6 Oktober lepas, atas jemputan daripada Gaya Travel, Dhia & rakan media yang lain menghadiri program Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu 2016, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama RTES (Royal Terengganu Endurance Stable).
Program sukan kuda lasak diadakan pada 8 Oktober 2016, bertempat di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong Setiu, Terengganu.
Malam 8 Oktober, acara pelepasan peserta berkuda melibatkan 3 kategori iaitu 80km(acara berkuda lasak utama), 40km dan 20km (acara berkuda VIP). Dan program ini merupakan satu-satunya sukan kuda lasak yang pertama kali dibuat sejauh 80km.
Tujuan utama Program Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu 2016 ini diadakan?
Sebagai syarat kelayakan untuk peserta ke Acara Kejohanan FEI World Endurance Championship.
Sebagai persediaan untuk kejohanan sukan kuda lasak sempena sukan SEA ke 17
Selain itu, program sebegini merupakan pencetus utama dalam mempromosikan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017. Dan juga sebagai pemangkin semangat kepada belia supaya lebih minat untuk menceburi bidang sukan berkuda di masa akan datang.
Malam 6 Oktober kami bertolak dari Matic KL menuju terus ke Kuala Terengganu. Program sukan kuda lasak berlangsung pada 8 Oktober. Jadi, masa yang ada, kami diperkenalkan tentang apa yang ada di sebalik Negeri Terengganu.
Ringkasan artikel
6 Tempat Percutian Paling Best Di Terengganu Tahun 2017
1. Teradala Cafe & Museum
Destinasi pertama bertempat di Teradala Cafe & Museum, Kuala Terengganu. Dari luar, nampak seperti tempat penginapan yang menggunakan dekorasi ukiran klasik.
Langkah kaki ke dalam rupanya Teradala merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan Seni Purba Kerajaan Lama.
Sambil menikmati hidangan, tetamu boleh belajar juga tentang seni purba kerajaan Negeri Terengganu zaman dahulu kala.
Menu yang dihidangkan seperti nasi dagang & kuih tradisi masyarakat Terengganu. Muzium & Cafe Teradala rasmi beroperasi pada 15 Oktober yang lepas.
2. Sutra beach Resort, Setiu, Terenggannu
Usai bersarapan di Teradala, Dhia dan rakan media lain terus menuju ke tempat penginapan kami untuk malam hari. Sutra Beach Resort jadi pilihan kalini & yang menarik sekali, bila mana ada pemandangan pantai biru luar dari bilik.
Nyaman, indah. Itu yang terungkap. Jika anda ingin ke Terengganu, Sutra Beach Resort mungkin perlu jadi pilihan percutian.
Video di bawah merupakan pemandangan dari sekitar bilik di Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu:
Untuk maklumat lanjut mengenai Resort ni, boleh terus rujuk di websiteSutra Beach Resort
3. Setiu Wetlands
Aktiviti kami diteruskan pula ke Setiu Wetlands. Kagum dengan budaya dan tradisi masyarakat Terengganu. Antaranya:
Proses pembuatan bot menggunakan kayu khas
Aktiviti utama masyarakat terengganu seperti menghasilkan bilis, ikan kering sebagai sumber pendapatan ekonomi.
Setiu Boardwalk, Kg Pengkalan Gelap.
Serius laluan pejalan kaki kat sini best gila! Boleh bayangkan tak? Berjalan kaki waktu malam, sambil tengok cahaya kelip-kelip sekeliling jambatan kat Setiu Broadwalk ni?
Selesai teroka sebahagian Terengganu, Dhia sendiri rasa tak puas nak pergi lagi. Banyak rahsia alam kat Terengganu yang belum dijelajah. Rasa teruja tu masih ada lagi sampai sekarang.
4. Terrapuri Heritage Village
Resort ni paling klasik dan best bagi Dhia. Resort ni menggunakan dekorasi hasil inspirasi dari istana lama & selalu jadi lokasi khas untuk penggambaran.
Cantik. Memang cantik.
Depan resort, anda boleh terus lepak di pantai Penarik, Terengganu. Rasa macam bukan kat Malaysia dah masa ni.
Laut biru, pasir putih bersih, angin kencang sambil berkelah makan kat tepi pantai. Asyikk sungguh. Tak perlu keluar negara, sebab kat Terengganu pun dah cantik!
Kalau masih mencari tempat makan paling best kat Terengganu, ni ha.. Terus ke Dapo Pata, Kuala Nerus. Memang best!
Lepas melawat semua tempat yang disebutkan kat atas, malam hari kami singgah makan malam di Dapo Pata, Terengganu. Antara lokasi makan yang paling best! Sedap dan dekorasi ala-ala hipster. Dhia akan ulas di artikel lain.
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu 2016
Habis makan, bergegas ke Program pelepasan peserta Kejohanan Kuda Lasak dan keputusan pemenang dimaklumkan pada keesokan hari.
Hadiah pun bukan alang-alang. Tempat pertama akan dapat RM10,000 + piala pusingan + piala iringan + medal. Ada 4 kategori (kategori individu, kategori pasukan, kuda terbaik & peserta penamat)
Credit gambar Majalah Transit
Dhia memang dah lama minat bab kuda nih, ada masa nak belajar horse riding sekitar Seremban. Sebab aktiviti berkuda sangat mantap & best!
6. Ombak Kapas Island, Beach Resort
Destinasi terakhir percutian kami bertempat di Pulau Kapas Terengganu. Sungguh, cantik pantai Pulau Kapas, siap boleh hiking di Bukit Singa.
Kredit gambar Neysa, jounalist majalah santai
Boleh baca di Artikel Budget RM40 Untuk Ke Pulau Kapas
Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur program (Sekretariat Beautiful Terengganu, Sekretariat Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurance Stable, Gaya Travel Magazine) kerana berjaya menganjurkan program yang dijamin membuka mata lebih ramai lagi tentang istimewa Terengganu dalam mempekenalkan kempen Beautiful Terengganu 2017)
Saya sendiri teruja, apa lagi pembaca blog serta rakan di media sosial yang lain. Banyak lagi yang kami belum tahu tentang Terengganu & saya yakin dengan lebih banyak pendedahan di alam maya akan membuatkan Terengganu menjadi pusat tumpuan rakyat tahun 2017 nanti.