Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka

Hujung minggu, suami dah ajak siap-siap nak bercuti semalaman. Tinggal pilih tempat.

Aku pulak malas nak berjalan sebenarnya. Percutian kalini pun buat keputusan last minute. Hehe.

Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka

Kitorang pilih untuk bermalam kat Hotel The Shore Melaka.

Sebab ada playground in pool. Macam biasalah.

Sebenarnya banyak tempat best kat Melaka ni. Sebelum ni ada bercuti kat Chalet Puteri Qashrina. Best jugak!

Dya tak pernah lagi menginap kat The Shore ni. Biasanya bawak anak pergi tengok oceanarium kat mall The Shore.

Eh, rupanya boleh tahan best jugak kat sini.

Nah, tengok video kat bawah dulu:

Benda paling best bila dapat menikmati pandangan bandar Melaka dari tingkat 35 hotel. Fuhh, gayat ok!

Ruang Bilik Luas Siap Balkoni

Ruang bilik kat The Shore ok jugak. Luas. Cumanya takda bathub dalam bilik air.

Nak tak nak, memang kena angkut budak kecik ni main swimming pool sampai petanglah jawabnya.

Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 1
bilik the shore
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 2
ada ruang balkoni

Dari tingkat 35, boleh nampak sebahagian bandar Melaka. Cantik gila! Nampak rata je laut tu kan.

Gambar bawah ni, kalau tengok dengan mata. Fuhh, rasa gayat. Rasa macam bangunan bergerak pun ada.

Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 3
pandangan dari atas balkoni
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 4
pandangan waktu siang

Tempat Makan Pilihan Sekitar Melaka

Walaupun percutian sekejap je. Sempat jugaklah cuba rasa makan kat beberapa restoran berbeza.

  1. Restoran zahrin
  2. Nasi ayam baba
  3. Restoran pak putra (naan cheese)

So far, restoran pilihan semestinya restoran zahrin sebab banyak pilihan makanan kat situ. Hehe.

Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 5
makan naan cheese kat Pak Putra

Kalini Dya dan suami cuba makan tempat baru. Sebelum ni asyik tempat yang sama je.

Mesti dan wajib makan coconut shake viral.

Kalini tukar angin pulak.

Alhamdulillah kenyang makan. Cumanya Naan Cheese & nasi ayam kat Melaka tak boleh lawan yang kat Sabah.

Kalau korang ke Sabah. Peh, padu gila makanan diorang.

Aih, rindunya nak balik Sabah!

Playground Best Kat Swimming Pool

Kat sini ada dua jenis swimming pool dan diletakkan di kawasan berasingan.

Ada pool khas untuk dewasa & pool khas beserta playground untuk budak-budak.

Teringin jugak nak berenang masuk adult pool.

Tapi, pempaham je la kalau dah bawak budak kecik. Tak da can nak ber me time sangat okay? Haha!

So, nah ni gambar sekitar swimming pool budak-budak.

Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 6
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 7
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 8
bangunan berkaca tu gym
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 9
Aali dah menggigil tapi takmo naik bilik
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 10
Swim! Swim!

Singgah Pantai Klebang Main Layang & Tiup Bubbles

Keesokan harinya, kitorang singgah sekejap kat Pantai Klebang.

Saja ambik angin kat sana.

Pantai Klebang kurang biru. Tak menarik macam pantai lain. Tapi, boleh lagi buat tempat untuk budak-budak main.

Aali paling suka meniup belon sabun dia tu ha.

Bonda dia pulak sibuk main layang-layang.

Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 11
Layang-layang wajib bawak ok? Kat Klebang takda orang jual
Bawak Anak Bercuti Semalaman Kat The Shore Melaka 12
Tengokle kat tangan dia dah siap dengan apa

Dah penat berpanas kat pantai. Singgah makan nasi ayam dan balik.

Dya paling suka berkelah tepi air terjun.

Haritu baru je camping kat Takah Pengkoi. Best gila!

Leave a Reply