Sejak pindah, Dhia biasakan diri untuk naik public transport. Reason? Kerja banyak area KL & tak sanggup nak ngadap jammed and penat bawak kereta. Tapi kalau kira-kira kos keseluruhan, lebih kurang macam naik kereta. Cuma bezanya pada masa mungkin lambat berbanding kereta & boleh relax tanpa bawak kereta.
Tapi, untuk pergi ke tempat asing yang Dhia tak pernah pergi langsung. Bukannya Dhia main redah tanpa kaji. Walaupun nak ke luar negara sekalipun. Benda yang dya akan kaji adalah maps. Boleh dikatakan minda Dhia cepat tangkap arah jalan.
Bayangkan kat Guangzhao yang besar gila bapak, Dhia alhamdulillah bolehla ikut maps guna apps khas dalam phone. Sebab masalah komunikasi kadang buat pemandu taxi salah bawak tempat. Hah, bila dah camtu kena ada plan B. That’s why kajian maps sebelum travel tu penting.
Sebenarnya takdala susah mana pun untuk kaji maps ni. Tak payah rumit-rumit sangat. Ni step yang korang perlu buat:
Cari tempat yang korang nak pergi tu, key-in nama tempat dan tekan search. Mula-mula sekali Dhia memang akan tengok maps tempat tu cemana gaya.
|
Macam dalam gambar ni dya tekan tempat Novotel sebab esok ada event kat sana |
2. Cari Public Transport paling dekat
Bila dah nampak tempat tu, benda kedua yang korang kena cari adalah public transport paling dekattt sekali dengan lokasi. Macam dalam gambar kat atas, simbol keretapi cenggitu (petak merah) adalah public transport terdekat dengan novotel.
3. Ukur Jarak antara dua lokasi
Tekan tanda anak panah direction (kat gambar step no 1, tengok atas, bahagian kiri ada perkataan direction). Tujuan? Untuk ukur jarak public dengan lokasi, dan isi dua nama tempat tu. Dhia letak Monorail raja chulan & hotel novotel KL. So korang tengokla jauh tak nak berjalan kaki dari dua lokasi tu.
|
Korang akan tau jarak dan masa untuk berjalan kaki ke lokasi |
4. Bukak street View Google Maps
Tapi, kadang tu kalau macam tak tau samada jarak tu dekat atau tak, nak lebih pasti lagi, korang bukak street view google maps. Cara nak tengok street view, bukak semula step macam gambar 1st kat atas tu then korang akan nampak gambar macam kat bawah ni:
|
tengok panah merah tu, klik kat gambar |
Bila klik kat gambar bertanda merah tu korang akan dipaparkan dengan pemandangan dari arah jalan yang sebenar. Yang ni tujuan untuk menjelaskan lagi pemahaman korang tentang jalan yang perlu dilalui dan jarak tempat. Dekat atau pun tidak.
|
Tekan tanda anak panah grey dan gerakkan utk melihat sekeliling kawasan |
So Dya belek kat street view apa tempat yang dya akan lalui dan dari situ dya dah tau jauh ataupun tak kawasan yang Dhia nak pergi esok.
5. Download Apps KL TRANSIT
Dan benda paling penting, korang kena tau waktu train bergerak. So, saya sarankan korang download Apps khas nama KL TRANSIT dari ktm kat handphone masing-masing. Sebab, bila nak ke mana-mana, korang cek je masa train berlepas kat apps tu. Penting supaya korang tak tertinggal train.
Contoh paparan apps KL Transit (Untuk KTM sahaja)
|
ni saya gabungkan dua gambar untuk mudah nak tengok kat sini |
6. Macamana nak tentukan naik public transport yang mana satu?
Tapi macamana pulak nak tentukan public transport yang mana satu?? Sebab ada KTM, MRT, LRT & MONORAIL
Ok, untuk bahagian ni, terpulang dari mana korang akan bergerak. Disebabkan Dhia dari Seremban nak ke KL naik public, so Dhia akan ke KTM Seremban –> KL Sentral (pusat pertukaran dengan lrt,mrt & monorail).
Rujuk KTM kat route ni:
|
Kalau tak nampak, korang gi kat web KTM Berhad atau search je kat gugel |
Then dari KL Sentral dhia decide nak naik apa. So, disebabkan lokasi yg dya nak pergi tu dekat dengan raja chulan, Dhia search public mana yang ada nama tempat raja chulan. Cara nak tau? bukak website
Monorail dan LRT MYRAPID. Macam yang korang nampak kat gambar bawah ni.
So kat sini ada senarai LRT & MONORAIL. Dan diorang ada bagi simbol utk monorail, lrt, etc. So, korang tengokla satu persatu, stesen mana yang ada nama public transport yang korang cari. Macam Dhia, naik monorail ada ke stesen raja chulan.
Hah, tu je lah step nya. Senang je nak tengok maps ni. Nak keluar negara, boleh survive jugak kalau korang pantas berfikir untuk tentukan route maps perjalanan sendiri.
So perjalanan Dhia esok dari KTM Seremban –> KL Sentral –> transit Monorail ke Raja Chulan –> Jalan kaki ke Hotel Novotel –> jalan kaki ke Pavilion (ada event lain pulak) –> jalan kaki ke LRT Bukit Bintang –> Monorail Bukit Bintang (sebab dah dekat dengan PAVI) –> kl sentral –> KTM Seremban
Dua event Dhia kat tempat berbeza tapi berdekatan. Tak kuasa aih nak rentas jammed naik kereta. Haha!