Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar

Alhamdulillah.. Genap setahun usia Aali masa Raya 2019. Masa ni, Aali memang asyik kehulu kehilir  kutip itu ini, tendang bola, berlari edot-edot.

UMUR 10 BULAN AALI DAH PANDAI JALAN, PENAT NAK KEJAR

Sebenarnya seawal 10 bulan Aali dah pandai berjalan. Dari usia 2 bulan lagi dia dah kuat berdiri.

Macam-macam perkembangan Aali setiap bulan.Bila dah usia setahun ni, Aali makin bijak. Dia akan tiru apa saja yang kita buat.

Ajuk cara kita cakap, membebel sorang-sorang, berlari tendang bola, banyak lagi.

Bila usia dah makin meningkat ni, Dya jenis malas nak update tentang kehidupan sendiri kat social media.

Dya lebih suka buat kerja belakang tabir.

Jadi memang jarang nampak Dya update tentang Aali kat social media.

Dan setiap perkara tentang Aali Dya tau ada yang perhati. Mungkin hati mereka senang, tapi mungkin juga ada yang kurang senang. Hehe.

Setiap bulan Dya akan catat apa perkembangan Aali.

Bila dah jadi bonda ni, banyak yang kena belajar. Terutamanya melibatkan emosi.

Setiap hari bila Aali tido, Dya akan bisikkan ayat-ayat best kat dia. Supaya tersimpan dalam memori subconcious yang akan membentuk diri Aali bila besar nanti.

PERKEMBANGAN AALI SETIAP BULAN

Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 1
Usia 7 bulan 
(pandai tepuk tangan, duduk, gigi 6 batang, merangkak, angkat montot, start panjat, first selsema & demam sikit, ayat pertama tatatat, mamama, bababba, aya, nanak, cemik bila dimarah, mula makan biskut homemade & nasi tekstur kasar)
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 2
Usia 8 bulan
(Berdiri lepas 2 tangan, pandai turun katil, pandai manja2, gigi atas tumbuh yg ke-7, demam panas, allegik voren & hipersensitif dengan telur
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 3
Usia 9 bulan
( berdiri tanpa pegang apa2, melangkah setapak, banyak membebel, pandai guna walker laju, merangkak laju, pandai campak, ada demam sikit)
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 4
Usia 10 bulan
( dah dapat kaki, kehulu kehilir jalan laju)
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 5
Usia 10 bulan
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 6
Usia 11 bulan (kantoi main dakwat pen)
Umur 10 Bulan Aali Dah Pandai Jalan, Masa Raya Penat Nak Kejar 7
Usia 12 Bulan
HAPPY BIRTHDAY YANG PERTAMA, AAli…

Makin bijak bila dah menginjak usia setahun.

Semoga jadi anak yang sihat, kuat, bijak, kreatif, hormat orang & pandai cari duit sebanyak mungkin.

Leave a Reply