Hari ketiga kitorang dah bersiap untuk trip percutian ke Tenom pulak. Best gila sebab harini kitorang akan pergi singgah ladang kopi.
Dya memang peminat kopi tegar terutamanya kopi robusta.
Jadi, peluang untuk ke ladang kopi ni memang dah lama Dya tunggu-tunggu.
Ringkasan artikel
Best Gila Trip Percutian Ke Tenom Sabah
Itinerari Hari Ketiga Di Tenom Sabah:
- Fatt Choi Tower
- Ladang Kopi
- Muzium Antanom
- Yong Farmtay
- Bongawan
- Check in hotel
Kat Tenom ni yang specialnya kita boleh lawat ladang kopi, muzium Antanom, Yong Farmstay dan waktu malam ke Bongawan tengok kelip-kelip.
Tapi untuk Yong Farmstay Dya tak rekemen untuk korang. Sebab harga mahal dan kat dalam tu takda haiwan yang menarik.
Mungkin pihak Yong Farmstay belum siap renovate tempat diorang kot.
Jadi, Dya share dengan korang tempat yang best je lah ok?
Hari Ketiga Di Fatt Choi, Tenom Sabah
Hari ketiga ke Tenom masing-masing bangun agak lewat sebab semalam aktiviti kat Kundasang kan pack. Penat masing-masing.
Lepas breakfast kat hotel, kitorang terus gerak dalam jam 9 pagi lebih kurang.
Destinasi pertama singgah dulu ke Fatt Choi Coffee tower.
Tempat ni letaknya atas bukit & dari atas ni korang boleh enjoy pemandangan dari atas bukit. Best lepak.
Tapi, kalau waktu pagi & tengahari panas lit-lit, tak sesuai nak lepak minum kopi atas ni.
Rentung kulit karang. Haha.
Tapi, bagus untuk bergambar buat kenangan.
Selesai kat sini, kitorang gerak ke TFC Coffee, kafe milik Fatt Choi.
Kopi kat sini sedap gila! Dah macam rasa kopi starbucks tapi lagi best sebab murah! Hehe.
Dya beli air cappucino kalau tak silap. Sekali hirup. MashaAllah sedapnya kopi dia.
Neyra & afzal masing-masing beli cake & kentang ape tah. Sedap jugak rasa dia.
Selesai kupi-kupi kat sini, kitorang gerak pulak ke kilang kopi Fatt Choi.
Kat sini kita boleh belajar cara nak buat kopi dari awal.
Belajar cara proses pengeluaran kopi tenom sabah dari A to Z.
Ni projek akan datang daripada Fatt Choi. Yang mana pihak mereka akan bawa korang untuk belajar buat kopi dari awal sampai akhir.
Ya Allah, best gila kot!
Dya memang dah lama nak tau cara buat kopi ni. Sebab dari dulu berangan ada produk kopi sendiri.
Ada banyak jenis kopi keluaran Fatt Choi. Paling Dya suka kopi orang tua. Pure coffee, kopi robusta asli.
Orang panggil macamtu sebab kopi ni kopi asli tanpa sebarang campuran, warna hitam pekat dan memang taste orang yang tua-tua suka minum.
Kalau tok nenek, mak ayah korang teringin nak minum kopi orang dulu-dulu. Haa, beli yang pure coffee macam Dya beli ni.
Tak payah tapis masa buat air kopi, sebab serbuk kopi Fatt Choi sangat halus.
Lawat Ladang Kopi Fatt Choi Tenom
Biasanya Dya tengok pokok kopi kat semenanjung, jenis biji dia besar. Tapi, rupanya kopi Fatt Choi ni lain sikit.
Dah jenis pun robusta, maka kejadiannya biji kopi ni jenis kecik-kecik je sebenarnya.
Fatt Choi hanya keluarkan kopi jenis robusta sahaja. Patutla sedap lain machiam.
Dalam melawat ladang kopi tu, sempat jugak kitorang singgah kolam arapaima kat situ.
Weh, besar gila-gila. Lagi besar dari orang.
Arapaima ni sensitif bau darah. Macam piranha la lebih kurang. Takut sis..
Muzium Antanom, Tenom
Selesai ke ladang kopi, kitorang singgah pulak ke muzium Antanom.
Sebenarnya Dya dah lupa sejarah pasal Antanom ni.
Yela, masa sekolah dulu belajar main-main. Lepastu sampai kat muzium ni terus blur. Antanom? Kenapa tak pernah dengar?
Padahal masa kat sekolah dah diajar. Haha.
Antanom ni dulu katanya pahlawan Murut yang mengetuai pemberontakan rundum dengan beribu kaum murut yang lain.
Dan ada kisah head hunting jugak masa zaman tu.
Gambar bawah ni, parang ilang yang diguna untuk penggal kepala musuh.
Selain belajar tentang sejarah rusuhan rundum dan tentang Antanom, kita boleh juga belajar tentang peralatan dan budaya masyarakat murut kat muzium ni.
Contohnya sangiang macam kat gambar bawah ni.
Sangiang ni tempat persandingan kaum murut tahol/tagol mengikut adat tradisi kampung.
Uniknya sangiang ni, ia diperbuat daripada kayu tigalis dan rotan diguna untuk mengikat kayu tersebut.
Selesai kat muzium Antanom, kitorang ke Yong Farmstay. Dya, kawan dan suami tak masuk. Kawan lain je masuk situ.
Sebab harga sangat mahal. Per entry RM28.
Pastu katanya haiwan dalam tu semua ada seekor je. Tu pun haiwan macam biawak, babi, buaya, ular sawa, dll.
Jadi, kita proceed tempat lain lah ok? Haha.
Kelip-Kelip Kg Seri Serbang, Bongawan
Ni Dya nak rekemen tempat makan sedap kat Keningau.
Sebenarnya kitorang dalam perjalanan balik dan lalu Keningau untuk makan.
Ada satu restoran ni makanan kat situ boleh tahan sedap jugak.
Menu nasi ayam penyet tiga rasa dia sedap gila! Bolehla cuba rasa nanti.
Patutnya kitorang gerak balik ke KK lepas makan. Tapi, rupanya ada satu destinasi belum pergi lah. Haha.
Lepas je siap makan, terus gerak ke Bongawan untuk tengok kelip-kelip waktu malam.
Ok, kat sini dya tak ikut naik bot tengok kelip-kelip.
Rasa macam tak sesuai waktu malam nak bawak baby naik bot. Hehe.
Yang lain semua naik bot & diorang cerita nampak buaya lah, terasa macam jauh tapi fun sebab dapat tengok kelip-kelip depan mata.
Boleh baca pengalaman mereka tengok kelip-kelip kat Bongawan.
Dya yang duduk kat kafe Kg Seri Serbang ni rasa geram je, sebab masa kecik dulu pernah berangan nak tengok kelip-kelip.
Tapi, demi keselamatan, kita makan je lah makanan kat kafe ni. Sedap sangat makanan yang disediakan.
Siap rasa nak tapau bawak pisang goreng balik hotel. Haha.
Selesai sudah aktiviti hari ketiga kat Tenom, keningau dan Bongawan.
Gerak balik Kota Kinabalu untuk rehat di hotel yang sama.
Sepanjang perjalanan balik, pengalaman yang best, bila kita lalu jalan berkabus. Best gila.
Jalan pulak jenis berliku-liku.
Sebab tu dari awal, Dya sarankan kat korang kalau nak bercuti ni, guna khidmat travel ejen je. Sebab kalau drive sendiri, triple penat nanti.
Lainlah kalau aktiviti hanya di sekitar kawasan terdekat je. Ha, yang tu memang Dya sarankan ambik kereta sewa.
Sambung cerita kat Hari Ke-4 di Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu Cantik MashaAllah
[…] Baca cerita hari seterusnya di Trip Percutian ke Tenom Sabah […]
21.12-27.12 sempat ke nak ke semporna sekejap 😄
hehe musim tengkujuh tak digalakkan. Biasa tak bot takkan ke laut sebab gelora kuat