1st Entri sebelum ni diya cerita serba sedikit tentang kejanggalan diya masa 1st time makan seaweed kan? Ok sekarang diya dah tau camna nak masak, pakai and makan! Wuhuuu!!! Best gilerr!
So kalini diya dengan senang hatinya nak share dengan korang ok? Sebab masih ramai lagi tak tahu khasiat seaweed dan cara penggunaannya. Pastu kening terkerut2 naik atas buat muka pelik kan2? hihih…
Bagi yang baru nak kenal seaweed sabah, uolls boleh tengok kat entri khasiat rumpai laut . Untuk makluman anda, hanya rumpai di sabah sahaja diya rasa bagus sebab kualiti air dan alam semula jadi kat laut sabah ni mampu menghasilkan rumpai laut yang berkualiti tinggi. Air laut sini bersih and jernih! Hati2 pilih rumpai ternak dari mana tau..So, yang meyakinkan diya hanyalah rumpai kat sabah sebab tak tercemar airnya …Sebab tu best kalau holiday kat sini..Boleh berenang2 dengan ikan nemo.hikhik 😛
Rumpai ni ada banyak jenis tau.Terdapat beribu jenis rumpai laut yang dikelaskan melalui kategori warna iaitu sama ada coklat, merah , purple atau hijau. Setiap satunya adalah unik, dan memiliki rasa dan tekstur yang berbeza.
yang ni ada biji2 kecik dalam nya berlendir tau bila makan rasa masam2 sikit..sedap! |
jenis rumpai |
ni rumpai yang diya makan mula2 dulu. best! |
Dulu masa diya zaman sekolah pernah dengar cerita kalau nak kulit cantik macam jepun diorang makan rumpai..Masa tu diya siap angan2 nanti dah besar nak pergi jepun cari rumpai tu semata nak kulit cantik! hahahaha… Tapi rupanya kat Malaysia pun ada!!! Cuma jenis lain la..kikiki… So takyah dah pergi travel jauh nak cari rumpai..:P
Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi. Korang yang minat sushi tu mesti tau kan rumpai yg nipis warna hijau tu..Diya tak suka makan tu , tapi dayah n husband boleh pulak suke gilerr ..haih -_-‘
Rumpai laut tetap memiliki khasiat walaupun diambil dalam bentuk kering, bakar atau ekstrak. Rumpai laut kering ringan sedikit dan mudah untuk disimpan dan dibungkus. Sekarang diya makan rumpai laut warna purple jenis kering tau sebab tahan lama. Plus gred 1st! Bila pakai memang berbeza drp rumpai hijau yg diya pakai dulu..
Untuk kecantikan kulit dya buat masker je 🙂
Tapi uolss yang ada penyakit tu rujuk pada doc dulu untuk elak penambilan berlebihan sebab rumpai ni boleh meningkatkan sistem imune badan, antioksida tinggi. Jadi anda kena tahu tentang badan anda ok ? 🙂 sebab kengkadang yg ada penyakit cam kencing manis ke, etc diorang ada pantang kan? takley makan manis bla bla bla. (ini contoh sahaja)..Rumpai ni khasiat terlebih2 so wajib rujuk doc dulu kalau ada penyakit!
Kalau untuk masker sukahati korang lah nak pakai banyak mana.. 🙂
Untuk yang pregnant pula:
* IBU MENGANDUNG – KULIT BABY JADI CANTIK (untuk kandungan 4 bulan keatas shj)
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU – BLH MKAN XDA MSLH…COLLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU
* KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 TAHUN KE ATAS
* WANITA SELEPAS BERSALIN TIDAK DIGALAKKAN MAKAN RUMPAI LAUT HINGGA SELEPAS 2 BULAN BERSALIN,ANDA BOLEH CONSUME SEMULA..
* IBU MENGANDUNG – KULIT BABY JADI CANTIK (untuk kandungan 4 bulan keatas shj)
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU – BLH MKAN XDA MSLH…COLLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU
* KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 TAHUN KE ATAS
* WANITA SELEPAS BERSALIN TIDAK DIGALAKKAN MAKAN RUMPAI LAUT HINGGA SELEPAS 2 BULAN BERSALIN,ANDA BOLEH CONSUME SEMULA..
follow awak sini..
saya pun baru saja mencuba rumpai ni..
saya cuba rumpai yg jenis berbiji2 tu..memang sedap..
mama rey : sedapp kann??? hiks… ^_^v
Hello 🙂
Kami menjual rumpai laut asli pada RM15 per 100g. Beli 400g dan dapat 10% diskaun! Sila layari http://www.goshoppe.my/index.php/rumpai-laut-asli untuk maklumat lanjut
saya jual rumpai laut dengan harga borong fb borong rumpai laut
selamat mencuba dgn harga yg sgt bpatutan
Sy jual rumpai laut ungu 100g-rm5 sahaja,blh call 0133234543..ila
Sy jual rumpai laut ungu 100g-rm5 sahaja,blh call 0133234543..ila
giler murah… ni namanya kill market. lol!
Betul tu …. tu killing market …. nampak sangat bangsa 'mim' belum bersatu hati dalam perniagaan. Masing2 nak untung runcit ….kalau bangsa 'cha' diaorg dah letak 1 harga sahaja ….. Kita pertingkatkan dari segi service/perkhidmatan, pos penghantaran, perbanyakkan menu daripada PMC ni . Maaf kalau ada yg TERASA
salam..saya de menjual rumpai laut hijau (gred AAAA)..rumpai laut asli dri sabah..sesiapa berminat boleh contact sy 0196922033..thanks