26 Nov, Dya duk usyar kain kat butik Rumah Kebaya Bangsar masa soft launch butik haritu. Sampai je butik, Dhia tengok, pusing keliling butik, rasa kain baju kebaya kat Rumah Kebaya Bangsar.
Duk belek baju, best rasa kain baju kebaya kat sini. Biasanya kat pasaran jual baju kurung atau kebaya jenis English cotton & cotton biasa. Apa beza cotton English & kain cotton biasa nih??:
Cotton English tekstur lebih keras, manakala kain cotton biasa lebih lembut & nipis berbanding kain Cotton English.
Rasa nak grab semua! |
Dalam butik Rumah Kebaya Bangsar ni ada beberapa brand dijual dalam satu butik. Antaranya jenama Syus Couture, Qierahman Men’s tailoring, Benang Hijau. Men’s tailoring khas jual baju untuk lelaki, Syus Couture jual baju kebaya & benang hijau macam biasalah. Tudung. Hehe.
Tekstur Kain Cotton Baju Rumah Kebaya Bangsar Sejuk Senang Gosok
Koleksi warna My Kebaya Fasha Sandha |
Koleksi baju kebaya kat Rumah Kebaya Bangsar semuanya menggunakan kain jenis cotton tapi berbeza tekstur. Ada kain cotton biasa, germany cotton, Italian cotton, etc. Semua kain cotton yang SyusCouture guna memang best. Walaupun berbeza tekstur, tapi kualiti semua design best! Sebab?:
- Tak panas bila pakai
- Kain serap peluh
- Baju kebaya jenis labuh
- Senang gosok
- Tak mudah renyuk
Untuk makluman, keluaran rekaan terbaru Syus Couture ni dipanggil My Kebaya & Fasha Sandha jadi duta untuk rekaan My Kebaya.
Dhia berkenan dengan koleksi Kebaya Mini Fasha Sandha macam gambar kat bawah ni sebab warna mint cantik woii. Haha. Ada dalam lebih kurang 20 warna berbeza, & rekaan berbeza yang boleh korang pilih. (Antanya royal blue, green mint, merah, kuning, hijau, ungu, etc)
Selain baju kebaya ada jugak koleksi tudung dari Benang Hijau & koleksi baju melayu dari Qierahman. So, sambil beli baju Kebaya tu, bolehla kalau rasa kot nak match dengan tudung benang hijau ke kan?
Dhia just nak bagitau kat korang. Berbaloi beli baju kebaya kat Rumah Kebaya Bangsar. Sebab tekstur kain dia best. Sejuk je. Tak mudah konyok (renyuk). Senanglah nak iron kan?
Sebab kalau korang perasanlah. Kain cotton biasa, mudah gosok, tapi mudah jugak renyuk. Beza kalau nak banding dengan kain cotton German & Italy koleksi My Kebaya keluaran Syus Couture nih. Sebab kain diorang senang gosok & tak mudah renyuk pun bila pakai.
Fasha Simple berkebaya tapi maintain cantik |
Rumah Kebaya Bangsar ni terletak betul-betul tepi jalan Bangsar, berhadapan dengan stesen minyak Petronas. So, kalau agak-agak melintas area situ, ada baiknya korang singgah. Hihi.
Koleksi baju-baju dari Rumah Kebaya Bangsar ni boleh beli kat website diorang SyusCouture.com ataupun tengok je terus update kat Instagram Rumah Kebaya Bangsar Ok??
Nahh, belanja sikit gambar Fasha Sandha masa soft launching Rumah Kebaya Bangsar: