1. Cara Buat Temujanji Di Klinik Dr Hamid Arshat
Kemudian sambung baca artikel ke-2
2. Aku Mengandung Selepas Berurut
Kalau dah baca dua artikel di atas, baru baca yang ni okay?
3/7/17 temujanji untuk cek saiz telur. Harini hari ke 14 selepas period. Alhamdulillah rahim belah kiri ada dua telur matang, belah kanan ada satu telur sedang membesar.
Kos untuk harini RM240
RM90 = Clomid 5biji/day selama 5 hari
RM90 = Suntikan
RM60 = Consultation fee
Clomid ni di bagi awal sebab kalau period, doktor suruh terus makan clomid & buat appointment untuk IUI pulak. Kalau tak period, maknanya mengandung & ubat boleh pulangkan balik! Haha.
Sebenarnya keesokan harinya memang rasa macam sakit pinggang sikit & macam sakit nak period tapi mild saja. Hormon pun tiba-tiba menurun mendadak. Takda nafsu dah masa ni. Opps.
Duk baca kat blog, orang kata memang akan jadi camtu bila berlaku proses ovulasi tu. Eh? Betul ke? Saya tak pakar sangat nak cerita benda-benda macamni.
So, kita tunggu lagi 2 minggu. Harap usaha kalini membuahkan hasil. Hehe.
Dah habis baca artikel ni? Ok, sambung perjalanan rawatan kesuburan seterusnya kat artikel ni tarikh 4/8 rawatan IUI
Turutan artikel tentang kehamilan aku:
[…] rawatan kali ke-3 ni boleh baca kat artikel Aku Harap Aku Hamil Kalini. Tapi, disebabkan tak berjaya jugak, aku period pada 20/7. Next appointment, doktor terus suggest […]