana mesin terbuka sendiri bila customer buat pembayaran

Dya guna sistem termurah, asalkan kita ada sistem yang kemas.

Sistem mesin print ni simple je.

Customer Order –> kita key in produk guna handphone –> print out resit kat mesin printer tu –> customer terus bayar

Benda ni memudahkan sebab dapat:

  • Jimat masa tak perlu kira guna kalkulator
  • Tak perlu pening fikir berapa harga item yang dipesan tu (Sebab kadang akan lupa harga)
  • Tak perlu dah pergi ke meja customer untuk kira makan apa
  • Customer tak sentuh lauk mahupun nasi dalam tray (semua peniaga yang sediakan)
  • Takda masalah lagi bila lupa customer order menu apa, sebab kat resit dah tulis siap2
  • Resit tu penting utk rekod sales harian kedai

Mudah kan? Ni paling simple bagi Dya.

Nanti bila dah takeover sepenuhnya, Dya akan guna pakai sistem POS yang lengkap.

Mesti ada yang fikir,

“Kenapa la ko tak terus tukar je semua dari awal lagi?”

“Kenapa ko tak plan cantik untuk kedai tu?”

Sebabnya ada 2.

Satu, aku duduk jauh dari kedai tu. Sebab komitmen pada suami yang bekerja kat Putrajaya.

Jadi, aku cuba yang termampu jelah.

Dua, sebab bila aku usulkan untuk ubah. Fuhh… Pempaham je lah bila berlaku penolakan demi penolakan. Haha!

Tapi, memandangkan tahun ni aku dah buat keputusan drastik untuk berpindah ke kampung. Makanya, banyaklah plan aku untuk takeover kedai tu nanti.

Tak boleh takeover keseluruhan mendadak, sebab orang tua2 biasanya ada sikap risau dan tak berapa yakin dengan idea dari orang muda.

Tapi, aku cuba sampai dapat.

6 Comments

  1. Assalamualaikum Puan Dhia..
    Saya Encik Zul, 27 dari Puchong..
    Menarik sungguh info yg diterbitkan di blog ini.. Saya teruja membacanya… 😍😍
    Saya akan datang nak membuka sebuah kedai kosmetik kecil di kawasan perumahan saya.. Kedai tu berkonsepkan VENDOR SHOP.. Dalam 1 kedai tu ada 3~4 vendor kecil yg akan berniaga di situ..
    Saya akan menyewa 1 slot/ kawasan untuk berniaga..
    Saya berminat nak jual barang2 kosmetik dan barangan kesihatan..
    Jadi sekarang saya sedang mencari POS MINI (Point Of Sale) / System Tunai Juruwang yg MURAH2 / ASAS je untuk permulaan…
    Boleh Puan terangkan sedikit mengenai SISTEM yg Puan guna tu..
    Boleh Whatsapps saya di 0183758586
    Terima kasih banyak..

  2. Pakai loyverse system , percuma je download dll dari apps store atau playstore cuma kena guna tab atau ipad connect pada mesin duit n mesin resit yang sis dah beli tu… jimat murah free system..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *