Acara larian coway dianjurkan oleh Coway (M) Sdn Bhd bertempat di Starling Mall, Damansara Uptown, tujuannya sebenarnya nak galakkan korang tu sihat selalu. So berlari lah sampai keluar segala mak nenek peluh. So, badan tu tak duk dalam keadaan selesa pemalas je memanjang. “Sis sentap”.
Jadi ada berapa kategori yang akan dipertandingkan?
Ada 4 kategori iaitu untuk acara larian 5km & 10km:
1. Lelaki (terbuka untuk umur 18tahun ke atas)
2. Wanita (terbuka untuk umur 18tahun ke atas)
3. Veteran wanita
4. Veteran lelaki
Jordan Yeoh dan bekas ratu cantik malaysia, Carey Ng pun lari bersama-sama peserta. Katanya, sedangkan ratu cantik dan fitness model pun boleh harungi cabaran 5km & 10 km, mengapa tidak orang lain? Kan?
Dhia rasa, ok.. Demi nak kurus dan kekal fit dan sihat, Dhia sanggup berlari dengan diorang! Haha.
Sebagai pakar dalam menghasilkan air berkualiti, Coway menggalakkan gaya hidup sihat & menasihati para peserta supaya menjaga kesihatan & praktik sedikit latihan sebelum menyertai acara larian.
Apa kemudahan yang akan disediakan waktu acara larian?
Pihak coway akan menyediakan 3 stesen bekalan air bersih dari Coway supaya peserta kekal cergas sewaktu berlari, terutamanya bila minum air dari Coway sendiri.
Serius weh, air Coway memang lain rasa berbanding air botol mineral jenis osmosis kat kedai. Biasanya kalau beli kat kedai, Dhia sebolehnya elak air jenis osmosis sebab rasa pelik. Yela, lidah kita ni dah bertahun minum air filter. Jadi, boleh rasa beza bila minum air. Minum banyak2 air coway nanti kayh? Air FREE! Haha.
Selain tu, menurut Mr Kyle, tujuan acara larian ni sebenarnya bukan saja untuk galakkan gaya hidup sihat. Tapi, berguna juga untuk saling ber “networking” antara satu sama lain. Berkenalan dengan ramai orang baru, menjadi kawan & saling menjadi inspirasi antara satu sama lain.
Apa yang kita dapat kalau join acara larian coway ni?
Kat penghujung acara larian, beberapa benda penting ni yang jadi keutamaan:
1. kepuasan keluarkan peluh dan toksin dari badan
2. Dapat kenal komuniti baru
3. Semangat berkobar untuk kekal hidup sihat
Ketiga-tiga aspek tu memang korang perlu titikberatkan & hanya tercetus bila korang join aktiviti yang aktif macamni. Jadi, jomlah kita start gaya hidup sihat mulai sekarang kayh?
Kalau berminat nak join acara larian Coway, terus register kat website mereka :