Hi korang! Dah lama Dhia tak up artikel berkaitan dunia travel. Kebetulan minggu depan Dhia akan ke Sabah! Cuma bezanya travel kalini bertiga. Dulu berdua jer. Hehe.
Bab Sabah nanti je Dhia cerita okay?
Ringkasan artikel
Travel Dengan Thai Airways Malaysia Ke Seluruh Dunia
Dhia ada saranan untuk korang yang suka travel ke sana sini. Mesti dah biasa dengar syarikat penerbangan Thai Airways Malaysia kan? Selalu Dhia nampak merata terpampang iklan Thai Airways.
Tapi untuk yang pertama kali dengar, Thai Airways Malaysia ni adalah syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan penerbangan di seluruh dunia.
Nak kemana-mana pun boleh naik Thai Airways Malaysia ni. Korang boleh travel samada dalam negeri sehingga ke banyak tempat di seluruh dunia (antarabangsa)
Dulu Dhia ingatkan thai airways ni terbang sekitar thai je sebab ada nama “Thai”. Rupanya sangkaan tu silap sama sekali.
Thai Airways Malaysia asalnya memang dari Thailand. Tapi mereka sebenarnya sediakan perkhidmatan di banyak negara contohnya seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi.
3 Kelas Penerbangan Berbeza Di Thai Airways
Sama macam syarikat penerbangan biasa yang lain, Thai Airways akan memberi penumpang kelas yang berbeza iaitu Royal First class, kelas Royal Silk dan kelas Ekonomi.
Kalau korang ambil Royal First, korang boleh menikmati 1,000 jam filem terkini dan terbaru dalam penerbangan tu. Jadi, secara tak langsung kelebihan tersebut akan memaksimumkan keseronokan tontonan semasa korang melancong dengan Thai Airways.
Selain ada banyak filem boleh tonton, korang boleh jugak habiskan masa dengan main game permainan yang tersedia ada kat monitor skrin rata 23 inci tu.
Jenis makanan yang ditawarkan dalam Thai Airways?
Dhia memang peminat tegar masakan thai. Sebab suka makan yang masam-masam tahap kecur air liur. Hihi.
Kat dalam kapal terbang Thai Airways ni, korang boleh rasa menu makanan tradisional Thailand tu sendiri. Dan menu ni dimasak khas oleh chef profesional.
Untuk yang teringin nak rasa makanan barat atau masakan oriental pun boleh jugak order kat penerbangan ni.
Benda Paling Best Yang Tersedia Di Thai Airways?
Boleh urut badan! Korang boleh tempah untuk rasa urutan tradisional Thai di Royal First Lounge di lapangan terbang.
Tu antara kemudahan eksklusif kalau korang pilih kelas First Royal nanti.
Selain daripada mempunyai tempat duduk yang baik di malaysia thai, promosi udara malaysia juga merupakan tarikan utama mereka untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan.
Mereka akan kerap tawarkan banyak promosi. Korang boleh juga dapatkan buku dan hotel dengan menggunakan laman web dalam talian mereka. Apa yang korang perlu buat adalah memohonnya dalam talian dan ikut setiap arahan satu persatu. Sangat mudah dan dengan hujung jari ni je, korang dah bersedia untuk pergi travel.
Selain itu, kalau korang ada mastercard, dan guna untuk buat tempahan, korang akan dapat tawaran istimewa (ada terma dan syarat dikenakan).
Bila guna perbankan mastercard, korang layak dapat tawaran harga istimewa berbanding biasa.
Tempah Tiket Guna Aplikasi Mudah Alih
Yang menariknya tentang Thai Airways lagi adalah mereka ada aplikasi mudah alih sendiri.
Jadi, korang boleh muat turun terus ke telefon masing-masing dan gunakan aplikasi tu untuk dapatkan akses mudah serta lebih senang untuk membuat pembelian tiket dengan Thai Airways.
Contohnya, kalau korang ingin cari flights to Bangkok, buka aplikasi tersebut ataupun laman web mereka untuk periksa tempat duduk yang masih kosong.
Kemudian, untuk penerbangan ke Bangkok, cari penerbangan ke Bangkok dalam kotak carian. Untuk Bangkok, biasanya mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng.
Lapangan ni antara salah satu lapangan terbang terbesar di Thailand. Jangan lupa, korang perlu juga isi tarikh berlepas dan pulang serta bilangan penumpang yang akan turut serta dalam penerbangan tu.
Untuk tempahan hotel pula, korang hanya tambah pilihan hotel di menu pilihan hotel.
Permohonan ni dapat jimatkan masa dan kalau bernasib baik, korang boleh memenangi peluang beberapa cabutan bertuah yang mereka akan buat secara rawak untuk pelanggan mereka.
Maksudnya kat sini, kalau kita beli tiket di Thai Airways Malaysia, bukan sekadar beli tiket. Tapi, siap ada peluang nak menang hadiah best lagi.. Wow!
Dya terfikir lepasni nak tempah tiket kat sini lah. Korang pun kena cuba jugak. Pergi dan tempah tiket sekarang dengan Thai Airways Malaysia okay? Jangan buang masa fikir lama sangat. Nanti melepas. Hehe.
Buat pelan percutian masing-masing dengan Airways ni. Confirm tak menyesal! Mungkin boleh buat percutian korang jadi kenangan terbaik yang pernah ada..