Tips Beli Baju Dan Aksesori Wanita Tanpa Terlajak Membazir

Tips Beli Baju Dan Aksesori Wanita Tanpa Terlajak Membazir 1

Hello readers!

Ok, kan baru-baru ni dhia melihat dan memahami sendiri macamana program letsduit 2016 beroperasi. Mostly, kawan-kawan tanya diorang banyak kali tengok iklan tapi tak berapa faham jalan cerita. Tapi sebelum tu nak tanya. Korang tengok iklan letsduit atau you can duit? Sebab ada beza tau.
Sebab kalau rancangan you can do it, saya pun tak berapa paham. Tapi, beza dengan rancangan lets duit, ia lebih kepada mengajar cara kita berbelanja, menyimpan dan bijak menggandakan duit.
Jadi, kalini tergerak hati nak bagi beberapa tips ringkas cara untuk kita berbelanja tanpa membazir. Kadang ada beberapa point penting kita terlepas. Kadang kita rasa point tu tak perlu dan tak ambik kisah pun. Kan? Hehe.

Tips Beli Baju Dan Aksesori Wanita Tanpa Terlajak Membazir

Tips No 1 – WINDOW SHOPPING

Sebelum nak shopping baju atau aksesori, benda 1st sekali, korang kena tahu apa konsep dan stail yang korang nak pakai dan untuk apa? Contoh hujung minggu nak kena pergi “dinner”. Tentukan tema, warna yang sesuai.

Ada 3 cara untuk tentukan stail:

  1. Window shopping di kedai2
  2. Window shopping di web jualan ( cthnya zawara, fashion valet, etc )
  3. Window shopping stail dan idea di pinterest, instagram, etc
Mungkin dalam hati korang akan kata “alah, tips cenggini aku da tahu lama kott”. Yes memang dah tahu, tapi point kecil macamni selalu kita lupa dan “ignore”. Sudahnya keluar rumah nak beli benda lain, lain pulak yang korang bawak balik nanti. Hihi. ( Sebab saya selalu buat dulu. haha! )

Tips ni sebenarnya nak kurangkan sebanyak 50% nafsu korang yang nak shopping bukan2 kat kedai. 

Tips No 2 – BUKA ALMARI
Ok, dah tau dah nak beli gaya apa, benda kedua kena buat is bukak lemariiii! Hihi. Jangan shopping dulu weh. Hihi.

Tengok dulu, baju yang ada tu boleh match tak dengan stail yang korang nak. Contohla minggu lepas pergi kenduri kahwin tema warna merah. Dan korang dahpun pakai jubah merah match dengan tudung hitam.

Minggu ni pun majlis kahwin tema merah. Tapi minggu lepas dah pakai baju merah kan? Jadi apa korang boleh buat?? Mix match dengan tudung berlainan, tambah aksesori seperti belt, beads, baju cover luar, etc.

See? Baju yang ada boleh bertukar jadi gaya baru kan?

Tips No 3 – TENTUKAN BUDGET

Puas dah selongkar almari, takda satu pun sesuai dengan tema yang korang nak. Jadi? Apalagi weh, tentukan budget korang. Itu gunanya window shopping di tips no 1 tadi. Window shopping tu korang bukan setakat usyar ketat baju dan fesyen yang ada. Tapi korang usyar jugak harga diorang.

Dah tentukan budget contohla RM100 je nak beli baju, kasut, tudung. Nak keluar shopping tu pastikan bawa cukup-cukup je duit shopping. Jangan bawak lebih2, nanti mesti terlajak beli barang pelik2.

Tips No 4 – TENTUKAN NILAI BAJU

Maksudnya, korang nak beli tu kena pastikan baju yang bakal beli tu boleh dipelbagai gayakan dan ada nilai tak selepas beli?

Saya sarankan pilih pakaian berwarna plain sebab mudah untuk digayakan dengan macam2 cara tanpa orang perasan yang anda pakai baju yg sama.

Dan Extra Kelebihan kalau baju yang korang beli tu ada nilai yg tinggi selepas beli. Contohnya, korang nak jual semula dan masih ada permintaan tinggi disebabkan jenama baju dan kualiti baju itu sendiri. So, yang ni antara cara menggandakan duit. Tak rugi membeli, malah mendatangkan keuntungan lagi.

Haah, tu je lah tips paling ringkas untuk korang. Nak cakap saya ni expert takda lah. Tapi saya ni pakar window shopping utk tahan nafsu nak membeli. Tapi, bila dah nak tu harga memang boleh tahan. Tu pun saya akan fikir 1000 kali, balik rumah leklek dulu. Tengok wayang, makan dulu. Then baru decide beli. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *